OH..CAMTU RUPANYA MAK MAK KITA BERBORAK

Assalamualaikum , ahhh penat balik marhaban gaisss.. Well , dekat johor ni raya memang gasak sampai sebulan. Lepastu pula dekat sini memang akan ada marhaban. Marhaban ni ibarat kunjung mengunjung rumah ke rumah . 
So, I rasa bersyukur sebab kejiranan di kawasan rumah i sangat baik. Rasanya kisah jiran ni memang selalu Ain cerita dalam blog ni.. tinggal nak search and baca je la .Tu pun kalau sudi uolls nak tahu kisah kehidupan seketul farahain ni. Hehehehe. 

gambar apasal ehk jadi cm gini? Ni update guna phone..nanti la rotate.malas nak buka laptop.

Anyway, korang pernah tak betul-betul dengar dan faham what it exactly your mom or mungkin mak mertua ke or makcik makcik ni berborak among them? 

To be honest kan , I la manusia yang doesnt care and tak pernah langsung nak faham and really listen to what they talk about. Nampak macam sebelum-sebelum ni I memang post kan tentang kejiranan i ,how i really close to kejirananwanita and my anak-anak jiran..

But,,,,
Truth is... i just ada je . Ada je . 

Tapi , I dont have an empathy to really concern , to really understand.  To really betul-betul nak mengenali mak-mak kejiranan tempat i.

Lets have a confession to make .

I join kejirananwanita kawasan rumah ni is to fade away the loneliness. Untuk mengubati rasa kerinduan seorang anak kepada ibu nya.

Ahhh , i promise not to cry while typing this..

And yes , Alhamdulilah.. I baru nampak.. cara mak-mak kita show their love.. what is exactly they want as a mom to their anak-anak . Gaisss , are you really listen and understand to your mom? How painful she is? How she is hurting selama ni ? How she make a decision? 

You pernah questions tak all these ? Kenapa mak kita garang ? Kenapa mak kita compare kan kita dengan anak orang lain ? Kenapa mak kita bebel bebel? Kenapa mak kita walaupun penat tetap dia masak juga? Kenapa mak kita marah marah ? Ahhhhh.. there so many things kalau kita dah mula nampak... You will see how mak kita tu rasa sedih life nya , you will see trauma-trauma,ketakutan , past-past experience nya yang lama yang tak settle down.. 

I sedih , bila I dah mula terbuka hati dan terbuka mata... melihat semua ni.. 

Apa je topik mak-mak ni sembang ? Ya Allah , tadi I dengar sebijik-bijik masing-masing berborak .. 
Cerita pasal langsir je pun dah boleh kemain panjang pegi dia..
Cerita pasal rendang sedap je , daging lembut la... mintak resepi.. sedangkan dia pun main google je..
Cerita pasal raya dengan anak-anak je boleh panjang betul borak nya..

Gaissss, I rindu sangat-sangat nak berborak dengan arwah ibu I.. because arwah ibu seorang pendengar yang sangat baik.. she always listen to me... while me ??? Selama hidupnya sebelum ni... I tak pernah nak try to listen and understand.. Ahhhh ,nangis lagi sambil taip ni.. 


Gais, how i wish i boleh dapat seorang mak mertua yang i can talk to like my arwah ibu.. how i wish i can spent time macam mana i spent time dengan arwah ibu i.. 

Korang doakan i okay... 

Mana la tahu , doa -doa uolls diangkat oleh Allah .. 

Till next time ,

Xoxo
Ain ❤️

I RECEIVE LOVE , MORE LOVE AND LOVE

Assalamualaikum.. ini kisah saya. Full of story to be told , full of story and full of feelings. Jujurnya , at this time I always try my best to understand about myself , to know about myself, to explore more about myself. Lama kan blog ini tidak di buka ,apatah lagi nak dibelek. It just me with full of my feeling that need to let it out. Sorry la kalau mixed language , anggap je macam i tengah buat sesi luahan perasan , anggap je macam i really tengah bercakap depan muka you. Can we do that?


Okay , i tak nak cerita lebih details because i tahu i perlu menjaga sensitiviti terutama sekali buat yang memang mengenali diri ini. To be honest , i baru rasa diri i dihargai dan disayangi. Selama ni kan , selepas ibu I meninggal , I feel really heartless. Sampai I tak perasan , "oh ini rupanya orang tunjukkan yang dia really concern on me" , "lah , itu rupanya orang sayang and care dekat kita". 


Deep down in my heart , I never ever felt that. Sehingga la , I start to aware about myself. Start to accept myself. Start to know about myself! Terlalu banyak hati dan perasaan yang I lukakan dan sakiti , terlalu banyak hati dan perasaan orang lain yang I really ignore. Ahhh, I cry semasa menaip ini.


Tapi , I rasa sangat bersyukur sebab I really mula sedar semuanya , sebab sebelum ni I full of defensive mood. That why orang takut nak borak dengan I , that why orang tak reach out I.. but , true is, ada je orang yang Allah hantarkan yang masih sudi to reach out on me. Yang masih sudi terima the real me. Yang masih sudi tengok pecah nya hati seorang yang dipanggil Ain ni. Yang masih sudi mendengar garang nya , marah nya , tinggi nya suara seorang Ain ni.. Yang masih sudi terima selekeh nya seorang Ain. Yang masih sudi bertanya "makan ape ?" , tengah buat ape? , "kenapa tak ada ?" .


Aaaa,,, sedihnya rasa... 


I sedih sangat , Sekarang ni mata I really dah terbuka and have a capacity to really see this things. Cara orang yang sangat concern tentang kita. Kerana selama ni , I tak sedar dan tak nampak langsung.


Kalau ditanya kenapa bonding I dengan jiran-jiran disekeliling I sangat rapat ? Because they show the real love to me. Because they always care to each other . Ahhh,, I cry while typing thiss..


Imagine I receive words from anak jiran "saya sedih..sebab Kak Ain tak ada" , "Kak Ain kenapa tak ada semalam?" "Alaa,,tak best la Kak Ain tak ada".


"Lamanya Ain pergi Sabah tuu" , "Kak Ain dah makan ke belum?"


BANYAK LAGI LOVE WORDS YANG SELAMA NI I TAK PERASAN LANGSUNG..


ITU BELUM LAGI DOA-DOA DARI DIORANG YANG SELALU DOAKAN "SEMOGA AIN BERTEMU JODOH", "SEMOGA KAK AIN DAPAT JODOH YANG BAIK".


I susah sangat dulu nak cakap Thank You bila orang sudi share their love to me..


Hmmm,, sambil I menaip ni.. I ingat semua moment -moment itu.. I wish I could find a man yang sudi terima the real NUR FARAHAIN YANG SEBENAR , the real Ain yang sangat diri nya yang sebenar..


Insyallah , till next time..


xoxo,

AIN 

MAKAN NAN CHEESE DENGAN AYAM TANDORI DI MAMAK SEMBULAN SABAH

MAKAN NAN CHEESE DENGAN AYAM TANDORI DI MAMAK SEMBULAN SABAH


Assalamualaikum. Ain ni bukan la peminat nan cheese , tapi ter cuba pula merasa makan Nan Cheese Dengan Ayam Tandoori ni. Of course lerrr mamak .

Walaupun bukan penggemar mamak , tapi apa bole buat ,bedal jela mana kedai yang senang dan cepat. First time makan nan cheese dekat mamak ni. Tapi ,tula lupa la mamak NI NAMA APA. HAHAHA. Yang pasti tahu dekat kawasan Sembulan 

Sebab lepas meeting malam tu ,memang lapar tapi malas makan nasi, tu yang try order nan cheese dengan ayam tandoori ni. SEDAP SANGAT !!! 


SAMPAI REPEAT JUGA DUA KALI GITU . UOLLS SUKA KE MAKAN NAN CHEESE DENGAN AYAM TANDORI ? 

xoxo,
Ain 🤍