DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS

DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS | "Ya Allah , aku sedih ..kenapa rezeki ku terasa sempit ? kenapa rezeki ku sedikit sangat ? kenapa aku tak dikurniakan rezeki mu yang melimpah ruah itu ya Allah ?" . Sesungguhnya aku yakin dan tahu hanya Engkau la yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki Mu sangat la melimpah ruah , sebagai hambamu ini , Engkau limpahkan rezekiMu itu secukupnya kepada hamba mu ini , rezekiMu yang hanya perlu untuk hambaMu ini . 


Kita selalu merasa resah dan gelisah , sering tertanya -tanya kenapa rezeki terasa sempit ? Kenapa la aku tak boleh rasa nikmat kekayaan ? Bukan la mahu meriak pada yang lain , tapi hanya sekadar untuk merasa nikmat rezeki melimpah di muka bumi ini . Gitu la rasa kalau duit hanya cukup-cukup makan je kan . Nak beli barang pun memang berkira-kira , hanya beli barang keperluan sahaja. 

doa murah rezeki


Kadangkala kita selalu terlupa , terlupa untuk melihat orang yang lebih susah dari kita. Apabila kita diuji , terus kita rasa sedih dan lupa yang Allah Yang Maha Memberi Rezeki . Rezeki bukan hanya pada wang ringgit , tetapi kesihatan yang baik , keluarga yang bahagia , rumah yang selesa , makan yang cukup , sentiasa merasa bahagia juga satu nikmat rezeki dari Allah . 


Jangan la kita jadikan wang ringgit sahaja sebagai pengukur rezeki. Mungkin , yang indah dimata dan yang kita nampak itu banyak wang ringgit , tapi belum tentu merasa bahagia . Oleh itu , marilah kita bersama - sama mengamalkan doa ini supaya rezeki kita tidak putus dan sentiasa melimpah ruah . Insyallah .


DOA SUPAYA REZEKI TIDAK PUTUS


Nak murah rezeki ? Jangan lupa untuk sentiasa doakan kesejahteraan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapa kita . Insyallah , pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka luas dan sentiasa mendapat rezeki dari Allah .

nak murah rezeki

Kepada yang membaca posting ini , ain doakan semoga rezeki mu sentiasa dilimpahi dan mendapat keberkatan dari Allah . Doakan ain juga yer . Insyallah .

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Amin doanya.. Betul, wang ringgit bukanlah pengumur rezeki. Sihat itu rezeki, masih boleh rasa makan dan minum itu rezeki, masih boleh bernafas dan begerak itu juga satu rezeki.. Berusaha dan terus berdoa.. Moga rezeki kita dilimpahkan. Amin ya Rabb!!!

    BalasPadam
  2. saya juga doakan semoga awak dimurahkan rezeki. kita sama2 berdoa agar rezeki untuk kita semua melimpah ruah

    BalasPadam
  3. Juga rajin-rajinkan bersedekah Ain, walau kita pun tak banyak duitnya, belikan kanak-kanak aiskrim pun, cukup dia mendoakan kita.. dalam rezeki seringgit kita, mungkin juga ada rezeki orang lain, apalagi kalau banyak henggetnya..

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.