#REKOMENFILEM : REVIEW FILEM TOY STORY 4
Hai gais! Aku baru je lepas tengok Toy Story 4 . Aku bagi markah penuh 10/10 untuk movie ni. Okay , aku ni bukannya pakar dalam mengkritik dan mengulas bab-bab movie ini. Jadinya aku ulas dari sudut orang biasa-biasa pergi menonton wayang.
Kenapa 10/10?
Aku memang dah tengok Toy Story ni dari yang pertama lagi. Itu pun hasil rekomen dari abang aku! Jadinya jalan cerita Toy Story ni memang dah melekat ler dalam kepala otak aku. Aku kupas berdasarkan point ke point okay
- Leadership
Aku suka betul sikap Woody yang memang sangat leadership! Pada aku si Forky tu macam menyusahkan sangat tapi dia sebagai ketua tetap melayan juga perangai annoying Forky tu.
- Teamwork
- Move on
Dalam movie kali ini , kita boleh nampak yang Woody move on dari kehidupan yang dia lalui. Semuanya selepas dari kata-kata Bo Peep. Move on apa? Kena la tengok! Hahaha. Point dekat sini ialah that is life is all about. Kita tak boleh nak stick to the same place sebaliknya kita mestilah moving forward demi mengejar impian yang kita mahukan.
- Delegation task
Yes! dalam movie ni bestnya ialah diorang akan delegate the task mengikut kelebihan masing-masing. Begitulah juga dalm kehidupan. Kita tak boleh buat semua benda , semua ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu pentingnya team work.
Itu jelah kot aku nak review! Aku memang tak pandai nak kupas mengupas filem ni. HAHAHA. Tapi , aku sangat rekomen filem ini untuk ditonton terutama sekali kepada mak ayah , tolong lah bawa anak-anak menonton bersama-sama.
Masa aku dekat wayang tu , seat belakang aku suami isteri dan dia bawa anak dia. Anak dia tak berapa nak faham beberapa babak , dan mak dia yang terangkan pada anak-anak. Which is good things sebab kita kena faham level pemikiran kanak-kanak tak sama dengan golongan dewasa.
Toy Story 4 ! Movie wajib tonton . 10/10
*jangan terus keluar dan tunggu sampai habis sebabnya.....