137/366 : "Ini Untuk Anda Yang Mahu Kaya Raya Di Pagi Raya" (Part 2)




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Tinggal lebih kurang beberapa hari je dah nak sambut bulan Ramadhan . Cepat sungguh masa berlalu . Rasa macam baru je masuk tahun 2016 . Jadi , entri hari ini ialah sambungan daripada entri semalam tentang bagaiman untuk anda yang mahu kaya raya di pagi raya . Untuk pengetahuan semua , tips ini dikongsi daripada sumber Dr Azizan Osman .


Jom kita tengok 5 tips kaya raya di pagi raya .




Di zaman sekarang, fungsi kad raya sudah berkurangan. Orang ramai lebih suka menggunakan perkhidmatan videografi atau fotografi untuk menyampaikan ucapan selamat Hari Raya. Jika anda mempunyai bakat dan minat dalam dua bidang tersebut, anda boleh memberikan perkhidmatan membuat video rakaman ucapan Hari Raya atau sesi fotografi keluarga.

Anda boleh menawarkan perkhidmatan untuk rakaman di studio atau di rumah pelanggan untuk memberikan keselesaan dan kesan yang lebih baik. Lagipun orang sekarang lebih suka bergambar selfie dan wefie . Tidak salah kiranya bagi mereka yang punya kepakaran dalam menghasilkan gambar yang meletop boleh menawarkan [erkhidmatan ini kepada mereka yang memerlukan khidmat anda . 




Memang dah menjadi kelaziman, di musim raya akan terdapat permintaan yang tinggi untuk hamper dan hadiah. Masalahnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan tersebut mungkin sudah semakin sibuk dengan tempahan yang mereka ada atau hamper dan hadiah yang mereka tawarkan tidak begitu eksklusif atau biasa-biasa sahaja.

Kadang-kadang, ramai orang mahukan hamper dan hadiah yang ada citarasa sentuhan peribadi. Ada yang mempunyai bakat menggubah, mungkin boleh memberikan perkhidmatan seperti ini. Apa yang anda perlukan ialah buat beberapa contoh hamper dan hadiah yang berbeza dari yang ada di pasaran dan mulakan promosi anda.




Ramai orang mahukan rumah mereka kelihatan berseri dan berwajah baru bila tiba Hari Raya. Malangnya, mereka mungkin tiada idea untuk menghias dalaman dan luaran rumah mereka, tiada masa atau tidak tahu bagaimana. Anda yang ada minat dan bakat boleh menggunakan kepakaran ini untuk membantu mereka.

Anda mungkin boleh mulakan dengan menyediakan beberapa tema dan mengambil beberapa contoh atau cadangan hiasan dalaman dan luaran. Anda juga boleh menyediakan beberapa pakej yang berbeza dan mulakan promosi anda. Anda boleh mencari mereka yang memerlukan kepakaran serta perkhidmatan anda melalui Group Facebook ini




Bila tiba Hari Raya, ramai orang nak buat rumah terbuka. Masalah yang mereka sering hadapi adalah kawasan rumah yang tidak cukup luas untuk adakan jamuan dan terpaksa mengadakannya di luar rumah. Untuk itu, mereka perlukan kanopi, meja dan kerusi tambahan.

Anda mungkin boleh menawarkan mereka perkhidmatan sewaan kanopi, meja dan kerusi serta perkhidmatan hiasan kanopi untuk jamuan raya. Anda tidak perlu mempunyai semua peralatan, tetapi hanya perlu tahu di mana mahu dapatkannya dengan harga berpatutan. Nilai tambah yang anda boleh berikan ialah hiasannya mesti mengikut tema perayaan.






Ini adalah satu perniagaan yang sangat-sangat laku di musim perayaan. Ramai peniaga kuih raya mendapat duit runtuh bila tiba musim perayaan. Masalahnya, anda sendiri mungkin tidak tahu buat kuih raya atau tidak ada peralatan untuk membuat kuih raya dalam kuantiti yang banyak, jadi macam mana?

Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenal pasti beberapa kenalan dan jiran atau saudara mara yang pandai dalam membuat kuih raya. Anda beli dari mereka dan anda sendiri buat ‘packaging’ serta pasarkannya. Untuk memberi lebih nilai, anda mungkin boleh tawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah pelanggan.


Untuk anda yang belum mengetahui tips 1-5 , boleh klik di sini "Ini Untuk Anda Yang Mahu Kaya Raya Di Pagi Raya" (Part 1)


Mudah bukan nak Kaya Raya di Hari Raya. Pokok pangkalnya ilmu dan usaha. Jika anda ada 1001 idea perniagaan tetapi anda tidak tahu untuk memasarkannya pun tak guna juga. Silap-silap anda perlu hadap semua jualan yang tak laku atau terpaksa beraya dengan ala kadar sahaja kerana cita-cita nak buat duit raya lebih tak kesampaian.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. jemput join segmen Nurrul :)
    http://youismysoul.blogspot.com/2016/05/giveway-topup-by-nurrul-2.html

    BalasPadam
  2. tiada alasan untuk menjadi kaya kan
    cuma malas n rajin je hehehe
    thanks singgah blog titew :)

    BalasPadam
  3. wah! nice tips!
    yang pentig semuanya perlukan usaha

    anyway, akak membalas kunjungana =)
    Diari Seorang Mama

    BalasPadam
  4. wah, banyaknye tips...thanks for the share...suka la yg buat video n gambar raya tu...by the way...i'm a partimer fotografer...hehehe...

    BalasPadam
  5. Nice tips! Usaha tangga kejayaan 😊

    BalasPadam
  6. Orang buat bisnes yg kaya raya ni. hehehehe

    ZH Blogger

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.