BERBUKA PUASA DI BUFFET RAMADHAN HOLIDAY INN EXPRESS JOHOR BAHRU | Ibarat pucuk dicita ulam mendatang yer pada ketika itu . Pada hari tersebut ain memang la malas gila nak masak . Tapi , memandangkan dah beli barang dapur nak tak nak dalam hati kena la masak juga.
Sekali tiba-tiba ada yang mesej jemputan untuk berbuka puasa di hotel . Astagfirullah , ibarat langkah kanan pada ketika itu . Bukan untuk seorang atau 2 pax je tapi boleh bawak sehingga 4 pax . Kita pun yang malas memasak terus la book. Niat dihati nak bawa lagi 2 anak jiran . Siap dah mintak izin mama nya terlebih dahulu tapi yela kan budak sekolah penat balik sekolah , tahu tahu tetido . HAHAHA . Jadinya kita jemput anak jiran yang lain si Aliyah tu . Dia pula tengah free jadi kita ajak dia je la . Si Aliyah tu kemain semanagat yer tanya kak ain pakai baju apa , tudung apa . Dalam hati ni , "wow budak ni boleh bawa pergi majlis lepas ni sebab dia tahu nak kena bersiap". Lepastu ada 1 kerusi kosong lagi tu ingat nak ajak kawan lelaki kita tu , tapi dia tak boleh pula . Jadinya , pergi la bertiga ain , abang ain dan si anak jiran aliyah.
Kami sampai awal yer dan terus bergambar di prop yang disediakan di bahagian lobby. Agak-agak orang dah ramai , kami naik semula dan ambil la gambar makanan. Untuk pengetahuan korang , pekej buffet ramadhan disini boleh dikatakan murah dan tak lebih dari RM 100 . Ini kerana ruang makan disini kecil dan tak boleh memuatkan jumlah tetamu yang ramai . Kalau korang nak cari pakej buffet ramadhan yang harga biasa -biasa , boleh la pilih untuk berbuka disini .
Istimewanya disini ialah Briyani Kambing . Ain harus akui kesedapan briyani kambing disini kerana ain ni kurang gemar nasi briyani . Tapi nasi nya sangat sedap dan kambing nya juga sedap dan lembut dimakan begitu sahaja . Hehehhe . Menu lain yang sedap ialah laksa johor , sup rawon dan pelbagai jenis lauk pauk . Ain ni kan penggemar ketam kan . EH ! AKU MAKAN JUGAK YER TAK PEDULIK WALAUPUN NAK KENA KRUK KRAK KRUK KRAK DEMI MENDAPATKAN ISI KETAM . (saja besarkan font) . Ketamnya direbus elok dan dimasak dengan sedap , jadinya tak susah langsung nak makan.
Selain itu , terdapat juga 3 jenis asam pedas iaitu asam pedas kupang , asam pedas daging dan asam pedas udang . Fuh sedap . Ain ni pula jenis tak makan segala sambal belacan la , cencaluk la dan budu. Tetapi anak jiran ain si Aliyah tu makan dengan nasi putih . Dia cakap "kak ain sedap tau cencaluk ni makan dengan nasi putih" . Dia ni pula jenis hantu kupang , astagfirullah kemain selambak yer diambilnya .
Biasa la kalau first round dah settle , selalunya pergi solat magrib dulu dan akan ada second round seterusnya kan . Begitu la gaya orang yang pergi ke buffet ramadhan . Ain makan jeruk dan pencuci mulut seperti buah -buahan . Ain ni hantu makanan yang bermasam eh ada pula jeruk -jeruk dan potongan buah mangga . Kita bedal la . Si aliyah sempat buat abc yer makan bersama dengan aiskrim . Dia juga makan kuih muih yang ada , macam ain ni kurang sikit makan kuih muih . Dia cakap sedap - sedap kuih muih disini .
So , tunggu apa lagi , datang la berbuka di buffet ramadhan Holiday Inn Express Johor Bahru . Nak makan buffet ramadhan boleh , cuma yang tak boleh nya kalau membazir . Jangan membazir okay , ambil makanan yang perlu sahaja .
Perghhh sekali dia ootd kemain kerlas ko, dah macam retis datang buat persembahan hehehehe
BalasPadam