MASA

5:51:00 PM


Takkala ramai para bloggers seronok mengira berapa banyak entri yang telah ditulis , aku masih terhegeh hegeh terfikir tak tahu nak update apa . Kesian sangat kan pada aku . Sepanjang tahun 2015 ini , aku pun tak tahu apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan dalam blog ini . Sebab mungkin aku tak tahu dan tak kenal diri sendiri.


Sepanjang tahun ini sebenarnya aku lebih banyak mencari diri aku yang dulu . Diri aku yang sebelum ini , sebelum arwah ibu pergi .


Orang boleh senang cakap , "Weh , aku tengok kau sama je ain macam dulu!"
Tapi , semakin hari , aku kutip semula identiti aku. Siapa aku! HAHAHA. 
Kau ingat barang ke apa , main kutip kutip lepastu cantum semula.


Sebab itu , aku jadi macam celaru , kadang ada masa aku suka senyap . aku diam sampai aku akan rasa annoying kepada sesiapa yang memekak di depan aku.


Alhamdulilah , ALLAH berikan aku ruang . ALLAH berikan aku masa . ALLAH didik hati aku . Baikkan Dia . Kenapa kita bila sedih je cari Dia ? . Sepanjang aku mencari kembali diri aku , aku selalu cari Dia . Sebab Dia mampu mengubat hati aku . Sebab Dia Maha Mendengar.


Terima Kasih ALLAH , untuk setiap detik masa yang kau berikan kepada kami.


Insyallah , aku sedia untuk terima dan harungi tahun 2016.


Oh ya , aku terlupa nak kredit kata kata dari The Faiz Ibrahim .
Kata kata dia banyak kembalikan diri aku.
Terima Kasih daun keladi . HAHAHA.

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS