31/366 : DIARY OF THE DAY -31 JAN 2016

 





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Yeay ! Aku rasa sangat happy sangat atlast sepanjang bertahun lamanya aku berblogging , aku berjaya completekan sebulan diary of the day aku . Walaupun bukannya seronok sangat ke apa , well aku sebenarnya bukan jenis ada jiwa penulis . Hahaha . But , at least aku cuba . Itu yang buat aku rasa bangga kepada diri sendiri . Alhamdulilah , ini entri hari 31 diary of the day aku . Doakan aku semoga kosisten ye sampailah hari ke 366 iaitu 31 disember 2016 nanti . Hehehe . Makanya ini cerita aku pada hari ini :


  • Tengok orang cina makan malam awal waktu 
Maaf , aku bukannya racist nak banding bandingkan ,tetapi tadi petang aku lepak Danga Bay , Johor Bahru dekat  bahagian kedai makanan seafood . Aku lihat ramai chinese dah get ready nak serve makan malam diorang beramai ramai bawa keluarga . Tapi , waktu itu ,kita banyak habiskan masa diatas jalan raya menghadap jem sampai pukul 8 malam . Dah penat mesti tak ada masa nak habiskan dengan keluarga . Entahla , aku rasa itu lah erti kebahagiaan pada aku , melihat keluarga makan ramai ramai satu meja ,which kita memang spent our time together hari hari bukan kadang kadang . Pada aku , jiwa kekeluargaan itu memang dah sangat sebati dalam diri tak aku nafikan itu telah di didik oleh arwah ibu aku . Arwah ibu aku selalu pesan , jangan sesekali lupakan keluarga . Sebab itu aku rasa macam weyh , bahagianya keluarga itu hari hari boleh spent masa bersama . Nikmati kehidupan bersama sama . Tak ada lah tunggu time raya je nak berlonggok . Hari hari boleh berlonggok bersama . Kan seronok tuh . Insyallah , aku nak keluarga aku macam gitu . Boleh spent masa setiap hari bersama walaupun masing masing nanti dah kahwin dan berkeluarga . 



  •   Tentang luahan hati dan perasaan
Cehwah , yang ini macam feeling sangat kau ain ! . Hahaha . Secara peribadinya , dulu kan masa zaman belajar , kawan aku cakap  ,"ain , aku rasa kau boleh jadi pakar motivasi weyh . kau pandailah bab advice orang" . Tapi , lepas arwah ibu aku meninggal , haaa kau rasa boleh ke nak advice bagai padahal hati kau tengah depressed terlampau , muka kau sedih hari hari ? Ambil masa yang lama untuk aku back to normal to accept the fact , untuk kutip semula keyakinan diri macam dulu dulu . Alhamdulilah , tak sangka hari ini , ramai kawan kawan aku selalu mesej minta advice itu ini . Bab cinta lagi . Wey ,aku pun single mana layak nak nasihat orang bagai ini . Hahaha . Sebenarnya , kita ini nak kan orang yang mampu mendengar apa yang kita rasa ketika itu . Itu saja . Jadinya , be a good listener . Itu apa yang aku dalami selama aku jadi pendiam lepas arwah ibu aku meninggal .Aku jadi pendengar . Selalu mendengar apa yang orang kata . Kadang kita tak sedar yang , kita asyik rasa kita betul , kita pun apa lagi , cakap je lah tanpa kita langsung tak pandang siapa yang sedang mendengar apa yang kita sampaikan . Secara tanpa kita sedari , kadang kita melukakan hati orang itu . Nampak tak betapa power gila menjadi pendengar yang baik ? So , kalau kawan kau tengah buat sesi luahan hati perasaan , kau dengar dan layan kan je . Insyallah , you will learn something from other people stories . 



Cukup la apa yang aku larat dan mampu sampaikan . Aku nak mintak maaf juga , sebab aku dah jarang blogwalkng lately ini . Sorry bebeh ! Hahaha :)
Assalamualaikum dan semoga ALLAH sentiasa pelihara kita semua .

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Yup makan hari2 duk semeja mmg bez. Mcm2 kerenah ada nnti.. Haha..

    Be a good listener is the bestt.. Keep it up...

    Blogwalking sini

    The New Minded

    BalasPadam
  2. Salam Kenalan kembali....

    Saya follow awk blik sbg follower ke 1415....

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.