PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA

PANDUAN MEMILIH DESIGN BAJU KURUNG MENGIKUT BENTUK BADAN WANITA | Nampak rambang mata dan tak tahu nak pilih bila kita selalu cuci mata di Instagram , di Shopee dan juga di butik butik. Itu la wanita ! Bingung dan pening untuk membuat keputusan design baju raya mana yang sesuai dipakai untuk hari raya . 


Pada hari raya , semestinya wanita mahu tampil paling cantik , vogue dan bergaya . Bonus tambahan ! Mesti nampak kurus . Haa , nak nampak kurus kena tahu tricks dan tips nya . Jom ketahui 6 cara mudah untuk memilih design baju kurung yang sesuai mengikut bentuk badan masing - masing . 


6 cara mudah untuk memilih design baju kurung


Terdapat 6 cara mudah untuk memilih baju kurung yang sesuai mengikut tubuh badan wanita . 6 panduan ini digambarkan dalam bentuk info grafik . Jadinya , ukur baju di badan sendiri yer . Jangan sibuk ukur badan orang lain pula . Sendiri yang nak pakai , sendiri yang kena pandai pilih mana yang bersesuaian dengan bentuk tubuh . Hehehe . 


Berikut 6 gambar panduan mudah bagi memilih design baju kurung :


  • Corak sama untuk baju dan kain 
Pattern baju ini sangat sesuai bagi mereka yang bersize rendah dan kecil (petite) . Pilih corak baju yang sama dengan kain supaya menampakkan si pemakai lebih tinggi


baju kurung corak baju sama dengan kain



  • Baju Cutting Duyung 
Pattern baju sebegini akan memberi keseimbangan pada bahagian bawah.




baju kurung duyung


  • Baju kurung pahang
Baju kurung pahang akan kembang di bahagian bawah . Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik. Jika anda gemuk dan pendek , tidak digalakkan untuk memilih dan memakai baju kurung pahang kerana akan nampak lebih mengembang. 



baju kurung pahang

  • Baju pesak gantung
Haa , untuk nak cover perut buncit dan tampak lebih langsing , sangat digalakkan untuk memilih pattern pesak gantung. Perbezaan pesak gantung dan kurung pahang ialah kurung pahang mengembang di bawah tetapi pesak gantung hanya kembang sedikit sahaja. 



baju pesak gantung


  • Dart baju di belakang
Pattern baju ini sangat sesuai bagi wanita yang mempunyai dada besar tetapi punggung leper,  Jangan silap pilih pattern pula yer . 



dart baju di belakang


  • Dart baju di depan
Pattern baju ini sangat sesuai bagi tubuh wanita yang berpunggung besar tetapi dada kecil dan perut leper .




dart baju di depan


Kesimpulannya , jangan silap memilih pattern dan design baju kurung terutama sekali untuk dipakai pada hari raya . Apa yang penting , sentiasala ukur baju di badan sendiri . Teknik bagi memilih pakaian yang sesuai dengan bentuk badan kita mampu membuat wanita itu tampil lebih confident bila berhadapan dengan orang . 


Korang , antara 6 panduan design baju kurung ni , mana yang mengikut tubuh badan korang ? Cuba komen sikit ..

CARA KHATAM AL QURAN SELAMA 30 HARI DI BULAN RAMADHAN

CARA KHATAM AL QURAN SELAMA 30 HARI DI BULAN RAMADHAN | Assalamualaikum buat semua ummat Islam yang menyambut bulan Ramadhan . Alhamdulilah , kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menyambut bulan puasa iaitu bulan yang penuh keberkatan dari Allah . Jika kita sebut tentang bulan Ramadhan pasti tak ketinggalan untuk meletakkan Ramadhan Goals antaranya ialah untuk khatam Al- Quran pada bulan Ramadhan . Bulan Ramdhan la kita banyak memfokuskan kepada mengingati Allah dan banyak melakukan perkara-perkara yang baik di sisi agama Islam. 


cara khatam al quran di bulan ramadhan


Berikut ialah cara khatam Al - Quran selama 30 hari di bulan Ramadhan . Bukan itu sahaja , disertakan sekali cara khatam Al - Quran selama 15 hari pada bulan Ramadhan . Sumber di ambil dari Pinterest 


30 hari khatam al quran



khatam al quran selama 15 hari

SELAMAT KEMBALI KE JOHOR , BORDER SINGAPORE MALAYSIA TELAH DIBUKA

SELAMAT KEMBALI KE JOHOR , BORDER SINGAPORE MALAYSIA TELAH DIBUKA | Jelas terpancar kegembiraan dan keterujaan semua rakyat Malaysia yang bekerja atau yang menetap di Singapura apabila berita sempadan telah dibuka secara rasmi pada 1 April 2022 . Hampir 2 tahun lebih sempadan ditutup dan menyebabkan ramai yang bekerja di Singapura terpaksa menetap di sana dan duduk berjauhan dengan keluarga .


Teringat pula kepada kawan -kawan ain yang bekerja disana , sedih sangat sewaktu pandemik Covid 19 berlaku pada tahun sebelum ini . Bayangkan , ada yang sampai ke tahap depression dan asyik rasa sedih sebab berjauhan dengan keluarga . Untuk pengetahuan , orang Johor yang bekerja di Singapura selalunya akan berulang - alik ke sana setiap hari . Mesti ada yang tertanya , dekat ke Singapura tu dengan Johor sampai boleh berulang - alik kan ? Jawapannya memang dekat . 

sempadan johor singapura


Gambar diatas ni di ambil pada tarikh 25 Mac 2022 , begitu lenggang dan sepi laluan masuk untuk ke Singapura . Tapi , selepas 1 April 2022 ni pasti akan lebih meriah dan kembali jem semula . Di bawah ini ain sertakan sekali butiran lengkap prosedur untuk masuk ke Johor . 


keperluan masuk ke johor

panduan pelepasan kastam johor

panduan masuk johor dari singapura

prosedur masuk ke johor

prosedur masuk malaysia dari singapura


Selamat berpuasa kepada semua ummat Islam dan selamat kembali ke tanah air mu , ke pangkuan keluarga yang tersayang . Semoga hari yang terindah menanti dirimu . 


Baca juga artikel tentang negeri Johor :