Hai ! yaya cendana . Nama saya nur farahain . boleh panggil saya ain . Oh , ain follower yaya ke #305
1/366 DAYS - 1 JAN 2016
Hari ini dah tahun baru . Tahun 2016 . Semua atau majoriti nya semua dah buat list apa yang nak dicapai , senang cerita azam tahun 2016 . Apa apa pun , Alhamdulilah dan terima kasih ALLAH kerana masih memberikan kesempatan kepada kita semua untuk terus hidup di muka buminya .
Tahun 2015 nampak sangat sikap pemalas aku nak update blog , boleh kira berapa kali sangat aku update . Jawapan dia PEMALAS . Itu sahaja ! . Tutup cerita tahun 2015 , sekarang dah pun 2016 lah uolls .
Untuk tahun 2016 ini , aku telah bertekad (cewah , ayat nak gampang sangat) . Aku nak hidup kan semula diary of my life yang aku sendiri buat dulu masa zaman sekolah . (ala , kantoi pulak ) . Iya , zaman sekolah dulu aku suka tulis diari misalnya macam kena marah dengan ibu lepastu merajuk sorok dalam bilik , waktu makan baru ibu masuk bilik pujuk kita dan macam macam lagi . hahaha . Lepas dah habis SPM , rasa macam semak bilik terus buang dan terkubur dah kenangan semua itu .
Bukan itu sahaja , sebenarnya aku bukannya pandai menulis sangat . Aku lebih suka bercakap tapi masa sekolah teknik , cikgu bahasa melayu aku cakap "awak tak layak masuk pertandingan debat" . Nak je waktu tu aku cakap , " cikgu ,saya memang suka bercakap , tapi saya tak suka berdebat . tak semestinya orang yang suka bercakap itu suka berdebat !" . hahaha.
Sebenarnya , jiwa menulis itu aku sendiri mahu rasa kerana ibu dulu suka menulis . Ibu juga teringin nak jadi penulis novel tapi dihalang oleh atuk . Aku pernah baca karya karya ibu . Sumpah , menusuk jiwa. hahaha .
Jadi , insyallah , aku nak belajar kosisten untuk menulis dengan ada jiwa , menulis dengan ada rasa supaya aku dapat berkongsi perkara yang positif kepada orang ramai hanya dengan penulisan . Oh , aku mulakan tahun 2016 ini dengan :
- Update blog
Alhamdulilah , aku paksa juga nak update blog , ubah template , ubah design . Maaf ya , blog sedang di update. Hahaha. Makanya , agak serabut sedikit. Insyallah , beberapa hari nanti sedapla mata memandang .
- Masak roti telur hotdog & ayam kukus
Untuk breakfast , aku sempat sediakan roti telur hotdog (ala , roti telur pastu gulung kan je dengan hotdog tu ) untuk keluarga dan jiran . Kesnya , roti gardenia dah nak expired makanya kenalah habiskan semuanya . Lepastu pula , jiran rumah sebelah aku ini memang selalu bagi makanan , segan woi rasanya , misalnya , diorang hulur nasi ayam siap cantik decoration , aku kasi roti telur hotdog je. hahaha. Rasa bersalah biarkan pinggan mangkuk jiran sebelah lama lama dekat dalam dapur kita. hahaha.
Seterusnya , ayam kukus pula ada beli masa dekat Giant , ayam tu dah siap marinate , nak masuk dalam microwave macam dah selalu . Makanya kita buat kukus je ! Lagi lembut dan sedap .
- Baca azam & ucapan tahun 2016
Biasala , awal tahun awal hari kan , seronok melihat bersemangatnya hamba hamba ALLAH menceritakan azam azam mereka . Ada makcik jiran siap whatsapp aku lagi , terharu sangat rasanya. hahaha. Yela ,kita kan dah takde ibu . ( Ibu , ain tengah belajar menulis ibu)
Makanya , itu sahaja la apa yang mahu aku kongsikan kepada uolls . Sebab aku nak sambung edit blog. Serabut tengok html coding kebabomm tu haih.
Ikhlas ,
-Seorang perempuan yang dah nak berumur doplolima tahun-
MASA
Takkala ramai para bloggers seronok mengira berapa banyak entri yang telah ditulis , aku masih terhegeh hegeh terfikir tak tahu nak update apa . Kesian sangat kan pada aku . Sepanjang tahun 2015 ini , aku pun tak tahu apa sebenarnya yang mahu ditonjolkan dalam blog ini . Sebab mungkin aku tak tahu dan tak kenal diri sendiri.
Sepanjang tahun ini sebenarnya aku lebih banyak mencari diri aku yang dulu . Diri aku yang sebelum ini , sebelum arwah ibu pergi .
Orang boleh senang cakap , "Weh , aku tengok kau sama je ain macam dulu!"
Tapi , semakin hari , aku kutip semula identiti aku. Siapa aku! HAHAHA.
Kau ingat barang ke apa , main kutip kutip lepastu cantum semula.
Sebab itu , aku jadi macam celaru , kadang ada masa aku suka senyap . aku diam sampai aku akan rasa annoying kepada sesiapa yang memekak di depan aku.
Alhamdulilah , ALLAH berikan aku ruang . ALLAH berikan aku masa . ALLAH didik hati aku . Baikkan Dia . Kenapa kita bila sedih je cari Dia ? . Sepanjang aku mencari kembali diri aku , aku selalu cari Dia . Sebab Dia mampu mengubat hati aku . Sebab Dia Maha Mendengar.
Terima Kasih ALLAH , untuk setiap detik masa yang kau berikan kepada kami.
Insyallah , aku sedia untuk terima dan harungi tahun 2016.
Oh ya , aku terlupa nak kredit kata kata dari The Faiz Ibrahim .
Kata kata dia banyak kembalikan diri aku.
Terima Kasih daun keladi . HAHAHA.
Langgan:
Catatan (Atom)