BUFFET RAMADHAN 2018 : WARNA WARNI AT THE RILEK CAFE SWISS INN HOTEL JOHOR BAHRU

selamat datang ke The Rilek Cafe
Bersesuaian dengan konsepnya yang warna-warni , The Rilek Cafe Hotel Swiss Inn Johor Bahru adalah satu pilihan yang tepat kepada mereka yang sukakan konsep chill , santai dan modern entertainment. Melangkah masuk di hotel ini saja korang dah boleh feel young gituw. Apa taknya, di pintu masuk lobby je korang dah nampak ruang lepak chill dan santai sangat lah sesuai kepada mereka yang sukakan konsep santai-santai. Yela, kebanyakkannya yang datang check in hotel kan nak rehat-rehat dari penat. 



Bersama JDT Blogger
Alhamdulilah, pada 26 April 2018 Ain dan team JDT Blogger telah dijemput untuk ke preview sempena buffet ramadhan. Masuk-masuk je dah dijamu dengan keropok dan air. Rasa macam sangat teruja. By the way , untuk ramadhan buffet akan diadakan di tingkat 2 iaitu The Rilek Cafe yang mana kalau dari lobby utama tu korang naik tangga tapi nak naik lift pon boleh. Hahaha. 












Boleh dikatakan tumpuan utama aku bila masuk je ialah melihat makanan-makanan yang ringan seperti jeruk , buah-buahan dan dessert, otak-otak dan cempedak goreng, keladi goreng dan keledek goreng. Jangan lupa cicah sambal kicap yer. Sumpah sedap teruk! Biasa la kalau mula-mula berbuka kan kita suka ambil makanan yang ringan-ringan dulu . So , cadangan Ain korang makan ambil dulu yang ringan-ringan ini.







Seterusnya, korang yang minat dengan makanan yang berat-berat boleh terus je straight sampai nampak kambing. Haa, sederet itu semuanya makanan berat-berat macam nasi dan lauk-lauk. Tak lupa juga ada mee goreng , laksa johor dan spageti carbonara dan bolognese uolls. 








Specialnya kalau korang berhajat untuk stay dekat hotel Swiss Inn ni juga akan menyediakan sahur pada jam 4:30 pagi. Jadi apa tunggu lagi, tempah sekarang di Swiss Inn Johor Bahru . Jangan risau, lokasi hotel ini memang betul-betul terletak di Bandaraya Johor Bahru. Ain juga nak ucapkan terima kasih serta rasa tabik hormat kepada semua team kerana layanannya dari masuk hotel sampai keluar hotel adalah sangat terbaik.










THE RILEK CAFE SWISS-INN HOTEL JOHOR BAHRU
Lot 512, Mohd Mufti, Jalan Syed Mohamed Mufti, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
07-218 3333 or email at info@sijb.swissgarden.com

'NIKMATI 5 KEMERIAHAN' BILA KE BUFET RAMADHAN PULAI SPRINGS RESORT


Alhamdulilah, kita telah menghampiri kepada bulan Ramadhan. Bulan yang paling dinanti-nantikan untuk semua umat Islam yang menyambutnya. Bila bercakap tentang bulan puasa ini, tak lain tak bukan semestinya tentang makanan. Hehehe. Boleh dikatakan semuanya kita akan nampak sedap kan. Semuanya kita akan teringin nak rasa.




So, this entri Ain nak 'payung' korang kemeriahan bila berbuka puasa di Pulai Spring Resort.


  • Parking Free
Korang tak perlu risau tentang parking, kerana ianya percuma tak perlu bayar. Parking pun tak jauh mana dari ruang bufet ramadhan tersebut. Insyallah , dijamin selamat. Yang penting kita rasa selesa dan dapat enjoy the food dengan tenang kan. Hehehe.




  • Surau yang selesa
Makan-makan juga, solat jangan dilupakan. Di Pulai Springs Resort alhamdulilah sangat selesa untuk kita menunaikan solat Magrib dan juga Terawih. Masuk waktu solat dekat Johor pun awal kan, so cadangan aku minum sedikit dan terus solat dulu. Lepas itu, baru rasa seronok nak makan semua juadah yang ada kan. Hehehe. Tapi kalau nak makan sedikit itu, boleh je ambil yang ringan-ringan seperti dessert ataupun mungkin boleh ambil yang makanan seperti murtabak atau sate.





  • Selera Tekak Melayu
Bila korang melangkah masuk je , korang dah boleh dengar lagu irama tradisional. Alahai, mungkin boleh berzapin dulu sebagai exercise sebelum berbuka puasa. Hahaha. Sesuai dengan irama lagu tradisional itu , aku boleh katakan buffet di sini banyak mengikut selera tekak Melayu. Walaupun ada juga hidangan western tapi time berpuasa ini, tekak mesti nak juga rasa masakan Melayu kan. Boleh dikatakan menu yang berkaitan dengan kambing seperti Kambing Gulai Kawah dan Kambing Kuzi sangat la sedap. Peminat daging kambing ini boleh la makan puasa-puasa yer. Hehehe.



  • Dessert Yang Sedap
Peminat dessert macam aku ini memang wajiblah jadikan first try bila berbuka puasa nanti. Aku siap pusing 3-4 kali juga nak betul-betul cuci mata tengok dessert mana yang nak dimakan. Boleh dikatakan hampir kesemua dessert dan buah-buahan aku cuba. Memang sangat sesuai dengan tekak orang yang berpuasa. Kita perlukan juga manisan untuk menghilangkan tekak craving orang berpuasa kan. Manisan yang disediakan tidak terlampau manis antaranya ialah ABC , cendol, ais krim Malaysia dan yang akan menjadi tumpuan ramai semestinya minuman populari di Klebang iaitu Coconut Shake.







  • View cantik untuk ootd
Sebelum berbuka puasa tu, korang boleh lah selfie dan bergambar di sekitar kawasan Pulai Springs Resort ini sebabnya view dia sangatla cantik dan sesuai untuk korang jadikan pic ootd. Ain sendiri banyak juga posing ootd dekat kawasan itu. Hehehe. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan gambar view yang cantik. Dahla selfie dan ootd tu, jangan lupa tag instagram @pulaispringsresortjb




Kesemua pengunjung dijemput untuk menikmati kemeriahan hidangan yang disediakan bermula dengan harga RM 108 untuk dewasa dan RM 54 untuk kanak-kanak. Selain itu, para pengunjung juga akan menerima tawaran eksklusif iaitu dengan setiap pembelian 9 orang dewasa, percuma seorang (promosi 9+1). Bukan itu sahaja, malah, pelanggan yang menjamu selera pada minggu pertama bulan Ramadan iaitu daripada 19 Mei hingga 25 Mei 2018 hanya perlu membayar RM85 untuk dewasa dan RM43 untuk kanak-kanak. Sementara itu, bagi pelanggan yang ingin membuat pra-pembelian baucar, pelanggan boleh mendapatkan baucar tersebut dengan harga RM90 untuk dewasa, RM45 untuk kanak-kanak dan nikmati penjimatan sehingga RM18 seorang. Pra-pembelian baucar ini boleh didapati daripada pihak resort bermula 1 April hingga 10 Mei 2018.



PULAI SPRINGS RESORT 
Jalan Pontian Lama, 81110 Johor, Malaysia
UNTUK TEMPAHAN :  
07-5212121 /  +6017 7455776 (Pengurus Restoran) -Whatsapp

TIJANI MOTORS : KEDAI KERETA IMPORT BARU DAN TERPAKAI DI PONTIAN


Berita gembira special untuk orang-orang Pontian , Johor . Korang sekarang dah tak payah pening-pening mana nak cari kedai kereta di tempat korang kerana kini Tijani Motors telah bertapak di kawasan Bandar Pontian Kechil . Ain bersama-sama dengan team JDT Blogger telah menghadiri satu Majlis Perasmian & Kesyukuran pada 27 April 2018. Senang je nak cari kedai kereta ni, korang nampak MCD akan terus nampak kedai Tijani Motors ni.


Alhamdulilah , majlis berlangsung dengan jayanya. Disini , jom Ain nak kongsikan kepada korang sedikit sebanyak tentang Tijani Motors . Diinspirasikan oleh 'Misi Dekad Baharu Johor' yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan , Tijani Motors Sdn Bhd merupakan ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd telah melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.








Penubuhan Tijani Motors adalah untuk menjadi salah sebuah peniagaan automotif terutamanya dalam kategori import terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera. Dengan lokasi menarik. produk-produk yang berkualiti, dan merupakan pengedar kereta import pertama di Pontian, Tijani Motors bersama rakan niaga iaiyu Yamud Enterprise bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian, dan visi seterusnya adalah untuk berkembang ke seluruh Malaysia.



Tijani Motors Sdn Bhd menjanjikan kepada penduduk Pontian iaitu "great price , great vehicles, great service", apa tunggu lagi, jom serbu ramai-ramai di kedai kereta Tijani Motors. Jangan lupa untuk kongsikan kepada kawan-kawan dan keluarga yang berhajat membeli kereta import kerana semestinya pilihan yang tepat hanya di Tijani Motors Sdn Bhd.


TIJANI MOTORS SDN BHD
Lot 979, Bandar Pontian Kechil , 82030 Pontian , Johor
HUBUNGI : +6013-6854217 (Dzol) / +6012-7099908 (Ismail)
INSTAGRAM : @tijanimotors