So , hari ini aku nak cerita sedikit lah kepayahan aku kalau kawan kawan yang jauh datang ke JB ni . First , korang kena bersedia yang diorang akan cakap " woi , jauh gila lah rasanya JB ni !" . Bangun tidur bangun tidur dah banyak kali tak sampai sampai lagi . Hahaha . Memang woi , dah nama pun penghujung selatan kan . Makanya , jika uolls yang berhajat nak ke JB , sila prepare buku atau game yang boleh di main bagi mengelakkan kebosanan menunggu sign board Johor Bahru . Hahahaha .
Selepas itu , aku jadi macam blur nak bawa diorang ni lepak mana ehk . So , memandangkan ada yang nak cari baju I love JB , JDT apa semua itu , makanya teruslah ke Bazaar Karat . Ya Allah punyalah lama aku tak pergi sana , berpeluh peluh sebab ramai orang . Hahaha . Exercise habis kau !
Lepas dah dapat baju tu , terus aku bawa diorang ke kilang bateri yang mana tempat tempat hipster berkumpul . Which is aku pun akan datang bila orang jauh je nak tengok kilang bateri ni rupanya macam mana . Hehehe .
Kesimpulannya , kadang orang yang datang jauh ni bukannya nak cari port yang best sangat pun. Cukup just dapat jumpa je pun dah rasa best . Tapi dekat JB ni bukannya ada tempat yang nice untuk must visit place macam dekat Penang ada bukit bendera , naik feri . Kan orang rasa macam wahhh , something interesting kan . JB ni entertainment macam shopping mall tu okaylah . Tapi kalau macam must visit place ini tak ada sangat .