MUKBANG NASI LEMAK SHELLOUT BERSAMA ANAK JIRAN
Korang dah baca kisah photoshoot belakang rumah dengan anak jiran? Iyer , ini lah kisah sebelumnya. Kisahnya diorang ni tergedik gedik dok whatsapp "sedapnya nasi lemak" , makanya aku pun terfikir apa kata aku masakkan nasi lemak budak sekolah untuk diorang.
Kenapa aku panggil nasi lemak budak sekolah? Kerana sambalnya tidak begitu pedas serta tiada timun serta kacang dan ikan bilis. Hanya ada ayam goreng yang dicincang kecik kecik serta telur rebus. Untuk menaikkan lagi rasa nasi lemak itu , aku bawa sekali dengan daun pisang.
Tapi kebiasaannya aku memang alaskan daun pisang dan diletakkan di atas pinggan tapi kali ini aku tak sempat nak potong. Aku bawak terus daun pisangnya dan semua nasi lemak tu aku letak dalam tupperware. Kelam kabut aku jadinya sebab aku kalau masak memang tak suka tengok telefon ataupun diganggu. Budak-budak ni , faham-faham jelah macam mana kan. Aku bawak bekal makanan tu sebijik macam nak pergi berkelah. HAHAHHA.
Baca juga : Photoshoot belakang rumah bersama anak jiran
Sampai je dekat rumah Asyira , aku cakap la jom makan pakai daun pisang. Si syira ni pun cakap 'buat cara shellout la".. Haa, maka jadi lah sebegitu rupanya. "Selamat aku tak payah basuh pinggan". Kuang asam betul si kecik Asyira ni. HAHAHHA.
Korang layan lah video kitorang ni. Jangan lupa untuk follow instagram @duniaorangmuda dan subscribe Youtube Dunia Orang Muda okay!
wah sedap ni makan ramai2.,,:)
BalasPadamsyok betul makan macam shell out...kene lap meja tak?
BalasPadam