37/366 : DIARY OF THE DAY -6 FEB 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah hari ini masih diberikan kesempatan untuk terus hidup . Minta maaf hari ini tak sempat nak blogwalking memandangkan hari ini agak sibuk sedikit Tapi , update diary of the day tetap akan sentiasa buat hari hari . Insyallah . Hari ini nak update :
- Tak boleh nak high expectation sangat !
Dalam setiap benda yang kita buat , kadang kadang kita rasa macam orang anggap high expectation pada kita , tapi bila kita tak achieved apa yang di expect itu , huwaa. Aku jadi macam , betul ke orang expect aku lebih ? Tapi , itu tidak mematahkan semangat aku . Itu tambah buat aku jadi lebih bersemangat .Insyallah akan buat lebih dan lebih lagi supaya capai KPI itu . Wah , KPI bagai ! Ini semua poyo ! . Hahaha .
- Suka tengok english movie
Jujurnya , sepanjang kebangkitan ain selepas arwah ibu meninggal , ain banyak dedahkan diri ain daripada tengok english movie . Sebabnya banyak kan kita tengok english movie yang menceritakan tentang dari mula sampai mencapai kejayaan . Dari situ , banyak pengajaran yang aku dapat dari tengok english movie . Bukan aku ini tak tengok cerita melayu , tapi terlampau banyak sangat tentang cinta cinta cinta , sampai aku rasa macam , adoyai , it never bring me up lah ! Makanya , tak salah kalau kita pilih apa cerita yang kita nak tengok sebab ianya kan memberi kesan kepada kehidupan harian kita semua . Please dont say aku poyo ke ape , its just that , aku lebih suka melihat cerita yang ada full of moral story rather give nothing to my personal life . Cehwah ! . Hahaha .
Cukup lah untuk hari ini , aku agak kepenatan menaip . Wahaha . Assalamualaikum :)
36/366 : DIARY OF THE DAY -5 FEB 2016
Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :
- Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat meneruskan kehidupan .
- Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .
Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha .
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)
SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE
SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE
klik banner untuk join
Tempoh segmen ini dari 1 Februari 2016 hingga 29 Februari 2016
Segmen Ucing Nak Url 3
Segmen Ucing Nak Url 3
Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?
Syarat-syarat nya Mudah :
1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.
Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!
Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?
Syarat-syarat nya Mudah :
1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.
Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!
Langgan:
Catatan (Atom)