Tuesday, January 5, 2016

5/366 DAYS - 5 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Sekejap je kan dah nak masuk 5 hari kita dalam tahun baru . Rasanya macam baru je dengar bunyi mercun eh silap (hahaha) bunga api , ora akar untuk sambut new year . Bersyukur sangat kita masih lagi diberi kesempatan untuk terus hidup dimuka bumi ALLAH yang penuh dengan rezeki nya . Hari ini nak update apa eh ? Memandangkan cerita "stalker anak jiran " aku tu telah membuat billionzzz (baca mesti bunyi zzz dia tu banyak sikit ) hahaha . Ramai yang kata kelakar . Actually tak ada lah ramai sangat . Jangan nak tipu sangat ayat kau ain ! . Ramai lah dari tak ada langsung yang sudi komen .


Apa apa pun , terima kasih kerana sudi komen , sudi follow . Alhamdulilah , follower ain dah bertambah sedikit sedikit . Insyallah , kalau lebih kosisten dalam berblogging ini , mesti billionzzzz followers iolls . Hahaha . Jadi , nak cerita apa ehk dekat blog ini ? Sumpah , rasa macam erm , krik krik krik krik . hahaha . Apa yang dilakukan hari ini ialah :

  • Blogwalking 
Sebenarnya , di ruang kesempatan yang ada ini , aku melatih dan merajinkan diri blogwalking dari satu blog ke satu blog . Secara tak langsung , kita dapat kenal lebih ramai lagi blogger dekat muka bumi ALLAH ini . Mana la tau , sekali jiran jiran pun ada jadi blogger ,boleh paksa diorang follow , komen blog aku .hahaha . Bestnya bila blogwalking dapat tengok orang cerita pasal percutian , pasal makanan , pasal MAKANAN , MAKANAN , MAKANAN , MAKANAN . OMG ! aku terlampau obses sangat pasal makanan ini . hahaha . Eleh , aku rasa semua orang suka makanan apa . Its a common thing in our life lah kan kan . 


  • Tengok episod dato vida (program terlajak puteh nampak)
Jujurnya , aku sangat terinspirasi dengan dato seri vida ini . Bukan mengampu ke , bukan membodek ke . Tapi hakikatnya , setiap patah perkataan dia sangat buat aku bermotivasi . Kadang pada orang nampak , dia ni nak menunjuk itu ini , tapi tidak pada aku . She is super amazing . Masa dia nangis cerita pasal anak dia tu , ya ALLAH , dulu aku macam gitu lah . Mesti sebak sangat bila orang tanya pasal arwah ibu . Ya ALLAH , bukan mudah untuk kita stand strong di hadapan orang ramai bila orang yang kita sayang dah meninggal . BUKAN MUDAH .



Ianya makan masa untuk kita bina semula kekuatan untuk berkata dihadapan orang ramai "Aku kuat!" . Tapi , semuanya adalah bersebab dari perancangan ALLAH . Sesungguhnya , Dia kan Maha Mengetahui Segalanya . Aku akui ,lepas ibu pergi , aku banyak kembalikan diri aku kepada Dia . Benarlah , Dia kan sebaik sebaik perancang , Dia juga yang ubat hati aku . Dia juga berikan aku kekuatan . Alhamdulilah , sekarang ini aku dah mula rasa kuat untuk stand strong dihadapan orang ramai . Insyallah . Semuanya diatas keizinan daripada Dia Yang Maha Esa .


  • Stalker Blogger Femes
Haa , yang ini aku buat hari ini . Semalam aku stalker anak jiran , tapi hari ini aku stalk blogger blogger yang femes . Iya lah , nak jadi femes , kena lah intai intai dan tiru apa yang mereka dah berjaya lakukan . Insyallah ,semoga Ain menjadi blogger femes nanti  . Amin . hahaha. 



Itu saja la apa yang aku nak share dengan uolls . Uolls , kalau rajin komen la , lepastu habaq mai dekat blogger lain , hat mana yang tak follow blog kami lagi ni .hahhaa. Buat tau . 
Ok , Bye !

6 comments:

ztie said...

singgah sini dan follow dah. hehe memang kalau konsisten mesti banyak org follow tu. Rindu dah dengan geng2 blogger dulu tapi semua dah retired ni. I pun baru mula balik nak blogging. Walau macam mana pun tetap rindu nak menulis. hehe Jumpa kat next post!

CikLa Shahril said...

Hi ain.. cikla singgah sini n follow awk.. slm kenal..

Ana Fatihah said...

Salam kenal.
First time singgah sini rasanya dan terus follow. :D

Umi Nazrah said...

salam singgah. saya setuju dengan semua yg di atas. kekekekeke ^_^

adianiez AIDA said...

hai ain. tq sebab landing blog aida.
aida da follow sini.

aida sedaya upaya akan blogwalking semua yg tinggal komen kat blog.
cuba sedaya upaya tau!
kekadang miss jugak blogwalking. dek krn kurang masa.
then, baru la skroling kat bloglist.
blogger, blogging & blogwalking = pakej :)

salam perkenalan dari aida :)

Nor Marshaliza Shaidan said...

Singgah sini sis...betul kita kena stalker jugak blogger femes ni...:)