MENU JUADAH BERBUKA YANG SIMPLE , MURAH DAN SENANG DIMASAK
Alhamdulilah , kita telah pun berpuasa masuk hari kelima pada hari ini. Dugaan untuk awal Ramadhan aku kali ini ialah demam sekejap badan ni rasa panas ,sekejap badan rasa sejuk. Itu belum masuk pening kepala dan sakit tekak. Dugaan betul. So far , yang paling aku tak boleh nak tahan sangat ialah bila sakit kepala. Pening head ni kalau datang serang , memang ubat dia aku tidur je la. Lepas tidur komfom lega. Jadinya bila dugaan sakit time puasa ni , selera makan pun tak sama lah kan.
Tekak ni rasa tawar teruk juga , tapi aku makan juga ,sebab perlukan tenaga kan . Aku pula kalau sakit jenis tak suka nak lembik je , aku lawan balik. So, sepanjang berpuasa ni ..Jom aku kongsikan antara menu juadah berbuka. Menu aku semuanya simple , murah dan senang dimasak. Lupa nak cakap yang penting KENYANG! Hahaha.
- Menu hari pertama Ramadhan
Berdasarkan gambar yang tertera , hahaha juadah yang tersedia ialah Mee goreng bodoh (digoreng bodoh je sebab bahan apa yang ada je) . Apa yang specialnya mee goreng ni? Ayah aku yang masak. Sebabnya , aku macam tak larat sangat nak masak, so aku just tolong-tolong potong je yang menumis semua ayah aku yang buat. Sebijik rasa dia macam mee goreng dalam kuali besar jual dekat bazaar ramadhan tu woi. Hahaha. Ayah aku kalau bab goreng-goreng ni dia power sikit. Seterusnya , aku tambah lagi juadah kitorang dengan ayam goreng. Ayam goreng tu salut je dengan tepung yang dibeli peket. Aku pun tak ingat jenama apa. Tak lupa juga , buah epal hijau sebagai makanan pertama yang aku makan selepas minum air masak. Ada juga kurma dan beberapa keping kek lapis dari SDS. Pstt; aku sebenarnya tak berapa nak reti nak makan kurma gituw.Lebih suka dibuat jus, haaa cepat je habis stok kurma dalam peti ais tu.
- Menu hari kedua Ramadhan
Seterusnya pada hari kedua , aku terasa malas nya nak masuk dapur. Dengan keadaan tak sihat tu, lalu membuat keputusan semua menu param pada hari tersebut. Hahaha. Apa yang kami beli? Nasi Ambeng Daging Kicap RM5 sebungkus , kami beli 2 bungkus untuk dimakan kongsi-kongsi , ayam goreng spicy RM1 (8ketul) , Kebab daging 3 bungkus RM 8 . Tak dilupakan juga buah epal hijau sebagai pencuci mulut. Hehehe.
- Menu hari ketiga Ramadhan
Pada hari ketiga pula , dapur aku kembali berasap. Apa yang aku masak? Nasi goreng tomyam serta nugget. Sangat simple dan ringkas. Pada aku janji kenyang. Kalau nak diikutkan nafsu , memang ler kalau cuci mata di bazar ramadhan tu , habis semuanya nampak sedap. Tapi , aku boleh saiko diri aku balik. Paling aku ngeri kalau tengok air yang penuh kaler-kaler tu, aku dok bayangkan berapa gelen gula dan pewarna dia letak ehk , pastu masuk dalam badan aku! Eeeee, seraammm..
- Menu hari keempat Ramadhan
Alhamdulilah , masuk hari keempat , jiran aku bagi sedulang nasi ayam! Alahai , terima kasih jiran saya yang baik hati itu. Aku sempat ke bazar juga sebab melayankan anak jiran aku si Asyira untuk buat RM10 challenge!. Aku beli kuih cara berlauk je. Kemain sekarang , harga kuih dekat param harga yahudi. 5 ketul RM3 yer! Yahudi tak yahudi. Sebenarnya , aku memang ada masak juga , lauk ayam kari dan sayur campur. Tapi aku simpan tu buat lauk untuk bersahur,
Tak tahu nak makan ape?>> Follow instagram @awakmakanape sekarang!!!
Menu hari ini , hari kelima? Hurmm....Alhamdulilah..berbuka dekat hotel..Rezeki Ramadhan!
Jangan lupa untuk tonton RM10 Challenge ....berjaya ke tidakkk berbelanja dengan RM10 tuuu..
ray paling simple pun makan nasi putih and telur mata with kicap. menu paling best all the time. hehe
BalasPadamhahahahhhaa.. tuuu memangg simple sgt tuhh 🤣🤣🤣
PadamWalaupun simple but still meriah menu berbuka sis. 😍
BalasPadamkihkihkuh...kemeriahan tuh yg buat terase bahagia sgt bile berbuka. 🤩
PadamSA paling simple sambal sardin ngan telur dadar je ...hehehe
BalasPadameeeee sedapnyaaa.. ain nak masak lerrr .😋😋😋
Padamwah ni bukan nya simple ni. masuk tahap moderate jugak ni. hehe ^_^
BalasPadamhahhhaaa.. so ni moderate lah ehkk 😅😅😅
PadamTak tahu pulak ada RM10 challenge ni! Mahalnya Ain oiii kuih cara 3 ketul RM5! Tu yang menyampah nak membeli di bazaar.
BalasPadamapeeeeee...ayam kari??? terliur pulak pukul 1:37 tengahari ni....sejak puasa, tak sentuh lagi ayam kari! febret oi!
BalasPadam