Memaparkan catatan dengan label jimat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jimat. Papar semua catatan

12/366 : DIARY OF THE DAY -12 JAN 2016





Assalamualaikum dan hello kepada semua  . Terima kasih kerana sudi membaca blog ain yang tak seberapa ini . Insyallah , hari demi hari , ain akan lebih berusaha untuk memajukan lagi blog ain ini . Hehehe . Untuk hari kedua belas kita dalam tahun 2016 , ini apa yang ain nak kongsi pada uolls semua :

  • Pizza Comel RM 5 Giant

Hari ini aku dengan family shopping barang dapur dan selalunya kitorang akan shopping dekat Giant sebab dekat dengan kawasan rumah . Lepas dah nak ke kaunter bayar , tetiba nampak pekerja Giant itu macam open table lah . Rupanya jual pizza comel ini sekotak RM5 . Peh , murah kot dan padai gila strategi marketing dia . Dengan menggunakan tagline "Fresh From Oven" , ianya dapat meyakinkan orang untuk singgah sekejap sebelum pergi ke kaunter bayaran . 



ini kotak pizza nya. comelkan ?

Yang bagusnya , kita hanya perlu tunggu lebih kurang 5 minit untuk dapatkan pizza yang kita order itu . Sebabnya , crust pizza tuh dah half cook , tinggal bakar dalam oven je . Sempat lah tadi aku berbual dengan pekerja yang jaga tempat jual pizza tu . Pada aku , strategi ini sangat bagus untuk meningkatkan hasil jualan Giant . Sebab majoriti aku nengok termasuk aku dan keluarga mesti order 2 kotak .Hahaha . Dia ada 4 perisa iaitu Chicken frost , original ,rendang , satay . Aku tak tahu la dekat Giant korang ade ke tak .hehehe.



 ini pizza chicken frost

ini pizza perisa original



  • Teringin nak kenal dengan BLOGGER JOHOR

Sebenarnya dah lama hasrat ini ain nak suarakan yang ain teringin nak berkenalan dengan blogger blogger dari johor .Terutamanya dari Johor Bahru . Sebab ain asal dari JB . Mana lah tahu kalau kita boleh buat perjumpaan sesama blogger dan lakukan aktiviti . Dari situ , bukan sahaja kita kenal di dalam dunia blog tetapi juga secara secara face to face . Kalau anda blogger johor atau anda kenal blogger dari johor ajak masuk blog ain dan komen dekat sini ye .hehehe. 


Erm , itu sahaja lah entri untuk hari ini . Jumpa lagi esok yer ! :)
Assalamualaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! HAHAHA.

Eksperimen Minyak Wangi !



Dah kenapa siap ade syringe ape kebenda dalam melayu sebut , alat picagari kan ? Aku nk buat eksperimen minyak wangi ! Ahaaa , tak de la .. Ni Tips Jimat bagi yang memang suka perfume .

Sebenarnya picagari tu hanya sebagai alat nak transfer kan ke botol kecik . Aku beli gedabak yang besar punya . Boleh jimat 3-4 tahun . Ahakss .. Sebab aku jenis kalau dah suka satu perfume tu , aku akan terus pakai . Sebab bau perfume tu dah "blend" dengan badan kita . Boleh pakai 3-4 tahun tu kawan aku yang bagitau sebab dia yang eksperimen dulu . Maka , aku di pengaruhi nya . Hahaha.

Cuba bayangkan , 250ml harga dia RM 145 . 25ml bersamaan RM 25 .. Tekan kalkulator , beli 25 ml 10 kali baru dpt 250ml bersamaan RM 250 . Dekat situ je kita dah untung RM 105 . Kan ?
So , ini tips jimat ain sedang eksperimen kan . Hahaha.

Aku pernah buat entri pasal minyak wangi dulu dulu , jom refresh balik .
Aku Perempuan Gile Minyak Wangi

Chop , ada satu perfume ni ain nk introduce .. Yang ini pun ain suka bau dia , terima kasih kawan bagi free ! Selepas pau sempena birthday . Hahaha . Eh , adil lah . Sebab ain buat produk review .
Jom check it out~~~minyak wangi kasturi emas