4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja

4 Perkara Yang Tak Boleh Share Dengan Rakan Sekerja | Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari, tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka. Jom ain kongsikan 4 perkara yang korang kena elak  dan tak boleh share dengan rakan sekerja atau rakan pejabat anda :

4 PERKARA YANG TAK BOLEH SHARE DENGAN RAKAN SEKERJA


  • Gaji 
JANGAN semudahnya beritahu atau berkongsi berapa gaji korang! Korang bukan je dah tunjuk yang korang ni tak profesional sebab tak mampu jaga confidentiality sesuatu perkara tapi boleh wujud rasa tak senang kalau gaji korang melebihi rakan yang lain.

  • Kesihatan 
Kalau korang ada masalah kesihatan, lebih baik jangan dedahkan kepada umum. Akan ada 2 jenis orang tau bila benda ni berlaku. Rakan sekerja yang kasihankan korang atau mereka yang merasakan korang menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan untuk tak buat kerja. *Tapi untuk kes covid , adalah sangat penting untuk memaklumkan tahap kesihatan yang terkini kepada rakan sepejabat.

  • Hal dalam ‘kain’ 
Kehidupan peribadi korang macam hubungan dengan keluarga, suami-isteri atau hubungan intim ni tak sepatutnya diceritakan kepada teman sepejabat. Ia mungkin akan menjadi senjata mereka sekiranya berlaku apa apa di kemudian hari. 


  • Perubahan gaya hidup 
Kalau korang ada apa apa perubahan dalam hidup, lebih baik untuk tak share dengan rakan sekerja sebab boleh menimbulkan rasa cemburu dan tanda tanya dalam diri mereka. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain lain.


Bersyukur kan kalau dapat rakan sekerja yang baik dan tak toxic , dan dapat pula boss yang memahami . Tapi tu la , pusing pusing pun kehidupan kita ni takkan lari dengan perangai manusia .

Baca juga tentang : Cara Tarik Rezeki Dengan Muka

2 ulasan:

  1. Memang ada perkara yang tak sesuai dikongsikan kepada orang lain

    BalasPadam
  2. Kadang kerja sendiri pun tak perlu gak nak share apa kita buat, cuma kadang orang ni tak faham, sibuk gak nak tau kita buat apa hahahaha

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.