23/366 : DIARY OF THE DAY -23 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , hari ini dah 23 hari kita berada dalam tahun 2016 . Ya ALLAH , cepatnya sungguh masa berlalu . Hari ini , aku nak minta maaf sangat sangat , aku tak dapat nak blogwalking lagi . Dari pagi sampai petang penuh aktiviti . Maklumlah hari hujung minggu kan . Jadi , ini la sedikit sebanyak apa yang aku terdaya nak kongsi pada uolls :
- Si Kepoh Yang Pendiam
Dulu , memang aku ini sejenis manusia yang kepoh non stop bercakap je kerja . Sehingga kan kalau disuruh untuk presentation masa study dulu , aku jadi macam , "ala , is just a piece of cake je !" . Nampak ayat berlagak dia . Hahaha . Tapi , hari demi hari , ALLAH bukakan hati aku untuk mendalami untuk menjadi seorang yang pendiam . Mungkin sebab kesan dari aku cuba untuk jadi kuat lepas ibu aku meninggal . Aku jadi manusia yang buat hal aku sendiri . Jadi macam manusia yang hanya melihat sahaja orang , instead of tegur orang itu . Boleh imagine ke tidak ? Alhamdulilah , bila kita jadi seorang pendiam , kita akan jadi lebih kepada seorang pendengar yang baik . Yela , kalau asyik bercakap je tanpa henti kadang kita langsung tak sedar yang kita buat orang terasa hati . Mungkin pada kita ianya gurauan tapi tidak pada orang mendengar apa yang kita cakap kan itu . Jadinya , banyak sebenarnya kelebihan jadi seorang yang pendiam . Hahaha. Tapi , aku tak ada la sampai diam membisu . Terus tak tau nak sembang apa . Hahaha.
- Kampung Sungai Melayu , Johor Bahru
Tadi ada jemputan kahwin di kampung sungai melayu , johor bahru . Ya ALLAH , ain yang orang jb sendiri tak pernah masuk ke kawasan itu . Memang ke dalam . Lebih kurang 7 km meredah ladang kelapa sawit , baru sampai ke rumah orang kahwin itu . Ayah siap cerita lagi , kawan dia tu dulu kalau pergi kerja naik bot . Sebab kampung ini boleh nampak bandar JB . Kitorang siap imagine lagi , "Fuh , kalau diorang nak beli KFC , MCD mesti naik bot kan " . Hahaha . Bukan itu sahaja , ain siap cakap lagi , ingat dekat Sarawak je ada kampung yang kena naik bot , rupanya dekat jb pun ada . Seronok tengok kenduri kahwin tadi . Sebab meriah , makanan pun sedap. Dekat sini pun ada kedai kedai seafood . Insyallah nanti nak cuba rasa sebab ain ni hantu seafood lagi lagi ketam ! OMG !
Itu sahaja la apa yang mampu ain kongsi untuk hari ini . Nak kena undur diri awal sebab esok pagi nak berjoging ! Oh yeah ! . Assalamualaikum , tak jawab dosa ,kalau jawab sayang . hahaha.
22/366 : DIARY OF THE DAY -22 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Ain nak minta maaf sebab hari ini memang tak sempat nak blogwalking singgah ke blog rakan rakan blogger dan juga drop a comment . Seawal pagi lagi i am freaking damn full with my activity . I really love that . Aku ini sejenis manusia yang suka aktiviti yang penuh bukan nya duduk dalam bilik layan korea macam gegirl yang lain . Hehehe . Ini apa sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan korang semua ye :
- Impian nak kurus
Jujurnya , sepanjang perjalanan aku nak kurus ini , banyak yang aku belajar terutama sekali tentang lifestyle . Selalu kita salahkan sekeliling kita sebab hasut kita makan nasi lemak waktu breakfast , lunch hour penuh pinggan sampai tumpah , petang makan keropok lekor , malam makan nasi ayam penyet , supper melantak burger . Kenapa kita tak tunding jari itu kepada diri kita sendiri ? Sebabnya , yang nak masukkan makanan itu ke dalam mulut kita ialah tangan kita sendiri . Jadi , kenapa nak salahkan orang sekeliling punca kita jadi gemuk . Sebenarnya , aku banyak baca kisah kisah transformasi orang gemuk jadi kurus dan fit , memang betul sepanjang perjalanan proses untuk kurus itu , mereka mesti sedih , kecewa dan pelbagai lagi . Tetapi , pengalaman sepanjang proses itu hanya kita akan dapat rasai bila kita melaluinya dengan hati yang terbuka . Its okay , to be sad , but esoknya , wake up with a new positive spirit . Itu apa yang aku selalu cakap pada diri aku .
- Kehilangan
Sebenarnya , aku sejenis manusia yang bukan mudah give up . Tapi , bila ibu aku meninggal , aku jadi seorang manusia yang demotivated serta sangat selekeh . It take so much time for me to recover the pain . Sampai aku tersedar bila mana , aku dipertemukan dengan seorang hamba ALLAH ini , dia cakap , "Ain jangan sedih . Insyallah , nanti ain dapat jumpa ibu dekat syurga . Sekarang ini ain kena kuat , ain nak jumpa ibu dekat syurga kan ? ALLAH dah jaga ibu dah sekarang . Ain jangan risau tau" . Alhamdulilah , semenjak itu , aku jadi satu macam , kalau aku sedih , aku selalu mengadu kepada Dia . Terima kasih ALLAH , kerana kau pelihara hati hamba mu ini untuk terus kuat . Korang , tipu lah kalau aku cakap senang je nak recover the pain itu . Semua itu penipu ! . Satu je aku nak pesan , terus kosisten mendekati Dia . Kerana Dia tidak pernah jauh dari kita . Refer to Him . Because Dia Maha Mengetahui Segalanya. Aku tersedar yang aku jadi macam demotivated bila mana aku jadi malas nak keluar rumah , selekeh nak mampus , makan entah apa apa , berat naik mendadak sampai la aku sedar yang baju aku banyak dah tak muat dan untuk pertama kali aku kena pakai XXL . Ketika aku sedar , woi ! That enough of your sadness ain ! Sampai bila kau nak seksa diri kau ? Insyallah , untuk tahun ini , aku slow slow enjoy my journey untuk kurus . I love to have the experience where I can share to people . Insyallah .
Makanya , itu sahaja la ye apa yang aku mampu share . Esok full dari pagi sampai petang ada benda nak kena buat . Insyallah . Assalamualaikum . Bye!
Segmen Blogwalking + Bloglist #2
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
21/366 : DIARY OF THE DAY -21 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada semua . Alhamdulilah , masih diberi kesempatan peluang untuk menikmati hidup di muka bumi ALLAH ini . Hari ini dah 21 hari bulan . Kejap je dah nak habis bulan januari kan . Padahal rasa macam baru je bulan januari . Okay , ini la sedikit coretan diary of the day aku pada hari ini :
- Dapat Hadiah Comel
Alhamdulilah , ain ada menang giveaway yang ini Giveaway ini . Hari ini baru dapat buka hadiahnya . Sepatutnya semalam dah dapat buka hadiahnya , tapi ain pula tiada dekat rumah , makanya kena la pergi tuntut dekat pusat poslaju tadi . Terima kasih kepada yang sponsor hadiah comel itu . Sponsor : Sofie . Hadiah jauh dari Sarawak ke Johor pula tu . Nak tahu apa hadiahnya ? . Tadaa ..

siap bersampul lagi .

ini lah hadiah comel nya .
Terima kasih ye. Suka sangat sebab dah lama tak ada buku nota comel comel macam gini . Last ada pun masa zaman sekolah . Hahaha.
- Makan kekacang untuk snek pagi / petang / malam
Untuk program kurus mengurus ini , aku boleh makan kekacang sebagai protein . Aku akan jadikannya ia sebagai snek minum pagi atau makan petang ataupun supper . Ianya bagus bagi mengelakkan perut kita berlapar . Sebab itu dalam program kurus mengurus kena makan sampai 6 kali . Tapi jangan lah kau melantak macam tak pernah makan berbulan bulan . Hahaha . Untuk snek ini , hanya ambil segenggam sahaja . Tak lupa juga kena combine kan dengan buah buahan . Paling pemalas kau singgah je kedai yang ada jual buah potong RM1 tu , haa beli lah 1 atau 2 jenis . Untuk kurus kena banyak makan sayur dan buah buahan serta perlukan protein . Sebenarnya . dalam proses nak menguruskan badan ini bukannya fokus utama kepada senaman apa yang kita nak buat tetapi lebih kepada lifestyle iaitu tabiat pemakanan kita . Tak salah makan nasi tapi kena tahu berapa kuantiti yang harus diambil . Bukan tak makan langsung ! .
Selalunya aku update diary of the day aku malam kan , hari ini aku update petang . Takut malam tak sempat . Hahaha . Jumpa di dalam entri lain ye ! Bye! .
20/366 : DIARY OF THE DAY -20 JAN 2016
Assalamualaikum dan hello kepada uolls semua . How was your day today ? Aceceh , speaking london uolls . Alhamdulilah , hari ini dah 20 hari kita berada dalam tahun 2016 . Februari are coming soon ! Tak sabar , sebab birthday kita . Hahaha . Hari ini , apa yang aku nak kongsi kan dalam diary of the day aku ialah :
- Masak ikan steam kicap
Dulu dulu , arwah ibu ain selalu masak ikan steam bukan steam limau tau , tapi steam kicap tu haa . Kebetulan , ain kan tengah dalam proses kurus menguruskan badan , makanya ain pun dengan gamble nya buat lah , tanpa sebarang bawang atau sebarang bahan sebab tak pergi beli lagi dekat pasar . Hanya letak kicap je dan alhamdulilah , sedap weyh . Mungkin sebab ikan itu sendiri dah memberi rasa juicy kan . Hehehe . Jadi , lepas ini dah tau lah nak masak apa kalau tak ada bahan langsung . Makanan sihat kan .
- Gila minum air masak
Sebenarnya , aku bukan lah sejenis manusia yang obses pada air masak , dulu tak boleh terima langsung mesti nak minum air manis , tapi lepas ibu sakit dan meninggal 2013 , aku terus bertekad yang mesti kena suka juga minum air masak . Sekarang , air masak dah macam bff aku sekarang , pergi mana mana aku mesti tak lupa bawa botol air masak aku tu . Korang pun cuba jadi kan itu sebagai habit tau , jangan sampai ada penyakit tau . Aku trauma sebenarnya bila dengar bunyi ambulans , bunyi mesin dekat hospital itu , aku terus teringat pada arwah ibu aku . Ya ALLAH , tolong jadikan ini sebagai pengajaran untuk korang sebab arwah ibu aku dulu suka minum air teh tarik . Mesti setiap hari nak minum , masa dekat hospital pun sama . *Teringat dulu selalu suapkan ibu makan . Ala , tertacink pula . Dah , aku tak nak nangis dah ! .
Okay , itu sahaja la apa yang aku boleh kongsi untuk diary of the day aku hari ini . Jumpa esok yer !. Assalamualaikum .
Langgan:
Catatan (Atom)