SOCIAL MEDIA PHENOMENON

SOCIAL MEDIA PHENOMENON

Homaigodddssss .. TAHNIAH kepada pemilik blog akuainkausiapa ini kerana berjaya kosisten menaip di blog ini. Im so proud of myself~~ BANGGA lah woi.. 

Tak sangka AIN boleh siapkan dan hari ini , kisah 52 hari dah pun masuk hari ke 12 . Berbaki lagi 40 hari . Semoga dapat diselesaikan sampai tajuk yang terakhir.

Bercakap tentang topik social media phenomenon . WOW ! Aku start bermain social media ni dari sekolah menengah yang mana waktu tu lah aku mula kenal dunia MySpace . Wehhhh gigih gila dulu-dulu nak edit profile siap buh lagu , background nak blink-blink. Hahaha .

Masa tu juga aku mula kenal dunia Blogger . Semua tu kawan baik aku yang bernama Maizatul Akmal . Ceritanya , rumah aku dengan dia boleh la dekat jugak ,cumanya aku kena melintas jalan besar untuk sampai ke rumah dia . Waktu tu rumah dia dah masuk internet , rumah aku lambat sikit. Ibu ayah pula , kalau aku cakap nak pergi rumah Mai ... komfom lepass. Hahaha. 

Dia ni la yang ajar aku pasal photoshop dan blog. Memula dulu pasal blog ni dia suh aku buat blog , lepastu tag tag sesama kengkawan . Dulu-dulu up topik pasal lagu kegemaran , kisah percintaan , kau suka makan apa ..lepastu kau kena tag kawan blog kau dan dia kena jawab. Cam gitu la permulaan blog aku . Hahaha . 

Lepas blog , dia kenalkan aku pula kepada Facebook. Yes gais! Orang yang sama influence aku dan INVITE aku untuk create akaun Facebook. See , aku boleh ingat tau macam mana ianya boleh bermula . Facebook pun aktif dulu sebab nak main game je kot .Masa awal-awal Facebook tu , ade juga social media nama dia Friendster .

Homaigodddssss.. yang dekat sini aku dapat ramai kengkawan jugak . Tapi , sejenis aku ni tak berapa percaya sikit dengan kawan-kawan online. TAPI semua social media yang disebutkan tuh terpaling aku suka sekali ialah MYSPACE . Sumpah weh... kat situ la rasa how i really create my own profile . Effort aku boleh dikatakan terpaling mantopp gaiss. Hahaha . 

Dekat Myspace aku kenal dengan sorang mamat ni sekali mamat tu satu sekolah teknik dengan aku sekali kannnnnnn sebelah je kelas dengan aku . Bahahahhahah kelakar giler. Dia duduk asrama and ingat lagi dia mesej " awak saya on dekat cc ni , nak off dah.. lepas ni saya dah jarang on9 sebab saya dah duduk asrama" . Bahahhaaha . Sekolah Teknik aku tu ade outsider and insider . I'm glad , i know him through online sebab dia antara budak lelaki yang bad boy la dekat sekolah . Dia selalu buat kes and bila dia dah ade gf (which now his wife) aku pun dah tak contact dia .

Selepas tu aku masuk matrik , and i kenal jugak sorang lelaki ni sama dengan matrik i . Dia jenis pemalu and tak banyak cakap . Tapi kalau dia mesej kan dekat ayat last sekali mesti ade Zzzz (sebab dia kuat tido) Bahahhaa . Tapi dia budak 4 Flat and now dia dah meninggal . Lepastu dunia Myspace pun dah bertukar kepada Facebook pula.

Attention kita semua dah banyak ke arah Facebook. Facebook banyak temukan kita semula dengan kengkawan sekolah . Masa tu pula aku dah masuk ke Degree life dekat Uitm Merbok Kedah . Masa tu la macam nak rasa rindu rindu dekat kengkawan JB . Bukan tu juga , masa tu orang gila PM PM .. bukan perdana menteri tapi Private Message . HAHAHAHA !!!!

Masa degree ni pulak i kenal dengan seorang mamat ni , dia tak sama course dengan i ..OMG ..he is so soft-spoken and aku terpalinggggg jadi perempuan lah bila berdepan dengan dia. Yes , i am falling in love with that guy . The moment bila dia pm ...rasaaaaaaa nakk pengsan awak. pastu dia komen dekat status , dia LIKE pon aku dah happy . OKAY ... rasa macam nak buat satu cerita " To all the guy i love before" . Himpunan kisah ain berkenalan dengan lelaki.. Hahahhaha.  

Well , from Facebook lepastu kita berubah pulak kepada Instagram . Instagram ni pulak aku start buat sebab aku gila buat bisnes online shop waktu tu . Memang gila-gila buat sampai aku dapat 10 K followers .. *ramai orang cakap aku beli followers ..Tapi aku dulu banyak join swap review dengan instashop , buat follow unfollow ( Hahaha) , like like dan komen komen dekat ig orang . Aku tak pernah beli followers .. Benda ni rasa sedih bila orang yang memang kenal aku ...tapi cakap aku macam gitu .. Untuk sekarang ni , yes engagement jatuh..sebab tu aku dah stop kejap amek review ke sebab pada aku produce more content , naikkan engagement baru lah pikir balik untuk review. * Sedih weh cerita pasal ni* TAKPE .. kesat lah air mata mu ain.. Selow selow bina semula engagement tersebut~~~

Oh tak ketinggalan jugak , Twitter ! Twitter ni dah macam surat khabar aku woi . Aku banyak cari news dekat situ . Hahaha . Aku dah ade twitter since 2012. Twitter ni biasanya aku akan scroll kalau tengah rasa sendu ke , sebelum tidur . Rasa best tau lagi pulak sekarang ni aku dah start follow owner- owner online bisnes , digital marketing , marketer . Nanti diorang banyak share tips , content untuk social media dan cara nak buat iklan secara online . SEE!! aku tak baca benda yang bukan-bukan . 

So inilah kisah social media phenomenon aku.. Paling penting... main la social media dengan betul ... Jangan komen yang mengarut-ngarut .. Jangan SPAM benda yang entah pape .. Jangan jadi scammer ! Jangan mudah percaya dengan "kawan-kawan online" . Niatkan yang baik-baik kalau kita nak yang baik-baik datang kembali kepada kita . 

1 ulasan:

  1. Wah.. Akak ada jg Myspace dl tp x aktif. Akak dl zaman friendster then beralih ke blog dl baru kenal Fb... Nice sharing ain. All the best apa yg dibuat

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.