Pesan Pada Hati


Assalamualaikum .. sedikit perkongsian hari ini. Untuk hati ini dan untuk diri ini . Jangan putus asa ! 

Aku bersyukur dalam pada aku tengah nak menjaga pemakanan aku ni , ada juga kawan kawan yang sokong . Siap pesan tadi , "weh aku dah last makan ni.. aku last makan pukul 5-6 petang. kau try lah ain jaga time makan" . 

Alkisahnya petang tadi lepas dapat mesej tu pun terus aku dinner awal. Selalu dinner jam 8 malam gitu . Nampak gaya rutin makan kena berubah la. Bukan itu je , kawan ain ni pun dia tengah nak reshape kan semula badan dia selepas bersalin , so sebabtu sebolehnya dia kongsi apa yang dia makan. Time makan bila , menu makanan dia .

Sekurang-kurangnya jadi lebih bersemangat sangat ! Dia cakap boleh nak makan mee ke , kuih ke . Dia pun makan juga tapi dia makan dalam kuantiti yang sedikit . Lepastu dia memang tak minum manis . Donut ke kek dia tak makan . Nampak gaya kuantiti nasi dan jumlah karbo yang ain consume kena kurang lagi ni . Takpe !! Selow selow janji ada progres.

Lepastu beberapa hari ni juga sebenarnya agak down juga. Tapi , Allah hantarkan kawan kawan yang akan bertanya khabar . Terus rasa bahagia boleh senyum balik . Insyallah ..Pesan pada hati ! jangan putus asa ! pasti akan tiba satu saat , doa doa itu dimakbulkan Tuhan ❤️

Makan Ape Tu Farahain Woi ?

Assalamualaikum . inilah makanan yang dimakan oleh seketul Nur Farahain pada tarikh 17 jun 2021

Granola meratah gitu ! 
Nasi putih ,sambal , ayam berempah air fryer , bendi goreng
sebiji epal hijau
Nasi putih , telur mata , bubuh kicap , sambal , bendi goreng sikit , ayam airfryer
Buah oren 2 ulas
2 sudu mellow cookies

2 sudu mellow crunch ball

Menu Makanan Ain 16 Jun 2021

✅Nasi goreng semalam (makan kongsi kongsi ) 3 sudu breakfast
✅Susu pisang granola 
✅Nasi putih sayur dan asam pedas ayam lunch
✅ Nasi putih sayur dan asam pedas ayam dinner 

Hari ni makan 4 kali je ! Hahaha . Patut rasa lapo! Bertabahlah wahai hati . Tapi alhamdulilah janji dapat makan .