Jalan Jalan Johor Dari Pontian Ke Batu Pahat

 Jalan Jalan Johor Dari Pontian Ke Batu Pahat | Assalamualaikum . Ayuhlah kita sambung cerita Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia ain selama 9 hari 8 malam tu ya . Bagi yang belum baca , boleh la terlebih dahulu membaca artikel sebelumnya . Perjalanan kami bermula dari Johor Bahru seawal jam 6 pagi dan perlu tiba di Stadium Mini Pontian pada awal pagi . Alhamdulilah , perjalanan dipermudahkan . Lagipula dari Johor Bahru nak ke Pontian tak la jauh mana , yang buat susah tu sebab kena bangun awal pagi . Waktu yang ada di kereta tu la , waktu yang sesuai untuk tidur  .  Kihkihkih . Terus pula teringat kisah ain yang insomnia dan dapat atasi nya dengan tidur lebih awal  . Muka memang tak la nak bermakeup kan dah kena call time awal pagi begitu , ingat nak makeup sewaktu dalam perjalanan (eh gelap yer kawan kawan memang tak jadi apa nanti ) . 

sheisfarahain turut serta program jelajah johor


sheisfarahain di menara jland



sheisfarahain di stadium mini pontian


Sampai je di Stadium Mini Pontian , aku pun pergi la ke tandas dan pergila refreshing sikit . Sementara nak menunggu acara flag off bermula , aku pun ambil la gambar di sekitar Stadium Mini Pontian ni . Pontian ni boleh dikatakan antara daerah yang menjadi laluan ain apabila balik ke kampung ayah . Ayah punya kampung pula diantara sempadan Pontian - Batu Pahat . Jadinya , tak la rasa kekok sangat apabila sampai di daerah Pontian . 


flag off jelajah johor bmx ungkal

persatuan basikal negeri johor

sheisfarahain team saya di johor


Flag off untuk program Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia dimulakan apabila peserta serta para jemputan telah tiba . Biasala , menjadi tugas sebagai media la kan untuk merekod , mengambil gambar serta merakam video sepanjang program berlangsung . Oh , mungkin tertanya - tanya kan kenapa nama nya Jelajah Johor BMX Ungkal Cuti Cuti Malaysia . Ianya kerana melibatkan 6 peserta yang membawa basikal BMX (iya gais , BASIKAL BMX ) pusing hampir ke seluruh negeri Johor dan berkolaborasi bersama Tourism Malaysia . Jadi secara tak langsung , mereka berbasikal dan akan pergi ke setiap check point tempat menarik di sekitar negeri Johor . Berbasikal sambil bercuti cuti Malaysia lah gitu konsep program nya . Akan tetapi , terdapat kemudahan , fisioterapi serta marshal dan kumpulan bantuan sokongan sepanjang peserta berbasikal . Makna kata , mereka berbasikal bukan main hentam jela , tetapi tahap kesihatan mereka dipantau dari masa ke masa . 


Bukan itu sahaja , program ini turut melibatkan ramai pihak untuk menjaga keselamatan lalu lintas di setiap daerah . Itu yang seronoknya apabila banyak pihak turut terlibat demi menjayakan jelajah johor ini . Program ini juga la memberi pengalaman pertama ain untuk merekod , mengambil gambar serta membuat liputan dengan menaiki kenderaan 4 by 4 . Bayangkan dulu dulu ain datang event atau program tapi takla selasak program ni . Memang cerita nya kena sangat aktif dan perlukan fitness level yang superb ye memandangkan aku ni perempuan . Nak kena naik turun 4 by 4 lagi . Fuh ! 

tourism malaysia wilayah selatan team


jelajah bmx ungkal

jelajah johor bmx ungkal pontian


Jadinya , kami naik 4 by 4 tu dari bermula flag off sampai ke depan sikit je , seterusnya kami berpatah balik dan menaiki kenderaan yang disediakan la . Gila apa nak naik sampai ke Batu Pahat . Sakit bontot nanti . Dari Pontian , kami ke Batu Pahat . Check point seterusnya ialah di Pantai Minyak Beku . Pantai Minyak Beku ni memang antara tempat yang menarik dan selalu dikunjungi apabila tiba di Batu Pahat . 

aktiviti berbasikal

basikal di pontian

bmx ungkal

kanak kanak berbasikal

persatuan basikal pontian


Kenderaan kami tidak bergerak sama dengan pasukan BMX Ungkal , jadinya of course la kami sampai terlebih dahulu . Sempat la ain berangan dulu dekat tepi Pantai Minyak Beku tu , sempat buat live lagi ! HAHAHAHA . Walaupun ayah orang Batu Pahat , tapi tak pernah ajak kitorang sekeluarga ke sini , jadinya ini juga merupakan pengalaman pertama ain sampai disini . Tunggu punya tunggu , tup tap tup tap sampai la juga team BMX Ungkal . 

sheisfarahain di pantai minyak beku

sheisfarahain di batu pahat

pantai minyak beku batu pahat

jelajah johor bmx ungkal di pantai minyak beku


Selepas selesai sesi bergambar kami ke Senta Adventure Camp yang terletak berdekatan dengan Pantai Minyak Beku . Senta Adventure Camp merupakan tempat kami menginap pada hari pertama . Disini , walaupun internet sendu yang amat ! tetapi pengalaman ain bermain flying fox ! Boleh nampak view Pantai Minyak Beku yer ! Gayat ! Time tu memang gelabah weh ~~ Nantikan kesinambungan kisah di Senta Adventure Camp .

bmx ungkal di pantai minyak beku


Baca juga :