Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . How was your day today ? Aceceh , speaking london uolls . Alhamdulilah , hari ini dah 20 hari kita berada dalam tahun 2016 . Februari are coming soon ! Tak sabar , sebab birthday kita . Hahaha . Hari ini , apa yang aku nak kongsi kan dalam diary of the day aku ialah :
Dulu dulu , arwah ibu ain selalu masak ikan steam bukan steam limau tau , tapi steam kicap tu haa . Kebetulan , ain kan tengah dalam proses kurus menguruskan badan , makanya ain pun dengan gamble nya buat lah , tanpa sebarang bawang atau sebarang bahan sebab tak pergi beli lagi dekat pasar . Hanya letak kicap je dan alhamdulilah , sedap weyh . Mungkin sebab ikan itu sendiri dah memberi rasa juicy kan . Hehehe . Jadi , lepas ini dah tau lah nak masak apa kalau tak ada bahan langsung . Makanan sihat kan .
Sebenarnya , aku bukan lah sejenis manusia yang obses pada air masak , dulu tak boleh terima langsung mesti nak minum air manis , tapi lepas ibu sakit dan meninggal 2013 , aku terus bertekad yang mesti kena suka juga minum air masak . Sekarang , air masak dah macam bff aku sekarang , pergi mana mana aku mesti tak lupa bawa botol air masak aku tu . Korang pun cuba jadi kan itu sebagai habit tau , jangan sampai ada penyakit tau . Aku trauma sebenarnya bila dengar bunyi ambulans , bunyi mesin dekat hospital itu , aku terus teringat pada arwah ibu aku . Ya ALLAH , tolong jadikan ini sebagai pengajaran untuk korang sebab arwah ibu aku dulu suka minum air teh tarik . Mesti setiap hari nak minum , masa dekat hospital pun sama . *Teringat dulu selalu suapkan ibu makan . Ala , tertacink pula . Dah , aku tak nak nangis dah ! .
Okay , itu sahaja la apa yang aku boleh kongsi untuk diary of the day aku hari ini . Jumpa esok yer !. Assalamualaikum .