INDAHNYA AGAMA ISLAM

My roomate Kak Sunah Sakura for this trip. 😊

INDAHNYA AGAMA ISLAM


Sewaktu aku menaip ini , aku sedang dalam trip ke Pulau Belitung. Kami naik flight dari Changi Airport Singapore. Sewaktu di Changi ni lah aku nampak betapa indah sebenarnya agama Islam. Subhanallah. Aku kagum sangat. Terus aku rasa memang benarlah aku ini sangatlah kerdil. Sangatlah tak ada apa-apa melainkan semuanya pertolongan dariNya. Tuhan.

Kita sememangnya HambaNya...

Sampai je di Changi Airport ,kami check in luggage dulu. Selepas itu terus cari surau. Okay, pertama kalinya aku bukan mahu nak menunjuk-nunjuk solat ke apa. Tidak. Aku seboleh yang mungkin mahu sorok hubungan solatku kepada Tuhan. Tapi, sewaktu di surau itu , aku terpegun. Ya Allah , aku melihat pelbagai pelusuk manusia sedang solat.

Tak kira la warna kulitnya bagaimana, pakaiannya macam mana dan pelbagai pelusuk negara. Well, no doubt . Changi Airport is one of the best airport yang aku pernah tengok. Maka nya dengan itu, kita boleh nampak lah macam-macam Negara sedang berkumpul disitu. Wahai manusia , janganlah kita padang sesama kita hanya kerana pakaiannya. Janganlah kita pandang rendah kepada dia hanya kerana dia tidak menutup aurat dengan sempurna. Kerana tidak ada manusia yang sememangnya sempurna. 

Tentang hubungan kita dengan Tuhan. Itu tak usahlah kau orang canang satu dunia. Itu rahsia kita dengan Sang Pencipta. Aku nampak ramai pramugari solat. Dari mata kasar, mestilah aku boleh nampak macam mana khusyuk nya dia solat. Allahuakbar. Dalam hati aku terus rasa sayu. Masa nak sarung tudung berdiri depan cermin, aku lihat diri aku. Banyak yang perlu diperbaiki. Aku nak sangat jadi hambaNya yang benar-benar taat pada perintahNya.

Itulah kesempurnaan yang boleh kita dapat di dunia ini kan. Betul la orang kata, jangan nilai seseorang hanya pada luaran yang kita lihat. Tapi pandanglah dia dari hati. Salam rindu Ain dari bilik berita Pulau Belitung, Indonesia. ❤️

2 ulasan:

  1. iyaaa betull tu mbakkk...sisturr pun kagum tengok pramugari solat kat belakang...alhamdulillah..cumanya, surau changi hanya ada di terminal 3 departure hall..tak ada di terminal lain, itu yang jadi susah sebab jarak dari terminal ke terminal sangat jauh...

    BalasPadam
  2. Tiada manusia yang sempurna tapi kita berusaha untuk sempurna meskipun tetap tak mencapai kesempurnaan. Apa ntah aku merepek ni.

    BalasPadam

Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”.Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”.Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa”.Hahaha.