Thursday, July 19, 2018

GADGETS WORLD 666 : PORT CARI BARANG GADGET TERBAIK

12:30:00 PM 1 Comments

Ain rasa tak perlu lagi mewar-warkan jenama Gadget World 666 ni. Sebab brand ni dah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Kenapa Ain nak up posting di blog ni? Sebab Ain suka betul PR iaitu layanan staff dia kepada customer. Bukan sekali tapi dah banyak kali jugak Ain beli barang-barang macam kabel ipad, iphone charger, casing.

First time ain pergi dekat cawangan Bandar Baru Uda, Johor Bahru , layanan dorang tiptop. Ain suka cara anak-anak muda tu melayan. Sempoi sangat. Baru-baru ni Ain pergi ke cawangan di Kilang Bateri, Tampoi. Sebab cable untuk charge broadband hilang. Hahaha.


Rasanya hilang dalam rumah. Mungkin tersalah letak. Singgah la cari. Layanan dekat cawangan ni pun tiptop. Siap dorang try cuba dulu sampai rasa puas hati baru terus bayar.

So far, Ain memang recommend lah kepada korang yang berada di sekitar Johor Bahru nak cari benda-benda gadget ni. Pergi jelah terjah dekat situ. Kepada yang duduk di negeri lain tu boleh je search kat mana cawangan yang ada dekat dengan tempat korang itu.


Gadget World 666
facebook : GadgetsWorld666
instagram : @gadgetsworld666

Wednesday, July 18, 2018

JATUH SAKIT

7:58:00 PM 0 Comments
Betul lah orang kata, kalau jarang sakit, bila jatuh sakit... Haa betul-betul lemah kau. This is happen to me right now. 

bubur ayam mcd ni je mampu telan.

Start dengan batuk-batuk, sakit tekak. Nak makan pun dah tak ada selera sangat. Huwaa, tak best betul tak ada selera makan ni. 😂


Badan pun dah start rasa nak demam juga. Insyallah dua tiga hari tu baik la. Its time for me to take some rest. 😁 Doakan ain cepat sembuh yer! Nak kembali cergas dan bertindak aktif semula. Tiberr.😜

Tuesday, July 17, 2018

DOMINOS PIZZA RM5.90 JER!

1:30:00 PM 6 Comments
Konon nak singgah Maybank kejap je, abang aku ni mudah terpedaya pulak dengan budak-budak Dominos Pizza depan Maybank ni.


“RM5.90 jerrr” . Aku tengah dok kalut-kalut cari no akaun dekat phone masa nak beratur tu, dia boleh pula tanya “nak tak ain pizza tu?” . “Ala kita tanya la berapa harga dia”🙄 . (aku dah masak kot kat rumah citer dia kan) . Abang aku tambah lagi “ala, tekak kan tengah tak sedap buat-buat rasa je” 😂

Fine ! Lepas dah settle keluar je terus tanya pizza apa yang ada. Lepas dah beli tu dalam kereta dia cakap ,”ikutkan nak beli dua kotak”. Hahaha. Sabar je la kan!


Dapatlah merasa seorang dua slice. Kebetulan kat rumah ada balance chili flakes makan sekali dengan pizza tu🍕

Monday, July 16, 2018

MY BUDAK KECIK IS HAPPY!!

8:30:00 PM 4 Comments

My budak kecik is now really happy with her life! Seronok tengok dia. Dia ialah one and only my budak kecik i have. Sebab ain tak ada adik perempuan. Nah, throwback sikit siapa my budak kecik ni . dua.puluh.enam.hari.bulan.enam  , kisah suka duka MY BUDAK KECIK ~~  , BRIDEMAIDS UNTUK 4 TAHUN  


And Ain tengok whatsapp story dia ke Jogja. Wow.. Bestnya.. Tengok apa dia reply..
 “Weh, dia bawak bantal love aku bagi kat dia” Sweet sangat! 💕


Payung sikit kat mana ain dapat bantal love tu..SURPRISE MENJADI ! YEAY!!

BLOGGER FEMES BEN ASHAARI FOLLOW BLOG AKUAINKAUSIAPA

11:30:00 AM 10 Comments


Aku kan baru come back semula dalam dunia blogging ni. Tetiba hari ni usha dekat followers, BEN ASHAARI folllow blog aku woi! OMG! Jerit kuat-kuat please. Blogger femes amous tuh follow blog ain yang nan hado ni. Tq Abang sado ben!

Ain rasa sebab ain ada komen dekat entri blog dia, tu yang mungkin dia terjah blog kita ni. Disebalik kisah ni, teringat dekat seseorang. Dia peminat Ben Ashaari . He is a blogger too.

Someone who really mean to me few years ago. Kenal masa dekat Uitm. Hahaha. Crush gila kot dekat dia. Tapi.....

Dia dah meninggal. Masa dekat uitm, dia tak tahu ain ada blog. Habis belajar baru dia tau. And dia juga yang mengajar ain untuk jadi lebih gegurl . Sebab aku ni boyish teruk. Hahaha.

Lepas je habis belajar, memang dah lost contact dengan dia. Ain tahu dia meninggal ialah aku dapat instinct. Tak tahu waktu tu Allah gerakkan hati aku untuk stalk facebook dia. Which is aku dah lama gila tak buat and dah unfriend dia pun. (gila kan? tapi itu lah yang sebenarnya)

Tapi that night, aku search and ain nampak posting kawan dia yang mengatakan dia tengah nazak.😭. Esoknya i try to confirm that news dekat kawan yang sama course dengan dia. Tengah hari macam gitu, ain dapat tau yang dia baru meninggal. 😭😭

Sedih siot baca komen dia.

Sedih la juga. Sebab dia muda lagi kan and he is someone who mean a lot to me. Banyak kenangan best dan tak best sepanjang kenal dia dulu but let just keep that in my mind not to the public. 🙈 2017 , ialah tahun ain kehilangan ramai orang yang sangat bermakna dalam hidup ain. Nevermind, hidup kena berani terima kenyataan kan.

"He is somebody that i used to know"
Al-Fatihah buat,
Fahmie Bin Mohamed
5 Januari 1990- 27 November 2017