84/366 : DIARY OF THE DAY - 24 MAC 2016

11:43:00 PM



Assalamualaikum dan hello kepada semua. Alhamdulilah , hari ini dah hari ke 84 kita berada dalam tahun 2016 . Semoga hari hari yang akan datang memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua . Jadi , aku hari ini macam tak ada idea nak menulis . Argghh , yang ini rasa macam adoiyai , nak tulis apa lah seyh ? . Okay , makanya terimalah apa sahaja yang aku merepek ini okay . Hahaha .



  • Suka gila lagi pencuri hati ayda jebat !
Semua yang ada ada pada dirimu , membuat aku ku ku jatuh cinta , come on baby say you love me love sayyou love me . Hahaha . Jangan kecam aku ! Lagu ini memang dah tertimbus menembus ke jantung aku ! Aku suka nilai satu satu lagu itu dari liriknya. Ternyata lagu ini berjaya membuat aku tergedik tersuka terjatuh hati . Hahaha . Tak caya cuba korang dengar , mesti rasa nak berjoget je . Tapi , version yang paling aku suka ialah versi cover hael azhael . Korang boleh search dekat youtube hael azhael -pencuri hati . Sumpah ! It feels you ! Aku memang kalau dengar , adoi , menusuk ke kalbu . Hahaha . 


  • Makan sayur mentah cicah kuah kacang
Okay , tadi aku makan steamboat . Well , dekat johor bahru ini nak cari benda cucuk cucuk ini senang je . Dekat jam besar dataran bandar raya johor bahru . Situ memang port nak makan steamboat yong taufu . Dekat sini punya style boleh cicah dengan kuah kacang dan sup . So , aku beli bungkus je tadi . Sebab aku add on sayur sebagai pelengkap meal makan malam aku . Hehehe . Sayur memang banyak aku makan . Abang aku cakap , " sedap ke makan cicah gitu ?" . Sedap woi . Hahaha . Sayur mentah ni lagi sedap dari masak lepastu bubuh garam macam orang kedai masak . Aku dah tak boleh sangat makan sayur yang kedai masak sebab rasa masin . Sayur mentah yang aku makan tadi is lettuce , salad , kangkung . Fuhh , nikmat gila . Hahaha . Ingat , sayur makan lebih lebih tau !  Pilih sayur yang tekak kau boleh terima . 


Okay , cukuplah untuk hari ini . Mohon maaf kalau diary of the day aku ini agak bosan , sunyi , sendu dan tak best . Hahaha . I'm just a normal person ! Assalamualaikum ;)

You Might Also Like

0 comments

Ain nak ucapkan terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Segala penulisan dan kandungan di dalam blog ini ialah dari ain dan rakan kenalan sekeliling serta dari carian google.

Nota cinta :
Blog ini merupakan blog peribadi yang ain jadikan sebagai 'Diary of the day'.Sorry la kadang ain guna, “ain” kadang “aku”. Perasaan membaca ni kadang lagi sedap ber “aku”. Kes itu kita letak terus “akuainkausiapa” . Hahaha.

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh menghantar terus ke email peribadi ain iaitu : nurfarahain91@icloud.com

JDT BLOGGER

SUPPORTERS