Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah

Teman Kecilku Dapat Anugerah Di Sekolah | Assalamualaikum . Kepada yang selalu membaca online diary akuainkausiapa ni pasti sudah tahu dan kenal siapakah teman kecilku ini . Dialah anak jiran yang selalu menjadi kisah sensasi dalam blog ini . HAHAHA . My little best friend . Untuk tahun 2022 ini , teman kecilku akan masuk sekolah menengah pula . Pejam celik pejam celik dah masuk tingkatan satu . Sekejap je masa berlalu kan . Dengan belajar masa zaman pandemik covid ni memang sangat berbeza dengan cara belajar kita dahulu . 

teman kecil


Namun demikian , dengan berlaku kejadian UPSR dimansuhkan , mesti menjadi satu keseronokan kepada budak sekolah seperti Farisya . Iya , Farisya la nama teman kecilku itu . Dalam pada asyik kelas online je , sekejap sekolah sekejap pdpr tak mematahkan semangat nya untuk terus belajar walaupun penyakit M (MALAS) membelenggu diri . 

Alhamdulilah , teman kecilku mendapat anugerah pelajar aktif semasa pdpr . Dapat dia seketul trofi . Trofi ini diterima tahun 2021 tapi biasa la kak ain dia ni peram story sampai tahun 2022 baru nak tulis . KIHKIHKIH . Jadinya , baru baru ini teman kecilku terima lagi anugerah . WOW! 

anugerah pdpr



Bukan satu tapi dua anugerah yang diterima . Dasyat yer bukan biashe biashe . Farisya dapat anugerah untuk kategori Sains dan Pendidikan Islam . Comel je dia bergambar di sekolah tu . 

Dalam pada masa yang sama , sekolah juga telah mengadakan satu majlis untuk murid tahun enam pro max . HAHAHAHA . Iya la , budak sekolah zaman covid ni semuanya digelar pro max . HAHAHA . Majlis itu macam majlis perpisahan la gitu . Kak Ain dia ni pula kepoh , whatsapp la dia , nak tengok gambar comel dia tu . 

majlis darjah 6 skbu2

murid skbu2



Lalu disent nya seketul je gambar dengan kawan - kawan . HAHAHA . Astagfirullah . Kasi la dua ke tiga keping gambar ni seketul je . Kemain dia tau , sebelum nak ke majlis tu siap ajak baba dan mama nya pergi cari ootd untuk digayakan bertema pastel pink gituw .

Bila tengok kejayaan yang dicipta oleh teman kecilku ini rasa macam tumpang bahagia . Iyalah , di blog ini juga bukti rekod kejayaan yang dicapai oleh Farisya . Semoga dia terus bersemangat mencapai cita citanya . 

Baca kisah Farisya Teman Kecilku :

*Dia dah apply masuk asrama . Kak Ain is sad right now ~ Hmm ..Siapa nak teman kak ain dah lepas ni  😭 Masa menaip ni pun dah rasa sedih sedih tauu ...

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wahhh.. tahniah Farisya. Dalam keadaan macam ni, bukan senang nak terima anugerah. Tak apalah Farisya masuk asrama utk masa depan dia. Kak Ain jangan sedih2 tau 😍

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.