Jiran Bagi Lauk Raya Woi !

Assalamualaikum . alahai , rezeki hari ni jiran bagi lauk raya woi . Sebenarnya jiran kasi semalam. Tapi , semenjak dua menjak ni memang dapur tutup awal . Nak start say NO makan malam . Last makan jam 6 petang . Masa dapat tu terus masuk peti sejuk.

Jadinya , panaskan jela lauk raya ni pagi tadi . Terasa macam pagi raya betul ehk! Hahahaha . Berketupat bagai .. Berlodeh gitu dan merendang bersama sambal . Alahai .

Terima kasih jiran ku ! Selamat Hari Raya (buat raya sendiri) 🤣

Dah Start Last Makan Pukul 6 Petang !

Assalamualaikum.  inilah menu makan 18 jun 2021 .
✅Susu panas kosong 
✅Mee soto
✅Mee soto
✅Kunyah granola

Masa ni dah start belajar last makan pukul 6 petang . Nak try kosisten makan dinner awal waktu . Tak nak dah makan malam lewat malam gitu . 

Pesan Pada Hati


Assalamualaikum .. sedikit perkongsian hari ini. Untuk hati ini dan untuk diri ini . Jangan putus asa ! 

Aku bersyukur dalam pada aku tengah nak menjaga pemakanan aku ni , ada juga kawan kawan yang sokong . Siap pesan tadi , "weh aku dah last makan ni.. aku last makan pukul 5-6 petang. kau try lah ain jaga time makan" . 

Alkisahnya petang tadi lepas dapat mesej tu pun terus aku dinner awal. Selalu dinner jam 8 malam gitu . Nampak gaya rutin makan kena berubah la. Bukan itu je , kawan ain ni pun dia tengah nak reshape kan semula badan dia selepas bersalin , so sebabtu sebolehnya dia kongsi apa yang dia makan. Time makan bila , menu makanan dia .

Sekurang-kurangnya jadi lebih bersemangat sangat ! Dia cakap boleh nak makan mee ke , kuih ke . Dia pun makan juga tapi dia makan dalam kuantiti yang sedikit . Lepastu dia memang tak minum manis . Donut ke kek dia tak makan . Nampak gaya kuantiti nasi dan jumlah karbo yang ain consume kena kurang lagi ni . Takpe !! Selow selow janji ada progres.

Lepastu beberapa hari ni juga sebenarnya agak down juga. Tapi , Allah hantarkan kawan kawan yang akan bertanya khabar . Terus rasa bahagia boleh senyum balik . Insyallah ..Pesan pada hati ! jangan putus asa ! pasti akan tiba satu saat , doa doa itu dimakbulkan Tuhan ❤️