Thursday, January 7, 2016

7/366 DAYS -7 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH tak sangka , hari ini dah hari ketujuh aku kosisten untuk menulis diari yang tak seberapa ini . Alhamdulilah . Ini merupakan suatu permulaan perjalanan yang bagus . Doakan semoga aku semakin kosisten ya dalam dunia blog ini . 

Jujurnya , setiap hari aku macam terfikir , apa kebenda yang aku nak update ni haa ? Tapi , kalau kita asyik dengan melayan alasan dan persoalan maka tak jalan lah kerja atau tugasan yang kita hendak lakukan . Sebabnya sesuatu perkara baru untuk kita membiasakannya dalam kehidupan harian kita , kita mesti lakukannya dengan kosisten tanpa berhenti sekurang kurangnya dua minggu ke .Hahaha .Betul ke fakta aku  ini ? Senang cerita , kena lebih dari tiga hari lah kot .hahaha.

Sebabnya , bila kita dah kosisten melakukannya , ia akan menjadi satu habit atau tabiat harian kita . Makanya , aku nak kongsi apa perkara yang aku belum pernah lakukan dulu tapi Alhamdulilah ,dah menjadi tabiat kebiasaan .

  • Minum air suam /panas
Dulu , nak minum air panas ialah bukan kegemaran aku . Tapi , aku ada baca sebab nak kurus punya pasal . Hahaha . Aku belajar juga , aku paksa juga kalau pergi mana mana kalau di kedai , order air suam atau air yang berasaskan minuman panas . Ada aku pernah baca kalau nak kurus jangan minum ais . Tapi tak tahu lah betul ke tidak . Yang pasti , minum ais kan memang tak berapa elok kan . Rasanya , bermula tahun 2014 aku membiasakan diri order air panas . Alhamdulilah , aku jadi suka minum air panas . Bukan itu sahaja , minum air panas ini mengajar kita untuk jadi seorang yang penyabar . Dulunya , aku ni paling anti kalau orang hidang air panas . Hahaha . Tapi , sebab gelojoh malas nak tunggu air tu sampai sejuk  , dan sebab itu lah aku jadi tak suka air panas .

Tapi , bila aku cuba untuk membiasakan benda yang aku tak pernah biasa , Alhamdulilah , benda benda kecil macam gini pun mengajar kita untuk menjadi penyabar . Nampak kan kadang benda yang kecil macam minum air suam ni je ialah satu perubahan yang kita berjaya lakukannya , kita patut rasa diri kita hebat apatah lagi melakukan perubahan perkara yang besar besar .

  • Gila shopping 
Dulu , memang muka aku ini lah gila shopping . Banyak wei barang yang kadang sekali dua pakai je tapi beli . Membazir kan . Ini sifat memang aku boleh katakan perempuan sangat gila meroyan . Ya ALLAH , kalau tudung tu , 20 helai sanggup dia beli . Tapi , tidak pada aku sekarang . Aku rasa lepas aku habis belajar dan lepas arwah ibu meninggal aku jadi anti shopping . Jujurnya , aku hanya beli benda yang aku rasa perlu dan yang hanya aku akan pakai selalu . Apa apa pun , ini atas diri sendiri . Kita mampu ubah tabiat buruk kita itu . Biasanya ain memang akan buat list , siap bajet apa nak dibeli . Jadi secara tidak langsung , aku jadi tahu menilai mana yang wajib beli atau mana yang harus kita say no ! hahaha . 

Sebabnya , aku selalu mind set benda ini dalam kepala otak aku "Alah , is just a piece of THINGS je" . Lagi sekali aku ulang , ini atas diri sendiri .Hanya diri sendiri yang boleh buang jauh jauh tabiat ini , Alhamdulilah , semoga yang ini terus kosisten hilang . Hahaha, Lagi satu , kita mesti menjadi pengguna yang bijak . Is not what you spent it , is how you spent it . ahaks !



Cukup dua perkara yang aku dapat kongsi untuk entri diary of the day aku hari ini . Boleh ain tahu , apa tabiat korang yang dah berubah kearah kebaikan ? Kita share bersama bersama ye . Hahaha . Komen lah dekat ruang komen itu . Ruang komen itu bukan hanya sekadar untuk perhiasan sahaja ye.
Hahaha. Ok, jumpa lagi !

Oh ! "You Are Stronger Than What You Think !"

6 comments:

tarmizi said...

Assalamualaikum dtg singgah. Sy pun masih cari idea nak updated blog

Diya Hanun said...

Tabiat eh, haha.setakat ni belum ada laaa..mseh tak berubah..kih3..

ztie said...

biasa tu. kalau dah biasa jadi tabiat. mesti rasa pelek kalau tak buat. hehe lama jugak dah berhenti blogging ni. bila dah buat konsisten sikit dari sebelum new year hati tu. terasa macam kekurangan pulak kalau tak update.

Asha Lya said...

Thnks taw join bloglisy lya
lya setakat ni x da lgi perubahan sikap hhaha

Aisya 사구라 said...

sekarang pun saya ada perubahan bab shopping tu. memang kena fikir kita akan guna ke tak benda tu

Mizz Aiza said...

Semoga terus istiqamah.. Tapi kalau shopping tu memang kena kawal nafsu..