MY BIGGEST PET PEEVE

MY BIGGEST PET PEEVE

First thing first ... Aku nak confess something dulu. Aku ni tak pandai english sangat . Biasa biasa aje. The first thing bila aku nampak "My biggest pet peeve" ni ialah aku dok ingat " haiwan besar yang aku pernah pelihara" HAHAHA. 

Nasib lah weh , aku ni tak membabi buta terus. Aku google first apa sebenarnya maksud perkataan ni. Korang yang pro mesti tahu kan .

Jawapan mudah kepada "my biggest pet peeve" ni ialah sesuatu yang sangat annoying dan menganggu diri kita . Sebagai contoh , ada orang tak suka dengan bunyi bising , pada dia itu sangat annoying.

Jadinya , apakah yang membuatkan aku terasa annoying ? 

1) SPAM MESEJ & CALL
Sumpah yang ni aku rasa annoying gila . LIKE menyampah gila. Aku tak suka orang reply mesej macam SPAM gitu . Aku akan rasa turn off and aku tak layan . Call pun sama. Eee , aku rasa annoying sangat orang wasap call banyak-banyak kali. Benda ni kalau buat kat aku .. Aku tak layan .

Samalah juga segala bentuk spam di IG . Harap maaf , sila cuba dekat orang lain. Hahaha . 

2) Notification 24 Jam berbunyik!!!
PALINGGG tak suka yang ni . Dah nak habis 2020 pun tak reti nak mute ke group whatsapp yang kau malas nak respon tu ? Pompang pompang bunyi notification macam busy sangat la projek juta juta . Sorry , this things is so annoying to me . Aku rasa rimas . 

Kalau yang bisnes online pun tahu mana yang nak mute notification mana yang perlu on . Bunyik notification ni yang masuk non stop sumpah buat aku rimas.

3) SEMUA benda nak bukak
HAAA.. yang ni aku memang rasa sakit mata. Aku selalu tegur , kalau tak nak tengok tv tutup je .Ni tak , tv terbukak , mata pandang tepon kadang siap ade laptop atau tab dekat depan . Mata kau ade sepuluh ke ? Aku tak suka orang membazir karen .. senang citer . Bukak lampu sebanyak tidak . Dah bukak aircond pastu bukak kipas. Astagfirullah. Eeeeee geramm tau kalau aku nampak benda ni depan mata aku . Pastu tak switch off aircond dengan betul. Eeeeee.. geramm.. Suis yang dah guna tak reti nak tutup. Haaaaaaaa... Gerammmm... 

4) BAU BUSUK 
Yer gais.. hidung aku ni jenis mudah detect bau dengan cepat. Kalau badan sendiri bau peluh pun dah rasa geli. Aku jenis sensitif sikit pada bau. Jenis hidung macam gini alaaaaa.. bau busuk ketiak orang pun boleh detect . Bukan itu sahaja , kalau pergi tandas awam pun kalau macam bau hancing dan kotor , aku tahan tak membuang weh. Hahahaha. Nak kata terlampau pembersih pun tak jugak tapi aku jenis sensitif weh and cepat geli kalau bau busuk ni .

Bukan tu je , aku jenis sensitif giler pada bau rokok , vape dan shisha . Senang cakap benda berasap tu. Aku memang akan pandang tempat lain dan tutup hidung dan dalam hati kadangnya siap maki hamun lagi orang yang hisap benda tu. Hahahaha . 

5) Mengambil kesempatan dalam kesempitan
Benda ni aku notice since sekolah menengah bila mana aku menjadi pengawas. Aku dah semakin berani and aku akan "mark" siapa budak yang buli kawan yang rapat dengan aku. HAHAHHA . Pada aku , aku memang meluat gila dengan orang yang amek kesempatan pada orang lain . Bukan buli membuli je aku geram , aku tak suka orang ambil kesempatan pada orang yang lurus bendul . Sebab orang lurus bendul ni hati nya baik . 

Nak tambah lagi , paling aku tak suka "orang beli orang dengan DUIT". Orang macam gini rasa dengan duit dia boleh beli orang , ada ramai kawan. ITS A NO for me. Bila aku detect je orang yang berperangai macam gini , aku malas dah nak cakap banyak , aku gerak je tak ya layan dah . Sampaikan aku langsung tak ada rasa simpati pada manusia yang berperikemanusiaan macam gini .

Yes , aku dah beberapa kali terkena dengan orang yang mengambil kesempatan dalam kesempitan ni . Pada aku , jangan mudah percaya pada manusia yang macam gini. Dia rasa dia ada duit , dia boleh beli orang. No! Duit tak boleh beli rasa percaya manusia . Duit tak boleh beli nilai dan keperibadian manusia . Ingat ni . Kita memang akan jumpa dengan orang yang macam gini. Pilihan kita untuk terus stay atau pun blah dari hidup orang yang macam gini.

Ape perkara yang membuatkan korang annoying ? Jom kongsi di ruang komen ~~~

Catat Ulasan

0 Ulasan