MY FIRST TIME JOIN RUNNING

10:00:00 AM

MY FIRST TIME JOIN RUNNING

Kau tengok tajuk kemain speaking london nampak cik farahain. Hahaha. OMG! Hahaha. Okay, serius gais aku nak kabo dekat semua “wahai orang-orang kampung semua...”
running diva malaysia
semua pink pink gais!

Perempuan yang benci dengan lari

Fun fact about Ain ialah dia seorang perempuan yang benci dengan lari. Hahaha. Kalau suruh workout burpess aku boleh sanggup buat tapi jangan lah suruh berlari. I hate running. I hate jogging so much. Sebab aku memang lembab tahap siput babi kalau berlari. Hahaha. Dari kecik yelah lepas start darjah 4 keatas sampai sekolah menengah aku paling benci berlari. Sangat benci! Sebab selalu dapat nombor last. Hahaha. Kan dah cakap tadi. Berlari adalah satu perkara yang memalukan dalam hidup aku.
running diva malaysia

running diva malaysia
Alamak,posing kemain

Tapi, betul lah orang cakap sometime we got to do what you hate the most. And gais, tiber aku dengan slumber tanpa sebarang alasan aku join running. Semua ni sebab support daripada sisturrr JDT Blogger ku iaitu Kak Sunah Sakura dan Sis Lin. Al kisahnya aku sebenarnya ganti tempat orang. Aku tak tahu apa kebenda roh semangat aku datang sanggup bangun awal pagi buta dan ke Educity Sport Nusajaya untuk berlari. Kau rasa tu semangat dari mana tu datang? Seram jugak aku ni kalau diri sendiri tetiba terlampau bersemangat. Hahaha.
running diva malaysia
running diva malaysia
yeay! we did it.

“Dah berapa km dah kak?”

Gais, i did that for 5 KM. Nasib ler Kak Sunah sudi layan soalan ain “dah berapa km dah kak?”🤣 Nampak gila perangai kanak-kanak ribena aku muncul. Masa dah lepas 2.5KM tu aku memang dah pancit, kepala pun macam dah nak ting tong sikit, tapi aku nampak ada yang badan lagi besar dari aku. (Bukan niat nak menghina okay) Tapi malu lah aku yang badan dah kecik sikit ni tapi lembik tak nak habiskan running tu. Bukan itu sahaja, aku join running ni sempena  breast cancer awareness. Bila aku tengok semangat nya mak-mak , makcik yang berlari sambil tolak stroller anak, kau rasa? Ish, lembik sangat kan kau Ain kalau tak boleh habiskan. Lepas dah sampai finish line tu, ya Allah happy tak terkata. Nak AIR!!!!! Hausss 🤣🤣🤣. Masa dekat water station aku tegok air macam apa dah. Hahahaha.
running diva malaysia
Comelkan medal nya

Mendengar cerita pesakit cancer survivor, hati aku terus tersentuh. Sentap pulak tiber. Aku bersyukur ya Allah, Engkau masih berikan kesihatan yang baik untuk aku. Terima kasih tuhan kerana masih sayangkan hambaMu ini. #bersyukurlahbilakitasedangsihat #bilabilamasakitabolehsakit #sakittakkirausia

You Might Also Like

6 comments

  1. wahhhh.. kemain lari-lari dengan sunah....

    psssttt.. cantik gila medal tu....

    ReplyDelete
  2. Akak suka lari (jogging) tapi tak suka lumba lari sbb selalu corot 😆😆😆

    ReplyDelete
  3. gaya hidup sihat. ceria semua warna pink 😍

    ReplyDelete
  4. Saya pun benci berlari, berkoyan2 godaan tuk join mana2 fun run yg tgh fames since 2 thn ni tp so far masih bertahan, tak akan join 😊😊 anyway, tahniah ain sebab abiskan 5km, bkn senang nak bgn awal. Hakak fhm 😁

    ReplyDelete
  5. yang penting tetapkan niat dalam hati, kita berlari untuk sihat dan for fun only..bukann nak bersaing dapat nombor 1..tapi kalau dapat nombor, itu rezeki satu pakej..hihihi

    tahniah ain! jom next run pulak!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Farahain..hebat sebagai seorang yang tak suka lari..
    Ni program support, so kalau dh dapat join tu, kira pahala ko tu..

    Next..i join okay!

    ReplyDelete

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com