Wednesday, January 13, 2016

13/366 : DIARY OF THE DAY -13 JAN 2016




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini sudah tiga belas hari kita berada dalam tahun 2016 . Bukan itu sahaja , esok cukup 14 hari atau dua minggu aku kosisten update diary of the day aku ini . Cehwah , ini merupakan satu pencapaian awal tahun baru yang bagus untuk diri aku . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal ini :


  • Persiapan tahun baru cina 
Tadi ain pergi gym dan seronok melihat persiapan mereka (oh , gym yang ain pergi ini majoritinya chinese dan foreigner . Nampaklah diorang tengah mengecat padahal cat dekat dinding itu masih cantik lagi . Mungkin pada diorang , akan ada 'ong ' kalau semuanya baru kan . Bukan itu sahaja , pihak gym tu siap dah letak notis sebagai peringataan 1-15 februari mereka tutup . Fuh , almost 2 weeks jugak gym tutup . Nampaknya kena workout di rumah lah .Hehehe .  Staff dekat gym aku pergi ni best dan kebanyakkannya mereka friendly . Aku pernah dengar diorang akan direward oleh bos diorang pergi vacation bukan dalam Malaysia hokey ! Luar negara . Kau rasa ? Hahaha . Aku tak nafikan gym ini memang customers pagi - malam ada orang . Jadinya tak hairan lah kalau bos mampu untuk reward staff dia vacation ke luar negara .

  • Stalker anak jiran lagi
Kira kira jam 3;30 petang , anak jiran yang suka stalker tu mesti akan balik dari sekolah agama . Kali ini dah tak tertinggal van lagi . Hahaha .(Incase ada yang tak baca lagi kes ini , boleh refer entri yang ini ) . Bagus driver van itu , siap hon supaya kak tina (maid bebudak tu) alert untuk bukak gate . Bukan itu sahaja , driver tu siap babai diorang lagi  manakala yang dua ketul anak jiran itu siap main PR (public relation) lagi ,cakap "Terima Kasih Bang!" . hahaha .Kau tengok bebudak sekarang , tapi baguslah kan sekurangnya berbudi bahasa . Oh ,kenapa aku boleh alert diorang balik dari sekolah agama ialah kerana bunyi hon van itu sangat lah mencapap (incase korang tak tahu maksud dia ) mencapap = mencari publisiti , ejaannya sebenar mencapub.  Tapi aku suka eja mencapap .Lagi senang nak sebut. hahaha. 

Teringat kes mencapap ni , masa aku belajar dekat Uitm Merbok ,Kedah . Aku dengan selamba menggunakan perkataan itu dikhalayak ramai yang tak faham maksud perkataan itu . Weyh , kawan aku sound tepek aku , "Ain kau mecncarut ke ?" . Hahaha . Selepas kejadian itu , kawan kawan utara aku selamba caka perkataan itu .Hahaha.


Hmm , itu sahajalah diary of the day aku hari ini . Okay , Bye !

9 comments:

Aienienka Peter said...

tahniah berjaya konsisten~ teruskan. sy setia menanti dan membaca sampai hari 366 in syaa Allah.

Nao Mei said...

Baru 13 hari dik..chaiyok..hihi

Aisya Ahamad said...

Kat ofis ni pun samaa. Dh ready dh nk bercny nampaknya. Heheh

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui trtrik bab gym tu..heee..bestnya dpt p gym

Syaza Raihanah said...

Wah, main gym rupanya Ain. Chaiyokk! :D

Zura Tahir said...

Hai ain...balas kunjungan

Asha Lya said...

Prkataan baru taw ari ni...rajinnya ain pegi gym

YieN said...

Wahhh.. Keep it up :)

Ahmad Hasif said...

Selamat konsisten selama 365 hari ya...


Blogwalking sini

Black & Decker Cordless Drill CD9600