PEREMPUAN DAN COKLAT CRUNCHIE

PEREMPUAN DAN COKLAT CRUNCHIE 🤩
Aku dalam perjalanan pulang  dari mengikuti Trip bersama dengan Tourism Malaysia ke Kelantan. Fuh, bayangkan berapa jam duduk dalam kereta. Aku ni dahla duduk penghujung selatan JB. Nak sampai ke Kelantan hany tuhan saja yang tahu. Alhamdulilah  , trip berjalan dengan lancar.

Aku ni nyambil menaip ni masa dalam kereta. OMG, bila la nak sampai JB?. Dah berapa puluh ke ratus lagu dekat dalam kereta ni aku dok nyanyi. Hahaha . Itu menunjukkan aku memang tak leh duduk diam.

Tiba di satu stesen minyak kami berhenti,aku pun keluar. Lepas dah kencing Sis Lin tanya jom masuk dalam kejap tengok apa yang boleh shopping🤣
Pusing punya pusing mata ku terpandang cekelat itu.

Crunchie Cadbury! 

Favorite cekelat woi. Lama aku berdiri depan tu, nak ke tak nak  Sebab aku memang dah lama stop makan cekelat. Hahaha. Sis tanya ,"nak ape ain?".

Terus aku tunjuk , nak tuuuu.(gaya macam budak mintak mak belikan cekelat.) Hahaha. Sebenarnya, aku rasa stress kot  Stress bontot dah kematu lama duduk dalam kereta. Hahaha. Dalam kereta punya la aku enjoy makan. Hilang ler rasa stress tu. Mungkin betul perempuan kalau stress mesti cari coklat. Maceh sis🤩

Okay bye..sambungg cerita jalan jalan cuti cuti Malaysia Kelantan trip nanti okay💕

MANA ADA HATI YANG INGIN TERUS DISAKITI


MANA ADA HATI YANG INGIN TERUS DISAKITI

Kalau yang telah layan drama di TV3 Asalkan Dia Bahagia , komfom akan tahu tentang lagu ini . Lagu ini ialah lagu Ost untuk drama tersebut. OMG! Aku kemain minat betul drama tu , mungkin sebab pelakon utama dia ialah Ayda Jebat dan Shukri Yahya . Kedua-duanya aku sangat minat. Lagu ini pula sangat mendalam liriknya. Antara bahagian yang paling aku suka ialah :

Walaupun tlah ku berikan semua untukmu Tapi yang terbaik dariku Belum cukup bagimu

Kurang apa lagi yang harus ku beri Jika memang cinta tak bisa memberi arti Mana ada hati yang ingin trus disakiti Untuk apa aku kau miliki lagi

pstt ; lagu ini aku nak tujukan bila aku tengah merajuk dengan awak. Kah! hahaha.

SEMALAM AKU DI DESARU


SEMALAM AKU DI DESARU
Semalam aku dan beberapa geng JDT Blogger lain berkampung eh takde la berkampung sangat sampai jauh nun ke Desaru. Fuh, perjalanan dari JB nak sampai ke sana Alhamdulilah lancar. Kami kesana kerana memenuhi jemputan media review untuk pakej buffet ramadhan di Tunamaya Beach Resort. 

Kami sampai awal sangat dan tak tahu nak kemana. Makanya , kami sebulat suara untuk menghirup udara di tepi pantai. Aku dengan pakai baju kurung terus buat kerja gila "celup celup" kaki dekat tepi pantai tu. kihkihkih. Nasib si Faradinah sudi nak layan perangai gila aku tu. 

Okay,, sekian sahaja update aku... By the way pepagi tadi pukul 3:30 am dah bangun. Sebabnya pukul 5 pagi call time aku untun ke satu destinasi Cuti Cuti Malaysia. Kemanakah kita bercuti? Nantikan 😁