KERANA CINTA ITU SUKAR DITAFSIRKAN

KERANA CINTA ITU SUKAR DITAFSIRKAN

aku ain kau siapa
lokasi : Pulau Belitung , Indonesia

Peh,baca tajuk rasa macam 'sesuatu sangatkan' . Hahahaha. Tiber kan kau Ain nak update pasal cinta. Aku terasa mahu diluahkan disini. Di diary of my life aku. Kalau rasa geli, ala, sekali sekala nak jiwang. Hahaha. Orang cakap , perempuan kasar macam aku ni sebenarnya romantik. Puih* puji diri sendiri. 😜

Cinta.. Semua orang ada kisahnya yang tersendiri.


Aku banyak melihat majoritinya termasuk aku juga lah jenis spesis perempuan yang cinta kepada seseorang sedalamnya. Orang kata , kalau kita cintakan seseorang, jangan bersungguh sangat, nanti terluka sakitnya sukar dirawat. Entahlah. Dah ramai yang aku lihat perempuan mencintai lelaki sedalamnya. Termasuklah arwah ibu ku. Sebenarnya, aku pernah ada kekeliruan tentang ini. Mahu mencintai seseorang itu bersungguh-sungguh atau pun yang sedang sedang saja. Hahaha. Tiber teringat lagu dangdut ,"Sedalam-dalamnya lautan india, Lebih dalam lagi cintaku padanya,Sesuci dan sebeningnya embun pagi,Begitulah cintaku pada dirinya, Dia nombor satu pilihanku,Dia nombor satu idamanku,Gadis sepertinya yang ku mahu, Yang sedang sedang saja,Yang sedang sedang saja" Opps ternyanyi!

Lalu, apa pilihan yang aku ada?

Aku banyak bertanya kepada kawan-kawan yang sudah berkahwin. Ada yang menasihatkan aku kalau belum ada serius relationship, simpan sedikit perasaan itu. Kena bertegas pada diri sendiri. Kalau terluka tak ada lah dalam sangat parutnya. Bila someone tu memang serius nak dekat kau dan halalkan kau barulah tunjukkan perasaan itu. Gittew. Aku? Yer, kalau ditanya aku ni dalam kategori perempuan bodoh dalam bercinta. Hahaha. Aku jenis straightforward , outspoken. Aku tak reti nak berkias-kias. (Ni nak suruh crush baca ke ape ni ayat macam nak promot diri sendiri je ni) Hahaha.

Tapi, aku ingat pada  baris skrip dalam filem Istanbul Aku Datang

Skrip Lisa Surihani dan Beto

Harris : so, macam mana? masih benci dengan Istanbul?
Dian : entah la awak. ada saya fikir. mungkin lebih baik kalau saya tak datang. tapi kalau saya tak datang, mungkin saya takkan tahu yang saya ni bodoh dan senang kena tipu.. kan?
Harris : bodoh ke? orang bodoh mana ada bergantung pada diri sendiri, awak. walaupun dah kena tipu, awak masih tak ada minta orang lain bantu awak. lepas tu bila awak ada masalah dengan housemate awak yang comel dan periang tu, pun awak handle sendiri jugak. dan yang paling hebat, awak boleh jumpa maggi asam laksa kat Istanbul. haa.. memang tabik!
Dian : Tapi, hakikatnya.. saya tetap kena tipu. dengan orang yang paling saya percaya pulak tu.
Harris : tapi siapa yang tak pernah kena tipu? mak saya pun pernah kena tipu dengan saya masa saya ponteng sekolah dulu. tapi tak bermaksud yang mak saya tu bodoh. cuma, kita senang percaya dengan kejujuran orang. lagi-lagi dengan orang yang kita sayang.
Dian : okay, kalau girlfriend awak buat macam tu..awak buat apa?
Harris : sebenarnya memang pernah jadi pada saya pun.
Dian : wow.. tak sangka.
Harris : tak sangka? tak sangka yang saya ada girlfriend ke apa?
Dian : tak sangka orang yang berpendirian macam awak ni pun boleh kena.
Harris : siapa yang boleh jamin yang diri dia selamat?
Dian : jadi awak buat apa?
Harris : saya maafkan dia.
Dian : kenapa?
Harris : bila dua hidup dah sebati, tak semudah itu untuk dileraikan.

"Bila dua hidup dah sebati tak semudah itu untuk dileraikan" - ❤️

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. iyaaaa cinta itu sukar ditafsirkan...kadang orang lain melihat cinta perlu diluahkan dengan kata2...kadang orang lain melihat cinta itu hanya perlu dengan tindakan...alangkah indah jika cinta itu diluahkan dengan kedua-duanya...gitchewww

    BalasPadam
  2. Betul sangat. Kadang2 sebab tu nampak mcm complicated

    BalasPadam
  3. Pada saya.lebih rela melupakan dari terus mengenang perkara lepas meskipun ianya bukan mudah.tapi lebih rela tunjuk diri ni kuat dan tak berpaling lagi.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.