23/366 : DIARY OF THE DAY -23 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 23 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH , cepatnya sungguh masa berlalu . Hari ini , aku nak minta maaf sangat sangat , aku tak dapat nak blogwalking lagi . Dari pagi sampai petang penuh aktiviti . Maklumlah hari hujung minggu kan . Jadi , ini la sedikit sebanyak apa yang aku terdaya nak kongsi pada uolls :
- Si Kepoh Yang Pendiam
Dulu , memang aku ini sejenis manusia yang kepoh non stop bercakap je kerja . Sehingga kan kalau disuruh untuk presentation masa study dulu , aku jadi macam , "ala , is just a piece of cake je !" . Nampak ayat berlagak dia . Hahaha . Tapi , hari demi hari , ALLAH bukakan hati aku untuk mendalami untuk menjadi seorang yang pendiam . Mungkin sebab kesan dari aku cuba untuk jadi kuat lepas ibu aku meninggal . Aku jadi manusia yang buat hal aku sendiri . Jadi macam manusia yang hanya melihat sahaja orang , instead of tegur orang itu . Boleh imagine ke tidak ? Alhamdulilah , bila kita jadi seorang pendiam , kita akan jadi lebih kepada seorang pendengar yang baik . Yela , kalau asyik bercakap je tanpa henti kadang kita langsung tak sedar yang kita buat orang terasa hati . Mungkin pada kita ianya gurauan tapi tidak pada orang mendengar apa yang kita cakap kan itu . Jadinya , banyak sebenarnya kelebihan jadi seorang yang pendiam . Hahaha. Tapi , aku tak ada la sampai diam membisu . Terus tak tau nak sembang apa . Hahaha.
- Kampung Sungai Melayu , Johor Bahru
Tadi ada jemputan kahwin di kampung sungai melayu , johor bahru . Ya ALLAH , ain yang orang jb sendiri tak pernah masuk ke kawasan itu . Memang ke dalam . Lebih kurang 7 km meredah ladang kelapa sawit , baru sampai ke rumah orang kahwin itu . Ayah siap cerita lagi , kawan dia tu dulu kalau pergi kerja naik bot . Sebab kampung ini boleh nampak bandar JB . Kitorang siap imagine lagi , "Fuh , kalau diorang nak beli KFC , MCD mesti naik bot kan " . Hahaha . Bukan itu sahaja , ain siap cakap lagi , ingat dekat Sarawak je ada kampung yang kena naik bot , rupanya dekat jb pun ada . Seronok tengok kenduri kahwin tadi . Sebab meriah , makanan pun sedap. Dekat sini pun ada kedai kedai seafood . Insyallah nanti nak cuba rasa sebab ain ni hantu seafood lagi lagi ketam ! OMG !
Itu sahaja la apa yang mampu ain kongsi untuk hari ini . Nak kena undur diri awal sebab esok pagi nak berjoging ! Oh yeah ! . Assalamualaikum , tak jawab dosa ,kalau jawab sayang . hahaha.
Langgan:
Catatan (Atom)