Wednesday, January 20, 2016

20/366 : DIARY OF THE DAY -20 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . How was your day today ? Aceceh  , speaking london uolls . Alhamdulilah , hari ini dah 20 hari kita berada dalam tahun 2016 . Februari are coming soon ! Tak sabar , sebab birthday kita  . Hahaha . Hari ini , apa yang aku nak kongsi kan dalam diary of the day aku ialah :

  • Masak ikan steam kicap
Dulu dulu , arwah ibu ain selalu masak ikan steam bukan steam limau tau , tapi steam kicap tu haa . Kebetulan , ain kan tengah dalam proses kurus menguruskan badan , makanya ain pun dengan gamble nya buat lah , tanpa sebarang bawang atau sebarang bahan sebab tak pergi beli lagi dekat pasar . Hanya letak kicap je dan alhamdulilah , sedap weyh . Mungkin sebab ikan itu sendiri dah memberi rasa juicy kan . Hehehe . Jadi , lepas ini dah tau lah nak masak apa kalau tak ada bahan langsung . Makanan sihat kan .


  • Gila minum air masak
Sebenarnya , aku bukan lah sejenis manusia yang obses pada air masak , dulu tak boleh terima langsung mesti nak minum air manis , tapi lepas ibu sakit dan meninggal 2013 , aku terus bertekad yang mesti kena suka juga minum air masak . Sekarang , air masak dah macam bff aku sekarang , pergi mana mana aku mesti tak lupa bawa botol air masak aku tu . Korang pun cuba jadi kan itu sebagai habit tau , jangan sampai ada penyakit tau . Aku trauma sebenarnya bila dengar bunyi ambulans , bunyi mesin dekat hospital itu , aku terus teringat pada arwah ibu aku . Ya ALLAH , tolong jadikan ini sebagai pengajaran untuk korang sebab arwah ibu aku dulu suka minum air teh tarik . Mesti setiap hari nak minum , masa dekat hospital pun sama . *Teringat dulu selalu suapkan ibu makan . Ala , tertacink pula . Dah , aku tak nak nangis dah ! . 


Okay , itu sahaja la apa yang aku boleh kongsi untuk diary of the day aku hari ini . Jumpa esok yer !. Assalamualaikum .

6 comments:

Nur Najah said...

pandai masak. cayalah! hihii. mmg berkhasiat. :)

Farhana Zukri said...

minum air masak banyak banyak memang elok :) kurangkan pengambilan gula juga

Aienienka Peter said...

sedapnya menu diet sis~ sis, be strong k.. somehow I felt pain when you post this entry. be strong. sorry lambat baca diary sis.. :') be strong tau..

Ardilla Noorezan said...

Be tough! Terima kasih untuk info yang berguna :D

Syaza Raihanah said...

Minum air masak banyak khasiatnya. Tak rugi pun. Btw, sedapnya siakap steam kicap. Lapar pulak rasanya. Hehe

Munirah Mustafar said...

saya pun memang dah start belajar minum air kosong drpd air manis skrg ni...harap2 saya berdisiplin la...hehehehehe