29/366 : DIARY OF THE DAY -29 JAN 2016

10:39:00 PM





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , kita masih diberikan ruang dan peluang untuk hidup di muka bumi ALLAH ini . Terima kasih ALLAH . Di kesempatan ini , ain ingin memohon kalau ain tak sempat nak  terjah blogwalking dan tinggalkan komen dekat blog uolls semua . Sorry ya ! I'm too pack to handle my schedule . :)   Jadinya untuk hari ini , aku nak share entri tentang :


  • Tak ada selera makan !
Huaaa , yang ini sangat sedih . Rasa macam hari ini tak larat sangat , nak makan pun tak ada selera . Banyak rasanya aku ber'zakat' dekat kucing belakang rumah . Oh , kitorang dekat rumah kalau makan tak habis ke , memang selalu 'zakat' dekat kucing  . Hahaha . Jujurnya , tips nak kurus atau tak makan berlebihan , 'zakat' ka aje kepada haiwan . Belakang rumah aku bukannya port kucing je , burung pun makan juga . Hahaha . Burung selalunya makan nasi , roti . Kalau baling ikan , ayam ke kucing la yang makan . Hahaha . Dah macam mini zoo dah dekat belakang rumah aku . Tapi seronok tau bila kasi makan dekat haiwan , sekurangnya tak membazir masuk tong sampah . Sekurang kurangnya makanan itu dimakan kan .  

Tapi , nak minta tolong korang doakan ye ain ada selera makan esok . Hahaha . Tak best oh hilang selera makan . :(


  • Misi mencari makanan sihat (eat clean)
Untuk proses kurus mengurus ini , the first thing ialah tentang pemakanan . Pemakanan ini yang kita kena jaga paling banyak . Sebenarnya , ianya bukan mudah untuk kita explore sesuatu yang kita tak pernah pun nak ambil tahu dahulunya . Contohnya macam tadi pergi ke jusco , cuba cuba la pergi ke bahagian organic section . Yang ada jual bahan bahan healthy food itu . Susah juga nak faham ingredients yang kita tak pernah nak tahu dulu . Yelah , dulu tahu nasi lemak , nasi ayam penyet , burger . Hahaha . Bukan itu sahaja , untuk dapatkan resepi , aku juga terpaksa merajinkan diri google dan youtube . Sebenarnya , untuk berada di tahap eat clean , being a healthy lifestyle , kita kena kreatif bila kita dah tahu bahan itu duduknya dalam struktur piramid makanan yang mana  . 

Bayangkan lah , kiri kanan kau tengah melantak ayam KFC , kau seketul je makan salad dengan ikan bakar , mesti lah kau rasa macam .."Sedihnya" . Tapi , bila kita dah aim untuk kurus , Insyallah , pekakkan telinga , pejamkan mata . Hahaha .


Oh , esok nak pergi panjat (rock climbing) lagi . I need more rest yeah ! . Assalamualaikum  :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang banyak pahala & kelebihan berbakti kepada binatang. Tapi kadang2 kita yang tak sedar..

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS