Kenal Someone dan tak give up ~~
Tips Elak Mengantuk Di Pejabat
✅Duduk cara yang betul
✅Lakukan regangan
✅Berdiri dalam postur yang betul
dah cuba buat?
Bahaya Makan Garam Berlebihan
Bahaya Makan Garam Berlebihan
Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak
Cara Membuat Makanan Untuk Bekal Sekolah Anak
Dengar cerita dah banyak sekolah yang perkenalkan konsep #ProgramHidanganBerkhasiatdiSekolah (HiTS).
Program HiTS atau boleh juga dikenali pakej Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah sudah pun bermula sejak 2007 lagi dan dijalankan secara rintis sejak 2013 di SK Setiawangsa, KL. Kini konsep HiTS merupakan satu pilihan untuk memastikan anak2 tidak berebut-rebut di kantin sekolah sekaligus penjarakan fizikal dapat diamalkan.. #Normabaru
Dari segi khasiat makanan memang terjaga kerana menu yang dicadangkan adalah seimbang dan mengikut keperluan anak2. Pengusaha kantin juga perlu memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada anak-anak terjamin.
Bagi sekolah yang telah mengambil inisiatif seakan program HITs ini boleh jadikan ia sebagai rujukan agar makanan yang dihidangkan seimbang dan berkhasiat mengikut konsep Program HITs ini..atau boleh juga menghubungi Pegawai Sains Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Program HiTS di tempat anda.
sumber sepenuhnya dari NUTRITIONISTKKM
Resepi Ayam Pandan
- Ayam
- Bawang putih
- Lada hitam
- Gula
- Sos tiram
- Kicap cair
- Kicap pekat
- Daun pandan
- Lidi
- Minyak
- Air
TIPS TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK
- Tetapkan waktu makan 3 kali sehari. Offer pada anak. Tapi kalau anak taknak takpe. Nanti kita perasan ada waktu selera datang balik. Percayalah ability appetite centre anak.
- Offer snack tak lebih 2 kali sehari. Tapi offer bila anak mintak. kalau tak tak perlu bagi.
- Hidangkan sedikit je makanan anak. Gunakan pinggan yang kecil. Hidangan kecil encourage anak untuk habiskan. Kalau banyak anak rasa discourage untul makan.
Sabar Dalam Menghadapi Ujian dan Dugaan
Pasangan Yang Tepat
Sebuah Kenyataan Kadang Pahit Untuk Diterima
Resepi Cornflakes Madu
Resepi Cornflakes Madu
Bahan-Bahan:
- Cornflakes 1 kotak
- 1/4 cawan madu
- 1/4 cawan mentega
- 1 1/2 sudu besar gula kastor
- coklat urai untuk hiasan
- paper cup, secukupnya
Cara Penyediaan:
- Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
- Tuang cornflakes ke dalam periuk tadi. lalu gaul sebati dengan madu
- Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan coklat urai
- Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius. (jangan sampai hangus sudah)
10 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat Dan Berkesan
10 CARA KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT DAN BERKESAN
1. SETKAN MINDA UNTUK KURUS
Selepas anda buat keputusan untuk kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, hari ini juga lakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu depan. Biasanya, selepas bulan Ramadan, “Ahh, mana boleh tak makan lauk raya. Lepas raya lah aku diet”. Nampaknya, jika anda salah seorang yang berfikiran sebegini, tidak akan kurus sampai bila-bila. Lebih baik, letak matlamat untuk kekal sihat.
2. PELAJARI ILMU TENTANG KALORI
Tahukah anda, kalori lebih banyak terbakar semasa anda tidur? Sebenarnya, nak kurus mudah sahaja. Ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari. Jika anda perlukan 1300 kcal sehari, jangan makan 2500 kcal untuk hari itu.
Kalau kurang daripada 1000 kcal, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Cuba ambil dalam julat 1000 – 1300 kcal. Ini sekadar contoh, setiap orang lain keperluan kalorinya. Cuba Google untuk maklumat lanjut.
3. MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
Maknanya, makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap. Simpan biskut dalam ‘handbag’ jika perlu. Pastikan ia mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. ELAKKAN MAKAN WAKTU MALAM
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal. Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
5. ELAKKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERGULA
Ini bukan untuk orang tua yang ada kencing manis atau ‘diabetes‘ sahaja. Ia penting untuk semua peringkat umur. Jauhkanlah minuman bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Minum air masak itu lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, nescaya tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat ini semestinya dibuang.
6. TUKAR KEPADA MAKANAN YANG RENDAH LEMAK
Kalau pergi Giant atau Tesco, pernah tengok apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan? Kalau anda seorang yang teliti, anda akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak. Berbalik pada ilmu, pelajari tentang pengambilan kalori. Sama juga dengan pengambilan lemak. Tentu selepas ini anda akan lebih berjaga-jaga. Biasa makan nasi penuh atau nasi separuh?
7. BANYAKKAN MAKAN BUAH
Malaysia sungguh bertuah kerana berada di iklim Khatulistiwa. Terlalu banyak buah-buahan yang berkhasiat. Buah-buah tropikal ini sangat mahal di negara asing. Hargai khazanah negara kita. Cara kuruskan badan yang efektif ialah dengan makan buah-buahan tempatan. Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang terlalu banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. BANYAKKAN MINUM AIR MASAK (BUKAN AIR BERGULA)
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari. Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. BANYAKKAN BERJALAN (DAN BERJOGGING)
Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Kalau selalu berjogging, bagus juga. Sesekali, kalau asyik naik lif sahaja, apa salahnya naik tangga? Lebih menyihatkan badan, peluh pun keluar. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, buang lemak dan menaikkan stamina. Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
Bila tiba hujung minggu, ajak satu keluarga bersama-sama berjogging di taman tasik terdekat. Keluarga lebih akrab, peluh pun keluar!.
10. BERI 100% KOMITMEN PADA TUJUAN ASAL ‘NAK KURUS’
Ingat lagi tips yang pertama, iaitu set minda untuk kurus.
SEMOGA BERMANFAAT
Kredit : Astyn bazlon
Resepi Donut Cheese
Resepi Donut Cheese
Bahan-bahan:
- 4 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar marjerin
- 2 sudu besar susu pekat
- 1 sudu besar gula
- 1/2 cawan air suam
- 1/2 cawan air
- 1 peket mauripan
- Sedikit garam
- Cheese slice
Cara-cara :
- Ambil setengah cawan air suam larutkan gula , yis segera dan kacau sehingga sebati . Biarkan sampai yis mengembang dalam 20 minit .
- Tepung gandum tadi ramas dengan marjerin , susu dan garam sampai sebati .
- Bila yis dah mengembang . Masukkan yis tersebut ke dalam tepung tadi diselang seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Rehatkan doh dalam 30 minit , tutup doh tersebut dengan kain basah .
- Selepas 30 minit , doh tersebut dah naik . Tumbuk doh tersebut untuk mengeluarkan angin .
- Boleh canaikan doh tersebut , jangan tebal sangat dan terlalu nipis sangat . ( untuk cheese saya buat dengan menekap kan menggunakan cawan minuman plastik ). Kalau donut biasa saya gunakan acuan donut .
- Sebelum menggoreng donut tersebut . Rehatkan donut itu selama 30 minit supaya ia mengembang dgn cantik.
Resepi Kek Coklat Moist Mudah
Resepi Kek Coklat Moist Mudah
BAHAN BAHAN KEK
- 240g tepung gandum
- 60g serbuk koko
- 230g gula
- 1 cawan minyak
- 1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
- 5g asen vanila
- 5g sodium bikarbonat
- 2 biji telur
CARA CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (sebelum tu panas pengukus dulu )
- Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
- Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit (dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )
BAHAN BAHAN TOPPING
- 30g serbuk koko
- 2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
- Coklat rice
CARA CARA
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.
CARA HIDANG
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
- Cair dalam mulut bakhanggg
TIPS:
- Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
- Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
- Letak topping ketika kek sudah sejuk.
- Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (kukus 20 minit )
Selamat mencuba!
kredit resepi makanan malaysia
Bila aku tak tahu nak ngadu pada siapa..
Cara Posing Untuk Pengantin
Cara Posing Untuk Pengantin
Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni
Resepi Donut Inti Nutella Bomboloni
Bahan-bahan A:
- 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat)
- 4 biji telur
- 2 sudu besar susu
- 1 sudu besar gula
- 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
- 1 sudu teh ekstrak vanila
- 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!)
Bahan-Bahan B:
- Setengah cawan gula
- 1 sudu teh serbuk kayu manis
Cara Memasak:
- Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana
- Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A)
- Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan)
- Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga.
- Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi.
- Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
Hadiah Buku Sempena Umurku 30 Tahun
12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan
12 Tips Diet Mengurangkan Berat Badan
- Ambil sayur dalam setiap hidangan
- Hadkan pengambilan makanan berproses
- Makan secara perlahan
- Banyakkan minum air
- Ambil sarapan pagi
- Lakukan senaman otot
- Ambil protein secukupnya
- Ukur diri sendiri
- Pergi berjalan - jalan
- Makan buah
- Berhenti mengambil minuman bergas
Cara ini utk ajar perut kita jadi kecil. Bila makan banyak perut akan mengembang dan kita cenderung untuk makan dalam kuantiti yang banyak
MINUM AIR KOSONG
Perbanyakkan minum air kosong setiap hari sekurang-kurangnya 3liter sehari
MAKANAN BERLEMAK DAN BERMINYAK
Kurangkan pengambilan makanan ini , kerana ia boleh menyebabkan lemak berkumpul dalam badan semakin lama semakin tepu dan akhirnya susah nak dibakar lemaknya.
KURANGKAN MAKANAN KARBOHIDRAT
Lebihkan mengambil makanan berprotein tinggi..ini kerana untuk elakkan tubuh badan mengalami kelesuan.
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Paling Mudah
Masakan berkuah paling senang ialah masak lemak cili padi versi negeri sembilan.
1. Blend cili padi + kunyit hidup
2. Campak dalam kuali bersama air.
3. Masuk santan lepastu lauk
4. Masuk asam keping + daun kunyit
5. Garam+gula secukup rasa
Siappp! Selamat mencuba~~