Resepi Ayam Goreng Seringgit
AYAM GORENG SERINGGIT
Bahan-bahan perap:
Ayam seekor potong 24
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil lada putih
1 sudu besar serbuk kari
Garam
Serbuk perasa adabi
Bahan-bahan tepung salut ayam:
1 cawan tepung bestari pedas
2 cawan tepung gandum jenama ros
1 sudu tepung ubi/tepung beras
Cara-cara:
1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia.
2. Perap ayam dengan bahan-bahan perap.
3. Sediakan bekas untuk gaul ayam. Masukkan sedikit tepung. Kemudian masukkan ayam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam. Gaul ayam sehingga sebati.
4. Goreng ayam dengan minyak sederhana panas. Goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam.
5. Tutup periuk semasa ayam digoreng. Agak-agak dah hampir masak, buka penutup supaya ayam rangup diluar, lembut di dalam.
Kredit : Murni Rahmat
7 Tanda Kita Bahagia
Assalamualaikum .buat semua pembaca .. Datang sini sebab apa tu ?. Mesti hati tengah resah gelisah kan ? . Kebiasannya , orang yang tengah menghadapi perasaan yang macam gini akan mencari apa yanh terbuku di hati .
Disini ain senaraikan 7 tanda hati kita sedang bahagia :
❤️Miskin tapi rasa cukup
❤️Lapar tapi makan berpada -pada
❤️ Di uji tapi berbaik sangka
❤️ Sentap tapi mudah menerima
❤️ Sedih tapi mudah tersenyum
❤️ Marah tapi boleh dikawal
❤️ Benci tapi cuba menyayang
Kalau kita tak bahagia , cari la kebahagiaan di atas . Walau cuma sedikit , walau cuma satu dua kerana hati .. merupakan tempat segala rasa terkumpul . Love yourself 😘
Sebelum ni , ain pernah post tentang topik "ramai orang sebenarnya mengaku tidak bahagia ..." klik sini okay ! .
Langgan:
Catatan (Atom)