My Inspiration To Blog


My Inspiration To Blog 

Kisah 52 Hari ni sudah sampai ke tajuk hari yang ke 32 . Tenggelam timbul nampak nya yer kau Ain! Hari ni membawa tajuk my inspiration to blog . Kalau nak cakap siapa yang aku inspire gila dah tentu la Maria Elena dan Vivy Yusof . I love their story telling ! 

Tapi , yang sebenar-benar buat aku terinspirasi untuk ada blog ni ialah daripada kawan-kawan sendiri je! Aku dah ada kenal dunia blog ni semenjak dari sekolah. At first aku selalu spent time dekat rumah kawan aku ni . Nama dia Maizatul Akmal . Dia yang ajar aku tentang blog. Rumah dia dengan rumah aku dekat la juga cuma kena lintas jalan besar . Sanggup betul aku dulu melintas jalan sebab rumah dia dapat internet dulu . Tak macam zaman sekarang semuanya mudah . Dia yang ajak aku buat blog . Bukan tu je , dia juga yang ajar aku cara photoshop , main game dekat komputer , myspace dan sampai ke Facebook. Dia la sent ke email aku untuk sign up Facebook. Hahaha . Nampak kan dia la yang influence aku dari segi teknologi . 

Lepastu aku just rasa blog ni biasa je , sampai lah aku belajar dekat Kedah dan duduk rumah sewa . Wow , yang ni lagi dasyat.. Housemate aku semua ada blog weh. Kau rasa gila tak gila ?. Hahaha . Diorang yang buat aku aktif kembali ber blog dengan cara join contest , segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh blogger- blogger malaysia. Sampaikan diorang ni siap ingatkan lagi " Ain...kau dah join ke contest tuu?" Hahahaha . Kelakar sangat bila diingat kembali. 

Nampak kan sebenarnya the great inspiration ialah from my friends actually! 

Sampailah pada tahun 2018 . 

One of my housemate iaitu Syiera .. Dia yang encourage aku lagi untuk aktif berblog.. Zaman ni dah mula start buat review. Dari situ la aku baru faham ape benda la review -review ni . Dia cakap lagi , " Aku rasa hang kena ada group komuniti blogger lah.. hang try cari la kot ada group- group Blogger johor". Tadaaa..

Maka , aku pun terjumpa dengan group JDT Blogger . Here the journey begins.. It change my life 360 darjah! Aku akui daripada group ni la aku lagi kenal banyak PR & marketing people , geng-geng digital media dan mainstream media . Bukan itu sahaja , JDT Blogger juga yang banyak membuka peluang- peluang rezeki kepada diri ini.

All above all .. They are actually my Inspiration ! Tanpa mereka siapalah pemilik blog AkuAinKauSiapa ni . Terima kasih seikhlas nya dari hati yang kecil ini buat korang semua . ❤️

6 ulasan:

  1. Kipidap!!!! Nice... Banyak mber blogger ek dari dului. aku dulu belajo dari buku.. sebab minat subjek bahasa Melayi je.. selalu baca karangan kat website... dia jadi teringin nak ada website gak.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. wowww.. aku xpenahh ade impian macam gini.. seriuss arr.. aku byk di influence dari org sekeliling ..

      Padam
  2. bestnya ramai kawan blogger. saya the only kawan yang gigih pujuk orang suruh buat blog...siap ada yang tanya, untung ke melabur (masa, duit, tenaga) dekat blog?

    sob sob sob....

    BalasPadam
  3. Wah... Suatu masa dulu dunia blog ni meriah kan. Sana sini orang ada blog. Teruskan blogging. Moga murah rezeki. Saya tak pernah dipelawa buat review, so just blog for fun

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh ... ade je group fb yang open for review .. Carik carik nanti jumpa punye .. 😜

      Padam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.