UPSR Dimansuhkan sepenuhnya *Bagus ke tak bagus untuk budak darjah 6?



Assalamualaikum .. ternampak kawan posting gambar ni . Tenanglah dikau di sana UPSR . Ujian Penilaian Sekolah Rendah . Dah tak ada . Teringat dari hujung tahun lepas sampai ke awal tahun ni , semenjak Covid 19 melanda .. Ain berteka teki dengan anak jiran "rasa -rasanya Isya ade ke UPSR ?" . "Isya rasa tak ada" . Selamba dia jawab tak ada ! Kihkihkihkih . 

Masin mulut budak darjah 6 ! Betul -betul arwah kau UPSR ! Hahaha . Jadi nya nak nilai budak sekolah rendah ke sekolah menengah macam mana ?. Kita throwback kisah zaman UPSR ain lah macam gini . Ain dari darjah satu sampai darjah tiga duduk kelas pertama . Masa darjah tiga tu dah rasa stress duduk kelas pertama . Sebabnya masa tu sekolah dah sibuk kejar ranking , kejar nak dapat title sekolah cemerlang sekolah terbaik semua tu la . 

Kesannya , ain jadi stress belajar dan waktu tu masih tak pandai berkawan , jadinya rasa budak kelas pertama banyak sombong dan jenis nak pandai sendiri sendiri je. Disebabkan cikgu nak balance jumlah murid lelaki dan perempuan , perempuan lagi ramai pandai jadinya spesis bongok macam ain memang terpelanting la.  Terpelanting terus masuk kelas ketiga ! hahaha . 

Darjah 4 ain turun kelas ketiga , darjah 5 ain naik kelas kedua dan darjah 6 ain turun semula kelas ketiga . Bila sekolah dah ramai murid pandai- pandai duduk di kelas ketiga pun masih terasa persaingan nak jadi pandai tu . Dekat kelas ketiga ni , ain boleh la juga dikatakan perform . Kalau trial UPSR , ujian ujian biasa selalu mesti dapat 2 A atau 3 A . Memang gitu je la .

Sampaikan cikgu letak kan target awak boleh dapat 5 A ni . Masa tu ain tak konfiden sangat sebab ain memang lemah Bahasa Inggeris . Selalu dapat C . Hahaha . Bila dapat B rasa happy sangat. Lepastu cikgu kelas kitorang rombak semua tempat duduk . Nak djadikan cerita cikgu susun tempat duduk 2 3 2 . Semua kena duduk lelaki perempuan.  Aku pulak dapat tempat paling depan di kedudukan tiga orang . Jadinya di tengah tu lelaki . Kihkihkihhh . Dahla duduk depan , asal nak mula kelas je muka aku la cikgu akan tanya dulu topik sampai mana , homework dah siap ke belum . Weh , stress tau. Hahaha .

Bila nampak Facebook budak lelaki tu mesti teringat perangai nakal kitorang . Hahaha . Dia power Bahasa Inggeris , aku power Matematik . Dia lemah Matematik . Kitorang kawtim , tukang supply jawapan sesama sendiri time exam .Hahaha . Tak kantoi beb ! Kita buat kerja kena clean . Hahaha . Setiap kali aku nampak Facebook dia , aku mesti ingat perangai kitorang dulu . Astagfirullah ! Jahat ! Semua sebab nak dapat result bagus , nampak kan bila kena pressure .. Budak - budak jadi panjang akal . Kitorang deal berdua je sebab geng perempuan yang sebelah tu tak nak komplot . Lagipun , bila kita berdua je yang buat "kerja" ni senang sikit nak bantu each other .

Sampailah trial UPSR , cikgu dah letak semua kedudukan dekat dewan sama macam ala -ala nak UPSR . Alamak tempat dah tak sama , masa tu mengelabah weh siapa nak supply jawapan BI aku . Dah BI aku paling jahanam . At the end , aku sedar . Aku yang kena belajar sendiri . Masa tu baru nak terkial -kial faham kan balik verb la noun past tense present tense semua tu . Kita berdua pun decide untuk perbaiki subjek yang lemah tu.

Dan UPSR pun berlalu .Sampai lah tiba masa untuk ambil result . Cikgu panggil semua yang dapat 5 A dulu . Ah , sudah.  Aku tak dapat 5 A weh . Sedih la juga . Tiba tiba bila 4 A cikgu panggil nama aku . Nur Farahain Binti Zainal Abiddin . Aku pergi ke depan memang tak percaya weh . Sambil tu meleleh juga air mata . Sebab teringat perangai aku dulu . 

Terus cakap kat diri "balasan Tuhan ni , kau dapat B untuk subjek Bahasa Inggeris". Nasib dapat B kalau dapat C ke Fail ke lagi jahanam . Hahaha . Result UPSR ni menyebabkan aku dapat 2 tawaran satu sekolah menengah agama dekat Pontian dan asrama. Aku tak nak .Hahaha . Tawaran yang kedua aku dapat sekolah SIGS . sekolah semua perempuan ! Ah .Tak nak . Lalu aku masuk la ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda . SMKBBU . Sekolah tu membawa bermacam kenangan untuk aku .

Kesimpulannya , ujian ni ada yang memberikan kebaikan dan ada juga memberikan keburukan . Cuma nya setiap manusia kan memang perlu hadap ujian dunia . Kalau tak , takla kita ni dilahirkan di dunia.  Kan ! Sebenarnya nak bagi budak tu pandai , kena kasi faham asas sesuatu topik tu dulu  . Ni mengikut pengalaman aku sendiri . Aku tak pandai sangat . Tapi rezeki je masuk kelas first dari sekolah rendah . Sekolah menengah pun aku maintain kelas pertama sampai tingkatan 5 . Dan tak semestinya budak kelas belakang ni , dia kurang pandai .. Aku pernah tulis kisah budak kelas belakang ! Kisah benar tentang anak jiran ! Boleh baca okay ! 

No comments

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.