Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alamak , dah time time gini baru nak update blog akuainkausiapa ini . Wohoo , hakak pack jadual sampai ni baru nak menaip ini . Terfikir jugak untuk buat schedule post , just set time bila nak post entri itu . Tapi itu lah , berblogging ini kena ada mood jugak kan . Makanya , untuk hari ini aku nak cerita pasal :
- Peng update tegar
Aku kalau dalam group ada sesetengah yang aku suka memekak atau bahasa yang paling aku suka mencapap . Hahaha . Lagi sekali aku ulang , mencapap ialah mencari publisiti tapi aku suka eja begitu sebab its sound soooo betul betul show off . Hahaha . Ada kalanya dalam group whatsapp aku lebih memilih untuk berdiam diri sebab tak tahu nak sembang apa . Bukan itu sahaja , aku realize yang sometime kita kena jugak jaga sensitiviti manusia yang terlibat dalam group itu . Ini kekadang aku nengok slumber je pompang pompang (sembang rancak) sampai beratus beribu notifications kau ! Jenuh iolls nak scroll. Terus delete je kadang kadang . Hahaha . Sebab jujurnya , pada usia yang doplolima tahun ini aku jadi banyak kesedaran yang perlu ke semua benda nak pompang pompang tapi in reality you are nothing! . Instead of sembang je why dont you do something to have a better result in your life . Haaa , aku terus speaking londonnnn ni . Hahaha . Maaf aku perasan yang aku belum kahwin ini pun bukannya jenis berkepit dengan hanset or social media 24/7 . Aku bukan jenis yang kaki ngadap social media setiap masa weyh! Its not a life bebeh . Ada masa aku jenis akan campak tepi henset . Tengok tv especially layan english movie . Hahaha . So , in our life , tak yah lah sibuk nak jadi pengdate tegar sampai kita lupa nak menghargai masa yang kita ada bersama dengan orang yang kita sayang .
- Generasi Berbeza
Jujurnya , membesar dalam usia doplolima tahun tanpa seorang ibu ini bukannya suatu perkara yang mudah . Bila mana aku kena hadirkan diri ke program program yang melibatkan makcik makcik , faham faham lah situasi dan cara mereka macam mana kan . Ianya suatu yang sangat berbeza dengan gaya hidup remaja macam kita . Cehwah , remaja lagi ke uolls . Hahaha . Walaupun begitu , aku kena lah guna kan cara aku yang berbeza macam mana aku jumpa dengan kengkawan aku . Susah juga tau nak menyesuaikan diri lagi lagi bila mula mula nak memulakan perbualan dengan orang yang tak sebaya dan tak segenerasi dengan kita . Tapi , ALLAH itu nak ajar aku untuk belajar sesuatu perkara yang baru . Lagipun tak ada lah kita berada pada takuk yang sama sahaja kan .
Fuhh , cukuplah untuk hari ini . Assalamualaikum :)