22/366 : DIARY OF THE DAY -22 JAN 2016



Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ain nak minta maaf sebab hari ini memang tak sempat nak blogwalking singgah ke blog rakan rakan blogger dan juga drop a comment . Seawal pagi lagi i am freaking damn full with my activity . I really love that . Aku ini sejenis manusia yang suka aktiviti yang penuh bukan nya duduk dalam bilik layan korea macam gegirl yang lain . Hehehe . Ini apa sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan korang semua ye :


  • Impian nak kurus
Jujurnya , sepanjang perjalanan aku nak kurus ini , banyak yang aku belajar terutama sekali tentang lifestyle . Selalu kita salahkan sekeliling kita sebab hasut kita makan nasi lemak  waktu breakfast , lunch hour penuh pinggan sampai tumpah , petang makan keropok lekor , malam makan nasi ayam penyet , supper melantak burger . Kenapa kita tak tunding jari itu kepada diri kita sendiri  ? Sebabnya , yang nak masukkan makanan itu ke dalam mulut kita ialah tangan kita sendiri . Jadi , kenapa nak salahkan orang sekeliling punca kita jadi gemuk . Sebenarnya , aku banyak baca kisah kisah transformasi orang gemuk jadi kurus dan fit , memang betul sepanjang perjalanan proses untuk kurus itu , mereka mesti sedih , kecewa dan pelbagai lagi . Tetapi , pengalaman sepanjang proses itu hanya kita akan dapat rasai bila kita melaluinya dengan hati yang terbuka . Its okay , to be sad , but esoknya , wake up with a new positive spirit . Itu apa yang aku selalu cakap pada diri aku .


  • Kehilangan
Sebenarnya , aku sejenis manusia yang bukan mudah give up . Tapi , bila ibu aku meninggal , aku jadi seorang manusia yang demotivated serta sangat selekeh . It take so much time for me to recover the pain . Sampai aku tersedar bila mana , aku dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH ini , dia cakap , "Ain jangan sedih . Insyallah , nanti ain dapat jumpa ibu dekat syurga . Sekarang ini ain kena kuat , ain nak jumpa ibu dekat syurga kan ? ALLAH dah jaga ibu dah sekarang . Ain jangan risau tau" . Alhamdulilah , semenjak itu , aku jadi satu macam , kalau aku sedih , aku selalu mengadu kepada Dia . Terima kasih ALLAH , kerana kau pelihara hati hamba mu ini untuk terus kuat . Korang  , tipu lah kalau aku cakap senang je nak recover the pain itu . Semua itu penipu ! . Satu je aku nak pesan , terus kosisten mendekati Dia . Kerana Dia tidak pernah jauh dari kita . Refer to Him . Because Dia Maha Mengetahui Segalanya. Aku tersedar yang aku jadi macam demotivated bila mana aku jadi malas nak keluar rumah , selekeh nak mampus , makan entah apa apa  , berat naik mendadak sampai la aku sedar yang baju aku banyak dah tak muat dan untuk pertama kali aku kena pakai XXL . Ketika aku sedar , woi ! That enough of your sadness ain ! Sampai bila kau nak seksa diri kau ? Insyallah , untuk tahun ini , aku slow slow enjoy my journey untuk kurus . I love to have the experience where I can share to people .  Insyallah . 


Makanya , itu sahaja la ye apa yang aku mampu share . Esok full dari pagi sampai petang ada benda nak kena buat . Insyallah . Assalamualaikum . Bye!