Thursday, January 23, 2014

8 Pintu Murah Rezeki

 Sama sama kita beringat . Rezeki tu sebenarnya hadir dalam pelbagai bentuk dan cara . Tidak semestinya kita kaya kita sudah peroleh rezeki . Sedangkan diberi kesihatan yang baik itu juga salah satu rezeki yang ALLAH beri . Masih mempunyai kedua ibu bapa juga  merupakan rezeki kerana ada antara saudara saudara kita yang dari kecil dah kehilangan kedua ibu ayah . Macam ain sendiri , rezeki dalam berkeluarga , ibu ain baru 2 bulan 6 hari meninggal kan ain dan keluarga . Tapi itu mungkin bukan rezeki untuk ain , untuk ibu melihat anak anak nya berkahwin dan membina masa depan . Tapi betul sekali point yang nombor 1 . Jangan sesekali kita derhaka dengan ibu bapa . Ain selalu ingatkan pada diri ain , jangan kita salahkan kedua ibu bapa kita kenapa kita dilahirkan dalam keadaan tidak berharta tidak kaya seperti mereka yang bernasib baik , tapi kita patut salahkan diri kita sendiri andai kita tidak berusaha mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik . Sebenarnya pelbagai cara bagaimana kita mahu mengetuk pintu rezeki . Tinggal lagi bagaimana diri kita sendiri mencari erti rezeki sebenar itu. Jadi sama samalah kita berusaha menjadi rezeki yang halal dan baik untuk kita di dunia mahupun di akhirat .

3 comments:

Bahrain Ramlan said...

terima kasih kerana berkongsi :)

Invisible Me said...

Rezeki kita rahsia Allah. Peringatan untuk IM :)

Beli dengan harga murah dan dapat diskaun jadi lagi murah kat SINI :)

dilakhir said...

tq sis :)