Tetiba dia tegur ain , dan secara spontan je dia terus cakap " Kak Ain tak nak hantar saya pergi sekolah ke esok pagi ? " . Sambung nya lagi , "Saya sekolah agama dua hari je seminggu ..sekolah kebangsaan je setiap hari" . Lepas je dengar ayat dia macam gitu terus Kak Ain dia ni menjawab " Insyallah , kalau kak Ain boleh bangun awal pagi .. Kak Ain asyik tidur lewat dan bangun subuh pun boleh tahan lambat yer" . HAHAHA ,
Alhamdulilah , pagi ini Ain bangun awal . Jam 6:47 pagi dah terpacak luar rumah . BAHAHAHHA . Betul - betul awal haa bersiap. Sampaikan Farisya cakap "laah awal betul " HAHAHAHA. Sebenarnya ain semenjak dua menjak ni dah start susah nak tidur semula . Tu yang asyik bangun lewat je . Tapi Allah tu Maha Baik . Dia hantarkan hambaNya untuk menolong diri ini .
Disebabkan nak hantar teman kecil ke sekolah je pun dah jadi sebab ain boleh bangun awal . Padahal semalam susah juga nak tidur . Sistem tidur ain semenjak dua tiga minggu ni agak terganggu . Selalu doa pada Allah , "jangan la datang lagi insomnia ni .. susah tau ..jadi burung hantu ni"
Bila dapat bangun awal dan hantar Farisya ke sekolah , dah tentu nya ain akan morning walk selepas itu . By the way , ain hantar risya ni ke sekolah jalan kaki sebab sekolah kebangsaan ni memang dekat sangat dengan rumah . Jadinya selepas hantar Risya ke sekolah , secara automatik nya ain memang akan morning walk . Maka nya terjadilah morning walk tadi selama 20 minit pusing sekitar kawasan yang berdekatan .
Setelah hampir dua ke tiga minggu juga ni tinggalkan morning walk , akhirnya ain buat semula . Mungkin lepas ni waktu tidur pun akan kembali normal . Insyallah ~
Baca juga : sebab kenapa aku start semula morning walk
rasa dah pernah rasa tak boleh tidur malam..terkebil2 sorang diri.
BalasPadamharap2 morning walk dapat bantu Ain untuk tidur malam...
kurangkan coffee...
cuba ngaji bila tak boleh tidur..kadang2 time ngaji tulah syaitan dok main-main kat mata takmo kasi kita ngaji
good job ain..blh kluarkan pluh sambil2 hantar bdak sekolah..:)
BalasPadamMula hantar anak jiran, one day nanti hantar anak sendiri, tu pun latihan amali gak hahahahaa
BalasPadamterbaek jiran ni. hehe
BalasPadamsenang kalau sekolah dekat dengan rumah. jalan kaki je.
BalasPadamComeyy teman kecilmuuuu! Hehee
BalasPadam