INI KISAH RAMADAN KU PADA TAHUN 2022

INI KISAH RAMADAN KU PADA TAHUN 2022 | Alhamdulilah , seluruh ummat Islam kini sedang menjalani ibadah bulan puasa . Kalau disebut tentang bulan puasa ini tak lain tak bukan mesti bertanyakan tentang juadah untuk berbuka puasa dan juga nak sahur apa .


Tapi , untuk ramadan pada tahun 2022 ni , ain sebolehnya nak mengawal nafsu makan . Maksudnya , dulu -dulu memang jenis pelahap tak tentu pasal kalau masuk je waktu azan berbuka. Ayuh la kita flashback zaman berbuka puasa sewaktu dulu-dulu . Mesti nak kena ada air sejuk , nak kena ada makanan pembuka bukannya kurma tapi mesti kena ada kebab , tak pun murtabak , eh ada lagi kena ada roti john . Lepas dah melantak tu , makan pula kuih - kuih . Kadang- kadang tu kan , azan tak habis lagi semua tu dah lesap masuk ke dalam perut . 

salam ramadan sheisfarahain


Adik - beradik pula semua lelaki . Orang lelaki ni kan makan laju gila . Eh , aku pun naik hantu tak nak kalah langsung . HAHAHA . Kitorang dulu siap berlumba makan yer . Punya la dasyat . Lepas dah habis first round seperti menu di atas , seterusnya nak melantak pula yang berat - berat seperti nasi ambeng . Mesti nak padan kan sekali dengan ayam percik tak pun siput sedut. 


Second round pun boleh tahan berlumba yer . Lumba siapa sedut siput paling banyak dia menang . HAHAHAAH . Iya , betul ! Nasi ambeng pula selalu beli kongsi la bukan beli seorang sebungkus . Gitu la selalunya tradisi dan gaya makan kitorang waktu dulu - dulu . Tapi , semakin dewasa ni dah semakin insof barangkali .


Dah mula makan slow slow , tak gelojoh dan tidak lagi membeli makanan sebanyak tidak . Ni pun dah masuk ramadan keberapa tapi bazar ramadan depan rumah pun ain tak pergi lagi . Entah la , selagi ada kudrat dan larat memasak , eh kita masak aje la . 


Konsep ramadan yang ain terapkan pada tahun 2022 ni nak santai dan relaks . Taknak terlampau kejar duniawi sangat dan tak nak rasa kelam kabut . Nak rasa tenang beribadah sewaktu solat terawih dan sebelah pagi nak rasa relaks la gitu .


Kalau tahun - tahun sebelumnya , ain banyak sahur awal waktu . Pukul 12 tengah malam memang dah sahur lepastu bangun subuh pukul 6 : 30 ke atas . Tapi , untuk ramadan kali ini ain ubah . Bersahur seperti waktu biasa jam 4 :30 dah bangun . Tapi lagi magik bila lepas sahur terus tunggu subuh dan tak tidur langsung . 


Badan dan otak pun rasa segar semacam pada awal pagi . Cuma bila dah tengah hari tu la baru rehat dan tidur sekejap . Gitu la ajaib nya ramadan kali ini . Boleh bangun seawal jam 4 pagi , memasak sahur dan selepas itu mata segar bugar . 


Kalau dulu , kemain liat rasa nak bangun jam 4 pagi gitu . Tips nya senang je , belajar jaga waktu tidur . Sebelum ini banyak kali ain up cerita ain yang susah nak tidur kan . Tapi sekarang alhamdulilah Allah permudahkan .


Jaga waktu tidur dan dapatkan tidur yang berkualiti . Insyallah boleh rasa segar badan bila bangun sahur dan tak mengantuk selepas itu . Bukan itu sahaja , antara tips lain ialah kalau boleh kurangkan bermain social media . Ain dah buat yang ni . Ain uninstall Facebook dan Instagram di telefon .


Hanya check social media apabila on laptop sahaja. Kihkihkih. Cumanya instagram tu install bila ada event dan review sahaja untuk buat story . Selebihnya memang terus uninstall . Bila buat macam gini kan , memang automatik tak ada langsung interest nak scroll social media . Cuba la yang ni . Makin kurang scroll social media , semakin banyak dan cukup masa yang kita ada pada hari tersebut.


Jadinya , untuk kisah ramadan ku pada tahun ini ain nak terus bersederhana sepanjang bulan ramadan . Cuba la , mana yang baik kita jadikan panduan , yang tak baik kita perbaiki supaya jadi lebih baik . Insyallah . Semoga ramadan kali ini kita dilimpahkan dengan rezeki Allah yang berkat. 


Baca juga artikel yang berkaitan : 

SHAWL SIMPLE MUDAH PAKAI DAN DAPAT BERSIAP DENGAN CEPAT

SHAWL SIMPLE MUDAH PAKAI DAN DAPAT BERSIAP DENGAN CEPAT | Kita ni orang perempuan bukannya tak ada banyak stok tudung , tapi balik balik yang dipakainya mesti tudung sarung . Gitu la ulang banyak kali , asyik pakai tudung sarung je kan . Bukannya tak pernah beli shawl atau tudung bawal tapi tu la , tudung sarung jela yang paling cepat dan mudah bersiap.


Haa , lepas ni dah tak payah risau . Ada juga tau koleksi shawl yang mudah , simple serta kita yang perempuan ni pun senang nak bersiap dengan cepat . Zass zass haa , siap dah gitu! Senang je . Dah tak payah nak ber pin sangat pun . Mudah . Bukan itu sahaja , ada juga shawl yang dah lengkap dengan anak tudung . Jadinya tak payah dah la nak cari sekop rambut untuk memakai shawl . 

SHAWL SIMPLE MUDAH PAKAI DAN DAPAT BERSIAP DENGAN CEPAT


Best kan kalau dah jumpa shawl yang mudah untuk kita selalu pakai . Satu lagi kan , kita orang perempuan ni kan kalau pakai shawl mesti kena control control ayu kan . Argghh , gitu macam mana nak buat aktiviti lasak kan ? Gitu macam mana nak food hunting kan . Food hunting mesti nak kena buka mulut ternganga luas luas baru puas hati . Pastu takkan nak pakai shawl kan , dah kena control ayu je manjang tak best jugak kan . 


Tapi , sister sister sekalian .. Ain dah jumpa dah ni dua koleksi shawl yang simple je tapi yang paling penting cepat dah mudah untuk bersiap. Sekali pakai , zass siap ! . aaa giteww .  Material shawl ini ialah dari jenis kain chiffon . Tak mudah renyuk dan tak payah gosok . Sister sister mesti rasa bahagia gila kan bila dapat tahu tak payah gosok .

instant shawl sheisfarahain

sheisfarahain menggayakan shawl

Dibawah ini ain letakkan gambar cara mudah untuk memakai shawl ini . By the way , shawl ini dari Butik Norazitah Collection . Dont worry sis ! I faham you.. You suka shopping online kan ? Ade je online sis . Dekat mana ? Dekat Shopee ler .. *Boleh terus je klik link pada setiap bawah gambar tu yer . Okay sis !


cara mudah pakai shawl


shawl instant mudah


shawl murah mudah pakai

sheisfarahain ootd

shawl chiffon mudah pakai

shawl tak payah gosok


shawl instant tak payah gosok 


shawl instant tak payah gosok



Haa , sister.. bukan warna hitam je tau yang ada tapi pelbagai lagi warna yang ada . Alang - alang tu terus je grab banyak warna . Senang buat stok sarung sarung shawl zasss siap dah . Paling penting sekali sekarang pakai shawl pun dah cepat bersiap tak ada lah nanti orang lelaki cakap kita orang perempuan ni lambat bersiap kan . Hehehe . 

KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022

KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 | Hai ! Gorgeous Girls and sister. Haa , macam mana boleh sampai masuk ke sini ? Mesti tengah mencari-cari koleksi baju raya yang mahu dipakai pada hari raya tahun 2022 kali ini kan .


Datang sini mesti nak cari baju raya yang simple je kan? Kenapa nak yang simple ? Mesti sebab nak nampak aesthetics dan tak nak nampak over sangat sewaktu hari raya. Bukan itu sahaja , uolls yang suka memakai baju raya yang simple ni mesti nak senang dan mudah untuk matching kan dengan pasangan serta keluarga kan . 


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022



Biasala , bila hari raya je mesti kita yang perempuan ni terpaling excited untuk mencari baju raya yang paling letop dan vogue . Mana tak nya , kalau pagi raya tu terutama sekali geng geng perempuan pasti nak nampak bergaya dan dapat mengambil gambar ootd raya paling letop . 


Maklumlah , dah dua tahun kita PKP kan . Raya tahun lepas tak begitu bersemangat sangat . Yela kan , pakai baju lawa - lawa tapi kena duduk di rumah . Tapi , untuk tahun 2022 ni , kita insyallah dapat la beraya bersama denga keluarga dan dapat pulang ke kampung . 


Baju raya yang simple akan lebih mudah untuk digayakan berbanding dengan baju yang bercorak . Bukan itu sahaja , baju raya yang simple akan lebih mudah untuk di matching kan dengan tudung bawal atau pun shawl . 


Malah , baju raya yang simple juga kebiasaannya kain nya tidak panas dan mudah serap peluh serta selesa untuk dipakai terutama sekali bila hari raya . Bila sebut tentang hari raya , pasti dikaitkan dengan makanan yang sedap . Jadi , tak harian la kenapa perempuan mahukan keselesaan dan memilih baju raya yang simple tetapi selesa untuk digayakan terutama sekali sewaktu kunjung mengunjung hari raya dan juga open house . 


Takkan la nak pakai baju raya yang tak selesa kan ? Gitu susah la perut nak sumbat makanan banyak banyak nanti . Jadi , ayuh la uolls tengok  koleksi - koleksi baju raya simple yang boleh dibeli secara online di Shopee.  Haa , pilih jangan tak pilih okay .


Apa yang pasti , sila beli awal supaya tak sold out dan ukur baju di badan sendiri . Pilih size yang boleh muat pada badan sendiri okay . Jangan salah pilih size . Jangan lupa juga untuk baca review dan cara pembelian sebelum proceed to payment okay .


*Sila tekan gambar dan juga link yang telah diberikan . 


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 1


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 2


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 3


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 4


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 5


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 6


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 7


KOLEKSI BAJU RAYA SIMPLE UNTUK PEREMPUAN 2022 8

Haa , dah rambang mata ke tu ? Pilih jangan tak pilih okay . Semoga hari raya nanti dapat disambut dengan meriah dan bergaya dengan koleksi baju raya simple yang dicadangkan di blog akuainkausiapa ni .. Nanti kalau dah ootd jangan lupa tag kita dekat Instagram @sheisfarahain . Nak tengok juga letop nye uolls punya ootd tu okay . Selamat bershopping baju raya ! 


Ketahui tips memilih baju kurung yang sesuai mengikut tubuh badan