Aku Tengok Video Kayuh Basikal Sampai 1300 KM ! Dasyatnya!


youtuber hazim hamdan

Assalamualaikum . Seperti biasa ain ni kalau tengah dekat rumah memang akan habiskan masa menonton video di Youtube . Lebih gemar menonton Youtube berbanding buka tv . Tv di rumah tu macam perhiasan je . HAHAHA .

Nak dijadikan cerita , tengah tengah bosan tu buka la Youtube dan tergerak hati nak tengok Youtube Hazim Hamdan . Pernah berjumpa dengan Youtuber Hazim Hamdan ni . Handsome dan herlok yer orang nya . Video di bawah bukti ain pernah jumpa dia. HAHAHAH . Siap selit bukti ehk .



Youtuber Hazim Hamdan ni lately banyak berbasikal jadinya kita boleh nampak lah video nya banyak tentang aktiviti berbasikal . Tak sangka yer dia boleh tamatkan misi kayuhan 1300KM . Dasyat gila selama 13 hari berbasikal dari Kuala Lumpur - Kelantan -Terengganu-Pahang-Negeri Sembilan-Selangor . 

Ain tengok kesemua video sampai habis . Terfikir yang hebatnya eh boleh kayuh sampai macam gitu sekali .Bukan senang weh , basikal rosak ke kena pandai pandai betul kan sendiri . Kita yang perempuan ni boleh ke tidak ehk buat rekod macam gitu ? HAHAHAHHAHAHAAHA. Lambert lagi lah kan .

Di Bawah ni ain letak video trailer Kayuhan 1300 KM sebanyak 13 episod . Fuh ! Kita yang tengok ni pun 2 hari nak habiskan tonton ini kan pula si hazim yang tukang kayuh dan buat vlog ni. Hhahaha .



*Teringat pula ain pernah join Program Jelajah BMX Ungkal bersama Tourism Malaysia Wilayah Selatan bulan november 2021 .. Program tu berjalan selama 9 hari 8 malam tau ! Nanti ain up story nya~~


Catat Ulasan

1 Ulasan

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.