132/366: "Pengorbanan Untuk Menjadi Kurus"




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ya ALLAH , hari ni memang terasa nak demam nak badan macam kepenatan . Tapi , cardio workout di petang hari mesti diteruskan demi menguruskan badan .

Aku nak buat pengakuan yang untuk menguruskan berat badan , kita perlukan banyak pengorbanan . Pengorbanan dari segi membuang tabiat buruk . Alhamdulilah , tabiat buruk aku yang dulu suka minum ais dan bertukar kepada minum air suam dah lama sebati dalam hidup aku .Minum air suam Bukan itu sahaja , air masak juga memang sekarang dah jadi bff aku yang mana asyik berkepit je dengan aku kemana aku pergi . Gila Minum Air Masak ,    Air Masak Is My Bestfriend !



Tambahan pula , dulu aku tak reti langsung makan sayur mentah dan alhamdulilah aku dah memang mengamalkannya sebagai makanan harian aku .Sayur Yang Colorful ! Lemak dan berminyak makanan pun aku dah kurangkan especially kulit ayam . Woi , yang kulit ayam ni tolong jauh kan . Hahahhaa . Effect dia memang cepat gila berat kau naik mencanak . Tentang isu makanan berminyak pula , kalau boleh setiap hari kurangkan lah lebihkan kepada makanan yang easy cook atau pun rebus dan stim  ke . Rahsia Memasak Makanan Sihat

Cuma , ada satu je tabiat buruk pemakanan aku ini yang aku memang kena tepis mulai sekarang kalau aku serius nak bergaya dipagi raya . Hahaha .





Tabiat buruk itu ialah , SUKA MAKAN BENDA BERKUAH DAN HIRUP KUAH TUH SAMPAI HABIS DAN LICIN ! .

Hahahaha . Yang ini memang sukar gila dikawal . Tapi , demi size S yang aku memang nak sangat , aku kena juga buang tabiat buruk ini . Aku teringat yang kebanyakkan orang sekeliling aku mesti cakap , "Ain ni mesti suka makan benda berkuah kan ?" . Hahahha . Kantoi ! Insyallah , from now to on ward , memang aku nak buang tabiat ni . Semua ini sebab aku nak kejar impian aku .

So , untuk mencapai apa yang kita nak , macam badan six pack , tabiat buruk dalam pemakanan harian kita ni mesti dicegah dan di buang jauh dalam kehidupan kita .