Resepi Homemade Ferrero Rocher
kredit resepi : Intan Najwa Othman Facebook
- Badam cincang dibakar atau disangai untuk bagi masak dan rangup. Ada jual kat kedai jual barang kek.. kuantiti agak-agak ikut naluri je..
- Oh, tempoh bakar tu pun ikut sedap tangan nak pulas button oven je. Baca bismillah, insyaAllah tak hangus. Tapi realistik la.. jangan korang set suhu 200 selama sejam pastu tawakal je. Kang takut jd lada hitam pulak..
- Cairkan coklat masakan mengunakan jenama beryls milk coin.. kuantiti agak-agak jugak.. rasa sedap hati kira on la tu! Kalau tak cukup kirim la kat tok laki suruh beli. Tapi make sure bagitahu detail jenisnya. Takut salah beli kang hilang terus mood
- Badam yang dah bakar atau sangai tadi biarkan sejuk kejap. Biasanya sementara nak siap cairkan coklat tu badam dah cool down.. dah tak marah-marah sebab dah sejuk.. Dah ok, terus rapatkan silaturahim dorang dalam 1 bekas. Gaul bagi mesra dan sejahtera..
- Badam tu mesti bagi sejuk dulu sebab takut tak jadi ranggup lepas gaul dengan coklat..
- Pastu masukkan dalam paper cup comel- comel tu. Kalau nak bubuh dalam tupperware sedebuk terus pun boleh. Boleh la feeling makan mcm ceduk aiskrim bekas tu ha..
- Oh ya, nak bagi korang tak gaduh dengan anak sebab makan comot abis kotor sofa, korang simpan jap dalam peti. 10 minit cukup.. pastu keluarkan boleh la menikmatinya..
- LEPAS 5-10 MINIT KELUARKAN DARI PETI, SIMPAN DALAM BEKAS KEDAP UDARA. JANGAN RISAU, COKLAT TU TAKKAN CAIR KALAU DAH KERAS. Melainkan korang letak kat tempat panas la..
- Jangan lupa diri sebab makan ni biasa tak ingat dunia. Tengok - tengok tinggal sarung je.. eh, dah habis..