36/366 : DIARY OF THE DAY -5 FEB 2016

   




Assalamualaikum dan hai kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah hari kelima kita berada dalam bulan februari . Tiga hari lagi insyallah , hari jadi ain yang ke doplolima tahun . Hehehe . Hari ini aku nak cerita tentang :


  • Ibu kawan meninggal dunia hari ini
Sangat sedih pada hari ini , aku rasakan bila dapat tahu ibu kawan aku meninggal dunia . Padahal bulan 12 hari itu , aku sempat jumpa arwah . Sebab aku tumpang tidur rumah kawan aku tu. Pagi tu sebelum aku gerak balik , sempat ibu dia sediakan breakfast kacang pol . Sebab diorang asal memang johor cuma diorang tinggal dekat kedah. Makanya , dekat kedah pun boleh merasa kacang pol . Hurm , kalau dekat dah lama aku ziarah . Diorang tinggal dekat Alor Setar , Kedah . Aku faham rasanya macam mana . Aku dah pun merasainya . Tapi itu lah lumrah kehidupan . Kuat atau pun tidak , kita kena jugak tetap tabahkan hati dan sentiasa kuat  meneruskan kehidupan . 


  • Aku membebel sama je dengan menaip
Yang ini kawan aku bagi gelaran pada aku . Siot je ! . Cerita dia sebab aku mesej untuk wish birthday dia . Lepastu dia cakap , "aku dah agak dah mesej yang panjang panjang mesti dari kau" . Hahaha . Kiranya , aku kalau membebel sama je dengan bila aku tengah menaip . Sebab bila aku menaip tu , aku nak orang tu feel macam mana aku tengah membebel . Korang boleh imagine tak ? Hahaha . Kira okey lah aku dah kembalikan diri aku yang sebenar . Masa awal awal dulu ibu aku meninggal , aku terus pasif . Kawan kawan mesej aku macam nak tak nak je layan . Tapi , alhamdulilah lah sekarang aku dah kembali kuat membebel setanding dengan aku menaip . Hahaha .



Tapi hari ini aku kurang pula nak menaip . Hahaha . 
Okay , itu sahaja lah untuk hari ini . Assalamualaikum . :)

Segmen Ucing Nak Url 3

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-ucing-nak-url-3.html
Segmen Ucing Nak Url 3

Hi Blogger Segmen Ucing Nak Url kembali Lagi "Ucing Nak Url Bahagian 3" Kepada yang ketinggalan Segmen Ucing Nak Url Bahagian 2 .Bolehlah Menyertai Segmen ini.40 Penyertaan akan Menyaksikan Artis Popular Dari Hollywood Dalam Bulatan Merah.Siapakah Artis Tersebut .?

Syarat-syarat nya Mudah :

1) Follow Blog Ucing Kadayan Dan Google +
2) Buat Tajuk Post " Segmen Ucing Nak Url 3 "
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen Disini.

 Url Post Anda Akan Saya jadikan Home Blog Anda,Tarikh Tutup Segmen 17-2-2016.Jangan lepaskan Peluang Untuk Menyaksikan Artis Terkenal Dan Popular Dari Hollywood..!!

35/366 : DIARY OF THE DAY -4 FEB 2016

  




Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 4 februari . Aku rasa berpuas hati dengan prestasi blog aku walaupun belum lah tahap femes hanis zalikha . Hahaha . Sebab aku kosisten update diary of the day setiap hari dan entri tekumpul je dah dekat 80 . Alhamdulilah , itu bermakna banyak rupanya jari jemari aku ber exercise menaip naip . Hahaha . Semoga jari jemari aku semakin runcing dan tidak bambam selamanya . Hahaha . Hari ini aku nak sembang pasal :



  • Jariku terluka terhiris pisau
Yes ! jari aku ni haa ibu jari kiri , mak oi sedap tadi aku dok potong buah oren , sekali , zassss , luka terus ibu jari ni haa . Banyak jugak lah darah keluar . Susah jugak nak menaip nak buat apa apa lah . Hahaha . Insyallah , esok ALLAH bagi lah baik semula tu . Kemain potong buah je sampai jari terluka berdarah , belum suruh potong bawang . Oh , aku ada masalah besar kalau kopek bawang . Sumpah ! aku mesti menangis . Hahaha . Tapi nak tak nak kena jugak kan kopek bawang , tapi kekadang aku beli yang dah siap kopek je . Hahaha . Oh , aku memang sangat alergik tu . Tapi , kalau suruh buat , gila kau anak dara tak reti kopek bawang . Malu kot !




  • Nak edit blog !
Tadi petang , aku sempat lah blogwalking dan tinggalkan komen walaupun tak banyak mana , aku jadi teruja yang amat bila aku singgah dekat satu blog ini . Ala , lupa link dia . Hahaha . Weyh , cantik lah susunanya . Walaupun hitam putih , dia sangat simple . Terus aku jadi macam , nak edit blog sendiri . Tapi , coding html tu memang kena pasrah lah kan . Hahaha . Insyallah , tengoklah mungkin cuti chinese new year ke aku edit lah sikit sikit . Insyallah . Percaya lah  , kalau blog kita kemas dan cantik , kita pun jadi suka nak view hari hari kan . Yelah , kadang kadang kita kena letakkan diri kita sebagai orang yang nak view dan baca blog kita tu . Bukan kita sebagai pemilik blog . Makanya , tak ada lah kita jadi syok sendiri je nanti . Kan ? Hahaha . 




Makanya , cukup lah aku update untuk hari ini . Aku nak layan online movie kejap . Hahaha . Assalamualaikum . :)



34/366 : DIARY OF THE DAY -3 FEB 2016

 



Assalamualaikum dan hai kepada uolls semua . Terima kasih sebab sudi baca apa yang aku bebel ini . Terima kasih juga kepada yang sudi tinggalkan komen . Insyallah , lepas ini ain akan merajinkan diri untuk selalu komen dekat blog blog awak awak semua ye . Muahciked ! :)  Jadi , hari ini aku nak sembang pasal :




  • Blogger lain pun buat diary of the day jugak !
Semalam , aku sempat lah juga usha beberapa blog dari rakan blogger . Lepastu aku ternampak , eh macam style diary of the day yang aku buat lah . Blogger itu aku tak ingat siapa . Hahaha . Its a positive way lah bila aku buat diary of the day ini . Pada aku , ini juga cara untuk aku terus kosisten menulis blog walaupun sumpah nak start tu , aku kadang kadang blur  nak tulis apa . Aku juga nak ajak uolls semua sama sama lah kita update blog kita dengan menggunakan tajuk 'DIARY OF THE DAY" #dotd . Secara tidak langsung , kita jadikan blog kita ini diari harian kita . Janganlah copy paste gosippzzz retis pastu hang declare "diary of the day" . Aku tumbuk satgi .Hahaha .



  • Nak kenal dengan blogger johor !
Ain teringin sangat nak jumpa dan berkenalan dengan blogger blogger johor . Teringin nak jumpa face to face , buat event lah . Haa , cam gitu . Sebab ain kan orang johor . Kalau nak ke keyell tuh , adoyai , jaybee kot dah la kebawah selatan sungguh , kalau nak ke atas tuh , fikir banyak kali . Hahaha . Sebab itu aku nak sangat berjumpa dengan blogger blogger senegeri aku . Sekurang kurangnya dapatlah berkongsi idea , pendapat untuk menaikkan lagi mutu penulisan dekat blog ini . Yelah , aku ni menaip main pakai hembus kot . Asal rasa sedap perkataan itu , aku main pakai guna je lah . Hahaha .


Ah , cukup lah entri diary of the day aku pada hari ini . Walaupun short and simple , sekurang kurangnya aku kosisten menulis. Insyallah . Okay , Assalamalaikum :)


33/366 : DIARY OF THE DAY -2 FEB 2016

 





Assalamualaikum dan hello kepada semua . Hari ini dah 2 februari . Pergh , cepatnya masa berlalu . Aku dok rasa macam baru je sambut new year , sedar sedar dah bulan dua . Hari ini , aku sangat sangat pack , tapi tadi petang sempat lah jugak blogwalking sekejap . Tak dapat nak blogwalking lelama sebab kepadatan jadual aku yang sangat penuh . Hahaha . Poyo sangat ayat kepadatan yang sangat penuh itu . Untuk hari ini aku nak cerita tentang :


  • Pergi pasar restock barang dapur
Tadi petang berkesempatan pergi ke pasar restock barang dapur . Yelah , sayur buah apa semua dah licin . Normally aku memang selalu pergi pasar hari bekerja sebab hari weekend selalunya pack dengan kenduri kahwin dan sebagainya . Alhamdulilah , aku dah terbiasa lah nak tahu apa yang aku nak beli , dulu aku kekok weyh nak beli ape kebenda ehk , kang bahan ini tak guna , membazir pula pi beli . Jawapannya ialah , aku buat senarai . Bila kau buat list nak beli apa , senang sampai pasar je , amek bakul , pergi ke tempat yang hendak dituju . Bukan itu sahaja , ianya secara tidak langsung akan menyebabkan kau beli apa yang patut dan tak akan ambil apa yang kau tak perlu nak ambil . Hahaha .


Tambahan pula , aku dah siap google dan youtube apa yang aku nak masak untuk minggu tersebut . Katakan seminggu punya bahan , so aku mix and match lah apa barang yang nak dibeli . Contohnya , brokoli untuk minggu ini beli masak seminggu sampai habis . So , end of the week , terus licin peti ais aku . Settle , terus restock balik . Repeat the same things . Hahaha. 


  • Healthy food tak semestinya guna bahan yang mahal 

Ya , yang ini aku setuju . Selepas aku explore google dan youtube resepi makanan yang healthy , sebenarnya tak perlukan belanja yang mahal mahal . Contohnya , asal healthy food je , nak salmon with salad sedangkan tekak kita mana boleh nak terima hari hari makanan itu . Untuk hari pertama , boleh lah gagah kau makan siap upload dekat Instagram "My Favourite Meal" . Penipu ! . Harga salmon je dah berapa plus tekak kita semua dah terbiasa dengan Nasi Lemak dan Nasi Ayam Penyet . Pastu mesti terus give up nak kosisten healthy food . Buat kerja separuh jalan . Itu yang aku rasa untuk awal awal dulu .


Tapi , lepas aku dah explore (itulah purpose ada nya internet ) , untuk kita explore and get so many information yang kita tak tahu . Lepas aku dah explore , baru aku tau apa menu menu yang boleh tekak ni terima dan mengikut bajet yang sederhana dan tak terlampau mahal . Insyallah , next next entri , aku nak jugak share resepi (cehwah ! rasa macam poyo sangat bershare resepi bagai ) healthy food apa yang aku masak .




Actually , aku ini lebih suka bercakap dari menaip .Hahaha . Mana lah tahu tetiba aku terbuat vlog ke . Hahahaha . Boleh lah geng dengan Maria Elena . OMG ! I really love and adore her so much ! Can you guys imagine that feelings ? Hahaha . So , see you when i see you ! Assalamualaikum , tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! Hahaha .