32/366 : DIARY OF THE DAY -1 FEB 2016

11:12:00 PM

 



Assalamualaikum dan hai kepada uolls . Its February yo! Sangat sangat excited . Hahaha . Sebab 8 Februari ini birthday aku yang ke doplolima tahun . Its not that old right? Ahaks ! :)  Alhamdulilah , ALLAH bagi izin kita semua untuk terus menghayati kehidupan di muka bumiNya . Hari ini aku nak cerita pasal :


  • Sesi mengemas dapur rumah
Alhamdulilah , hari ini aku ada sedikit kekuatan untuk mengemas dapur rumah . Macam biasa , aku akan fikir dulu yang benda itu nak letak mana , benda ini nak letak mana , sebab aku tak suka buat kerja dua kali . Hahaha . Sekali ubah dah kena dan sedap mata memandang . Itu pun tak habis lagi tuh . Aku ini jenis cerewet sedikit kalau bab mengemas sebab pada aku , biar penat sekali ,jangan penat berulang ulang kali nak buat benda yang sama . Kan bosan itu . Lagipun lepas ini  , aku nak fully utilize oven dan mikrowave aku tuh dengan projek memasak makanan sihat dan colourful . Hehehe . Kan best kalau masak sendiri at least kita tahu apa ingredient nya kan . Bukan itu sahaja , bila dapur dah bersih dan sedap mata memandang , kita pun tak jadi kelam kabut pinggan letak mana , bawang letak mana kan . Korang pun kena juga tau merajinkan diri mengemas dapur rumah . Secara tak langsung , kita akan jadi seronok duduk rumah sebab pemandangan nya sangat indah . Hahaha . 


  • Karen tadi tak ada kejap !
Tadi pagi sampai pukul 3 petang karen (eletrik) , bahasa pasar sangat main sebut karen je . Hahaha . Sekitar jam 10 pagi - 3 petang tak ada bekalan elektrik di kawasan rumah aku . Memang dah dapat notis dah . So , tak ada lah macam terkejut sangat . Aku pun apa lagi , itu yang mengemas dapur rumah . Sebab tak ada elektrik , unifi rumah dah komfom komfom lah off . Makanya , aku buat lah kerja kerja bakal isteri mithali ni . Hahaha . Bukan itu sahaja , nasib broadband masih ada bateri lagi , whatsapp group makcik makcik jiran pun berbunyi lah . Ada makcik itu siap check in hotel bajet lagi . Hahaha . Amboi , tak tahan sangat panas gamaknya . Hahaha . Pada aku tak ada la lama sangat . Lagipun , angin kuat dekat luar ,bukak pintu dan tingkap luas luas , pergh feel beb layan angin kuat tadi . Hahaha . Bukan group makcik makcik jiran je yang bising , tetiba wujud group baru pula , ada group "Team Holiday" pulak . Dahla yang dalam group itu semua perempuan gila shopping . Fungsi utama holiday bukannya nak pergi tengok tempat baru dan lain ,tapi lebih kepada shopping . OMG ! . That was not me at all . Kang kalau leave group nampak sangat aku tak menjaga hati pihak sekeliling . Hahaha .


Makanya , cukup lah dua cerita aku pada hari ini . Assalamualaikum :)



You Might Also Like

5 comments

  1. salam singgah ain.. umur kita sama la hihi tapi eija lahir bulan 5 winkwink.. muda sikit la kan. anak dah dua :p

    ReplyDelete
  2. SELAMAT BERDOPLOLIMA TAHUN NANTI..HEHEHE

    ReplyDelete
  3. Best entri...rajin2 blogwalking blog ni....lokmanamirul.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. X lma lgi birtgday girl...hope smuanya d prmudahkn ya

    ReplyDelete
  5. Salam ukhuwah. Btw kt suka la group team holiday tu. Mesti kaki travel kaki hopping n kaki gosip. Hehe

    ReplyDelete

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS